Sunday 20 July 2014

YEAA... LAGI SEMINGGU NAK RAYA



Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan kita berpuasa. Isnin minggu hadapan bersamaan 28 Julai 2014, kita semua dijangka akan menyambut Hari Raya bersamaan 1 Syawal 1435 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2014 / 1435 -1436 H bagi negara Malaysia. Macam mana puasa tahun ini? Penuh atau ada yang tertinggal? Hehehe.
Umat Islam di negara ini dijangka akan menyambut Idul Fitri pada tarikh 28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2014 / 1435 -1436 H bagi negara Malaysia
Sebagai Umat Islam, ada beberapa sebab kita mesti berpuasa terlebih dahulu sebelum menyambut Hari Raya. Antara sebab-sebabnya ialah:-

1. Meningkatkan ketakwaan Kepada Allah S.W.T

Ketakwaan adalah sesuatu yang menentukan kejayaan kita di akhirat kelak. Selain daripada ketaatan kita menjalankan ibadah fardhu yang lain seperti solat, zakat atau haji, puasa juga adalah merupakan suatu kemestian bagi kita , Umat Islam. Allah s.w.t menyebut dalam firmanNya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa” (Al-Baqarah : 183)

2. Melatih Diri Bersabar

Allah menjadikan puasa sebagai medah tarbiah dan ujian buat hambaNya. Dalam bulan ini kesabaran kita akan teruji dengan bermacam-macam ujian. Ujian utama itu adalah menahan lapar dan dahaga. Ujian lain adalah ujian mengawal nafsu dalam diri dan ujian untuk kita beribadah, sama ada lebih baik ibadah, sama seperti bulan lain atau lebih teruk daripada sebelum Ramadhan, Nauzubillah. Sabda Rasulullah s.a.w :
“Puasa itu adalah sebahagian daripada sabar” (Hadith Hasan riwayat at-Tirmidzi)Jadi pastikan Ramadhan kali ini kita tidak dengan sengaja meninggalkan puasa. Banyak kelebihan yang bakal diberikan kepada kita sekiranya menjalani ibadah puasa seperti yang dituntut oleh Islam. Insya Allah ganjaran di akhirat kelak iaitu syurga menanti kita.


No comments:

Post a Comment