Wednesday, 4 June 2014

Cekak Pinggang


Aku kan ade satu cam perangai, lau amik gambar mesti tangan dekat pinggang.
Atau orang panggil "Cekak pinggang" lah.
Dah bayak yang tegur aku pasal aku suke cekak pinggang.
Diorang tegur bukan marah ke apa, 
Tapi diorang tegur pasal "terperasan" yang aku ni setiap kali nak ambik gambar berdiri mesti cekak pinggang.

Mase nak ambik gambar 2 aku sendiri pun tak perasan aku tenggah cekak pinggang. 
bile tenggok balik gambar-gambar 2 sume..
... Yeaa lah, kebanyakan gambar yang aku tangkap berdiri, banyak yang tangan aku dekat pinggang.

Tak percaya korang boleh tenggok sendiri..






Tapi ni sebahagian je lah gambar.. ade banyak lagi. Tapi cam malas lak nak uplod dalam ni.

Baru-baru ni aku ada bace dalam satu blog, 
dimana dalam entry 2 ada tulis Tentang hukum cekak pinggan.
Siyess sebelum ni aku tak tahu pulak yang cekak pinggang sebenarnya hukumnya adalah MAKRUH.

 Secara jujurnya, aku sendiri pun taktahu pasal ni. dan tak menyangka bahawa hukumnya adalah Makruh. 

Info ni aku dapat dari blog Aziah Kuzaiman, Katenya dia mendapat info dari  Ustaz Kazim Elias.

Blog : Aziah Kuzaiman


Apa itu bercekak pinggang?Mungkin sesetengah daripada kita tak tahu apa itu bercekak pinggang. Bercekak pinggang ialah di mana kita meletakkan tangan kita di pinggang. Mungkin ramai daripada kita tidak tahu apa hukumnya bercekak pinggang ini. Dan mungkin juga ada antara kita yang tidak menyangka yang bercekak pinggang ini makruh hukumnya.

Jujurnya saya sendiri pun baru tahu, dan tak pernah tahu pun selama ini. Ingin sekali sayang kongsi sedikit informasi tentang hukum bercekak pinggang ini yang saya dapat dari mendengar ceramah dari Ustaz favorite saya, tak lain tak bukan mestilah Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz.Rasulullah melarang kita bercekak pinggang ketika di dalam solat. Hal ini kerana yang pertama bercekak pinggang ialah perbuatan iblis ketika diturunkan ke dunia.


DAN KENAPA IANYA MAKRUH

Ketika iblis diturunkan ke dunia ada dua hal yang dia lakukan iaitu bersiul dan juga bercekak pinggang. Bercekak pinggang ialah makruh kerana itu adalah perbuatan Iblis Laknatullah. Bercekak pinggang ni bagi kita biasalah, asal nak bergaduh cekak pinggang, asal cekak pinggang je bergaduh. Tak sah kalau tak bercekak pinggang ketika sedang marah mahupun bergaduh, sehingga kita sendiri pun tahu kalau seseorang itu bercekak pinggang dengan muka yang agak tegang, ha confirm la tu tengah marah.

Yang kedua bercekak pinggang itu juga adalah cara yahudi. Nabi kata orang yahudi ini kegemarannya ialah bercekak pinggang, dan yang ketiga nabi berkata bercekak pinggang itu makruh kerana itu adalah perangai orang-orang sombong, dan yang keempat ialah cara-cara ahli neraka duduk di dalam neraka, hal ini kerana ahli-ahli neraka mereka duduk di dalamnya dalam keadaan bercekak pinggang, sebab itulah nabi larang kita bercekak pinggang ketika sembahyang dan juga nabi larang walaupun saja-saja kita bercekak pinggang ketika berjalan. Wallahualam…

<<<<<<<<<<<<<<     >>>>>>>>>>>>>>>

So, bila dah tahu pasal ni.. rasa buruk sangat perangai bila ada tercekak pinggang 2 3 kali. 
Opsst bukan dua tiga kali.. tapi banyak kali sangat dalam sehari 2.
Ok, kena hati-hatilah lepas ni. Taknak lah digambarkan sebagai ahli neraka, org yg sombong. Nauzubillah. Semoga Allah sentiasa pelihara kita semua. Amin. 

Terima kasih membaca. 

No comments:

Post a Comment