Dulu aku ada share satu resepi homemade aiskrim
Sekarang ni aku guna resepi yang sama, tapi bezanya untuk resepi nih aku tak guna telur dan aku tambahkan dengan biskut orea sebagai perasa dia.
Cara-cara dia sangat senang, Sapa-sapa pun boleh buat.
BAHAN-BAHAN
1 1/2 Cawan susu Dutch Lady
1/2 Cawan Susu pekat (Boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 sudu teh vanila
1 sudu besar Ovalet
1 Paket biskut Oreo
CARA-CARA
Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali biskut oreo dan dengan mengunakan mixer pukul sampai kembang / likat / pekat / berkrim.
Bagi yang siapa tak ada mixes boleh guna blander. Tapi bland lama sikit lah. bagi dia pekat.
Hasilnya selepas 2 putar..
dah siap ketepikan dulu.
Ambik biskut oreo (jangan lupa buang inti dia yang dekat tenggah-tengganh 2) taruk dalam plastik dah ketuk-ketuk bagi hancur.
*tak nak bagi platik pecak, lapikkan kan kain kat atas plastik 2 dan baru ketuk.
tak nak ketuk ramas-ramas guna tangan je pun boleh.
Hasilnya.
Aku sengaja tumbuk-tumbuk kasar. bagi ade ketul-ketul sikit.
Bolehlah dicampurkan biskut oreo yang di tumbuk tadi dengan adunan yang di mixer
Kacau bagi betul-betul sebati.
Masukkan dalam loyang atau bekas, dah di simpan dalam peti ais semalaman
Hasilnya selepas keras.
Sedap sangat-sangat. Bila gigit boleh rasa biskut oreo 2 pasal aku bukan tumbuk sampai jadi serbuk.
No comments:
Post a Comment