Alhamdulillah ketika entry ini ditulis, kita dah pun masuk hari ke-3 Puasa.
Korang sume punya puasa macam mana?
Mudah-mudahan semua ok je lah ye.
Semalam (hari ke-2) cik somi request nak makn butir nangka
So sebagai isteri yang setiasa menurut perintah (ok jangan muntah)
maka semalam tungkus lumus aku menyiapkan bendalah ni sorang-sorang dekat dapur.
Nasib baik bahan-bahan penting dah ada kecuali santan je yang tak de.
Yang mana tak penting aku skip je.. he2.
Ni lah rupe Butir nangka 2. Orang kelantan panggil butir nako.
Teliur tak... teliur tak...
BAHAN - BAHAN (3 - 4 orang)
(Doh)
2 Cawan Tepung Beras Pulut
Perwarna Hijau @ Air Daun Pandan
Air
Garam
Kapur makan (saya tak letak pun)
(Bahan-bahan untuk kuah)
Santan
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
Tepung Jagung (1 sudu besar)
Halba (1 sudu)
Daun Pandan
Mula-mula kite kena buah doh butir nangka ni dulu.
Tepung beras Pulut + Garam + Pewarna Hijau + Air.
Campak je sume bahan-bahan untuk doh dalam bekas kecuali air.
Air 2 korang masukkan sedikit demi sedikit ye. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tak melekat dekat kepala otak tanggan Korang 2
Gentel doh tadi menjadi keci1-keci1
**abaikan jelah kebesaran doh yg aku gentel 2 yang tidak sekata, nanti bile di masak dalam air kebesaran dia kan jadi lebih kurang je
Panaskan air hingga mendidih, Baru di masukkan doh yang di gentel tadi.
doh akan timbul bila dia masak.
apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas lain yang berisi air sejuk
Tujuan dia tak nak bagi doh tadi melekat antara satu sama lain
Dah sejuk bolehlah dimasukkan kedalam pingan.
Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kecuali tepung jagung kedalam periuk ,
masaklah hingga mendidih. baru lah dimasukkan tepung jagung
bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya.
Tunggu hingga mendidih dan sedikit pekat
Aku tak letak daun pandan pun sebab tak ada.
sedia untuk dihidang.....
No comments:
Post a Comment