Tak lama lagi nak pose kan, pastu Raya pulakkan.
Dan semperna Raya yang tak lama lagi nikan, -bape banyak kan lah..
Aku nak share satu resepi biskut raya yang paling senang.
Tak payah nak bakar bagai...
Jom tenggok bahan-bahan dan cara-cara nak buatnya.
Siyess wa cakap lu, senang yang amat. dan bahan-bahanya pun tak banyak pakai.
BAHAN-BAHANYA
1) Bubbles rice / Nestle conflakes atau Nestum
2) Coklat compound
3) Badam
** 3 bahan je hokeyy
CARA-CARANYA
Susun siap-siap terlebih dahulu cawan kertas.
**Sebab ape kena buat awal-awal, kan nanti aku bagitau.
Cairkan compound coklat melalui kaedah double boiler
Nak cepat hancur, potong kecik2 coklat 2
Pastikan betul-betul hancur.
Boleh lah dimasukkan Bubbles rice tadi.
Kacau sampai semuanya sebati
Bila semua sudah sebati boleh lah di angkat dan di masukkan kedalam cawan kertas.
Kena buat laju-laju tau, sebab coklat 2 cepat keras.
pasal 2 aku bagitau buka / susun siap-siap cawan kertas 2.
Senang sikit time nak masukkan bubbles rice dalam cawan kertas 2 tak payah bazir mase nak buke satu-satu cawan kertas.
*** Tapi kalau coklat 2 cam dah nak keras and susah korang nak sudu time masuk dalam cup 2, korang boleh panaskan sekali lagi melalui kaedah yang same, double boiler.
Untuk hiasan boleh lah di letakkan badam .
Badam 2 korang sangaikan sekejab di dalam oven.
Dah siap...
Simpan dalam peti ais dalam 5minit bagi coklat 2 betul-betul keras.
Nak lagi cantik korang boleh lorekkan coklat putih di atasnya.
**** Oh ya, untuk hasil yang memuaskan, Nisbah coklat 2 korang kena lebihkan dari Bubbles rice.
Faham ke idok nih..??
Macam yang aku buat ari 2, aku taruk bubbles rice ngam2 dengan coklat.
Kalau kurangkan sikit bubbles rice 2 mesti lagi ok sikit
No comments:
Post a Comment