Monday 31 March 2014

DCA tidak tolak kemungkinan MH370 dirampas atau meletup di udara


KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menolak sebarang kemungkinan yang berlaku ke atas pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu, termasuk kemungkinan ianya dirampas.

Bagaimanapun menurut Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya juga memerlukan bukti yang kukuh untuk menyokong segala kemungkinan-kemungkinan tersebut.

"Pada tahap ini kami tidak menumpukan pada mana-mana kemungkinan... kita melihat pada semua sudut tentang apa yang mungkin berlaku pada pesawat tersebut," katanya pada satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada Isnin.

Kata beliau, selain kemungkinan pesawat berpatah balik, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara.

Namun katanya untuk memastikan apa yang betul-betul berlaku pada pesawat Boeing 777-200 itu, pihaknya memerlukan sekurang-kurang serpihan daripada pesawat untuk kajian forensik.

"Malangnya sekali lagi kita tidak dapat menemui mana-mana bahagian pesawat ataupun untuk mengesan di mana ia berada," jelas Azharuddin.

Katanya, pihak DCA juga telah menggiatkan pencarian di Selat Melaka untuk mengesan kemungkinan pesawat berpatah balik.

Kata beliau, meskipun ia merupakan satu teori tetapi mereka tidak boleh menolak kemungkinan tersebut.

Penerbangan MH370 itu disahkan DCA sebagai hilang daripada radar pada 1.30 pagi Sabtu, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sebelum itu, MAS dilapor berkata pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berkenaan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat itu telah masuk hari ketiga, namun ia masih gagal dikesan


INFO : COPY & PASTE



Biodata Zaharie Ahmad Shah Kapten Pesawat MAS MH370


Biodata Zaharie Ahmad Shah kapten pesawat MAS MH370. Seperti yang sedia maklum, pesawat MH370 yang berada dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing dilaporkan hilang dan gagal dikesan menerusi radar.
Turut gagal dikesan adalah 12 krew penerbangan termasuk 227 penumpang yang lain. Terdahulu, pesawat MH370 berlepas dari KLIA ke Beijing pada jam 12.41 pagi (8 Mac 2014) sebelum gagal dikesan menara kawalan pada jam 2.40 pagi.

Biodata Kapten Pesawat MAS MH370
Nama Penuh: Zaharie Bin Ahmad Shah
Warganegara: Malaysia
Umur: 53 Tahun
Pekerjaan: Kapten Juruterbang Pesawat Boeing 777
Tahun Berkhidmat: 1981
Pengalaman: 18,365 Jam Penerbangan
Syarikat Penerbangan: MAS

Thursday 27 March 2014

Raja Bomoh MH370 jadi Raja Lawak

KUALA LUMPUR: Ramai beranggapan perbuatan Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dirinya sebagai Raja Bomoh dalam membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 adalah amat melucukan.

Selain dianggap memalukan negara, perbuatan Raja Bomoh itu mula diajuk orang ramai.

Ibrahim mendakwa dalam tilikannya, pesawat MH370 yang hilang tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam.





Parodi twitter Raja Bomoh itu juga telah diwujudkan.Malah, portal antarabangsa Huffington Post turut mengulas mengenai tindakannya yang mencuri tumpuan ditengah-tengah usaha mencari pesawat yang hilang.Nampaknya Raja Bomoh sudah jadi Raja Lawak

INFO : COPY & PASTE


MH370: Foto Trending 'tikar terbang', syirik dan memalukan


SHAH ALAM - Belum pun habis kontroversi upacara ritual 'buluh bubu', masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan aksi 'tikar terbang' oleh Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang dilihat bersungguh-sungguh mahu membantu pihak berkuasa mencari pesawat MH370.

Parodi 'tikar terbang' yang sudah tersebar di laman sosial seperti Facebook dan Twitter sejak petang semalam menjadi trending seluruh masyarakat termasuk golongan pemimpin politik dan anak-anak muda.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam turut memuat turun gambar tiga jururawat hospital swasta sedang duduk di atas tikar dan berpura-pura 'berlepas' ke udara untuk memperkasakan lagi usaha mencari pesawat MH370.

"Harap-harap tidak ada pesakit yang akan bertambah sakit," memetik kenyataannya dari laman Twitter rasminya kira-kira jam 10 malam.

Terbaru, Ibrahim Mat Zim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP bersama dua lelaki lain memakai sut lengkap duduk di atas tikar sambil memegang bakul mengkuang dan dua biji kelapa, melakukan ritual untuk berlepas ke ruang angkasa bagi meninjau lokasi pesawat MH370 yang hilang.

Pengguna media sosial rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan aksi "Zam-Zam Alakazam" seperti filem Laksamana Do Re Mi itu.

Selain menyifatkan ia perbuatan syirik, memalukan negara, mereka juga meminta pihak berkuasa agama supaya segera bertindak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga semalam menggesa pihak Jakim mengambil tindakan ke atas Raja Bomoh ini yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati.

Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini gempar menerima kehadiran Bomoh VIP yang mendakwa dirinya mampu 'menyeru' pesawat terbabit.

Beliau yang kononnya berkebolehan meramal keadaan pesawat MH370 itu menjalankan upacara selama 30 minit dan mendakwa pesawat tersebut 'tergantung' di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti namun beliau mengesahkan MH370 itu berada dalam keadaan selamat.-----Sinar harian

INFO : COPY & PASTE 

Wednesday 26 March 2014

Biodata Raja Bomoh VIP Pesawat MH370, Ibrahim Mat Zin



Sejak tiba di Balai Ketibaan KLIA beberapa hari lalu, nama Ibrahim Mat Zin sudah menjadi semakin terkenal dek kerana upacaranya yang pelik dan dikatakan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Namun tindakannya yang mengadakan upacara sedemikian sepertinya adalah bertentangan dengan ajaran agama islam dan menerima pelbagai pandangan negatif.

Biodata Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin #MH370

Nama Penuh: Ibrahim Mat Zin
Umur: 80 Tahun
Warganegara: Malaysia
Gelaran: Datok Mahaguru Ibrahim Mat Zin/ Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP
Pengalaman Bomoh: 50 Tahun
Pekerjaan: Bomoh/ Dukun dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM)
Kejayaan Kareer Bomoh:  Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.

Fatwa JAKIM: Pihak JAKIM mengesahkan segala perbuatan ritual Ibrahim Mat Zin adalah syirik dan khurafat. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam


Kronologi Kareer Bomoh:

2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.
2013 – Mendakwa dijemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar beliau mampu menilik kemenangan PR pada Pilihan Raya Umum ke tigabelas (PRU-13)
2014 – Muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menjejaki pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput dalam usaha mencari MH370. Menurutnya MH370 hilang akibat tergantung antara tiga buah negara.

INFO : COPY & PASTE

Tuesday 25 March 2014

Kapten Zaharie adalah Wira yang Bertarung Selamatkan MH370 - Chris Goodfellow


Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong pusingan U untuk ke lapangan terbang terdekat di Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi termasuk kesan radar munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh guna masa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui. - Cheakak

INFO : COPY & PASTE

Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi - PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada sidang media khas MH370 di PWTC sebentar tadi.- Foto Muhd Zaaba Zakeria
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Najib berkata, kedudukan itu dikira pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom menggunakan analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seumpama itu. 

"Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.


"Ini adalah lokasi yang terpencil, jauh daripada sebarang kawasan mendarat. Maka dengan rasa sedih dan berat hati, saya mesti memberitahu anda bahawa berdasarkan data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.


Salam takziah buat muslim muslimat MH370...
Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang orang yang beriman... Alfatihah.


INFO : COPY & PASTE

Monday 24 March 2014

Info Semasa : MH370 tak meletup di udara


KUALA LUMPUR: Teori pesawat #MH370 itu meletup di udara ditolak selepas akhbar The New York Times memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Pegawai itu dipetik sebagai berkata data pemantauan awal yang diperiksa Pentagon mencadangkan #MH370 tidak meletup di Laut China Selatan berdasarkan sistem pemantauannya di seluruh dunia.

 Sementara itu, episod kehilangan #MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) kini tertumpu kepada dua penumpang misteri yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport palsu milik warganegara Itali dan Austria.

Ketika anggota keluarga penumpang semakin resah apabila tiada penemuanselepas lebih daripada 48 jam, misteri dua penumpang itu menimbulkan pelbagai teori yang mengaitkan mereka dengan kehilangan pesawat MH370.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika mengulas kemungkinan terdapat unsur ancaman pengganas, berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan tanpa bukti kukuh.

"Sekarang tak ada bukti kukuh, macam-macam teori melayang. Kita terpaksa mencari semua kemungkinan petunjuk dan kena siasat sebelum membuat kesimpulan kukuh," kata Najib selepas merasmikan Program Penyatuan Nasional 2014 di sini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya menyiasat pelbagai aspek, termasuk sama ada pesawat itu dirampas, namun tidak dapat mengesahkannya selagi #MH370 belum dijumpai.

Pesawat Boeing 777-200 itu dilapor hilang daripada radar kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi menuju Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal, tidak diketahui.

Azaharuddin dalam sidang medianya mengesahkan dua penumpang misteri
itu menaiki MH370 dan pihaknya mempunyai rakaman kamera litar tertutup ketika mereka mendaftar masuk ke dalam pesawat berkenaan.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan KLIA.

"Saya masih hairan takkanlah (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali
dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya.

Mengikut laporan agensi berita CNN, dua penumpang misteri itu membeli tiket penerbangan secara bersama melalui China Southern Airlines.

CNN turut melaporkan pasport dua warganegara itu dilapor hilang beberapa
tahun lepas di negara Asia Tenggara dan pihak berkuasa Itali serta Austria
mengesahkan tiada rakyat mereka menaiki pesawat MH370.

Sementara itu, Pegawai Meteorologi Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Khairul Najib Ibrahim berkata tiada sebarang perubahan cuaca ketara berhampiran perairan negara yang dilihat boleh mengancam penerbangan pesawat MH370 sewaktu ia dilaporkan hilang.

Sehingga 8.30 malam dalam sidang media terakhir untuk hari ini, Azaharuddin mengesahkan operasi mencari dan menyelamat yang menyaksikan pembabitan sejumlah 34 pesawat dan 40 kapal laut membabitkan aset negara dan luar negara, masih gagal mengesan pesawat MH370. - Bernama

INFO : COPY & PASTE

Polis periksa rumah kapten pesawat MH370


SHAH ALAM - Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42 petang tadi selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.
 
Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13 di sini, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu.

Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.
 
Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan.
 
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari kelapan hari ini, masih gagal mengesan pesawat itu.
 
Sementara itu, polis dijadual memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media esok.
 
"Saya tidak boleh nyatakan bila mereka jalankan siasatan dan siapa yang memberi maklumat mengenai perkara itu kepada agensi berita luar negara, Reuters, tadi tetapi apa yang boleh diberitahu setakat ini, kemungkinan perkara itu akan diumumkan esok.

INFO : COPY & PASTE

Sunday 23 March 2014

Bawak my BFF melawat kawasan


Masa tenggah kusyuk buat kerja dekat ofis, sekali tel bunyi.
Tenggok dekat skrin my BFF (Wati) yang call.
Terus laju-laju angkat.. 

Skali dia bagitahu dah ada dekat depan my ofis.. 
(opsst silap dekat depan tempat kerja aku.he2 baru betul kan?)

Mula-mula ingat dia main-main, tapi bila dia bagitahu apa yang ada dekat depan ofis aku, 
terus matikan tel & laju-laju turun bawah.
Rupa-rupanya betul datang sini.
** Mai KL tak bagitahu pun.. tanjat titew tau...

Wati datang KL sebab ada urusan yang nak kena selesaikan dekat sini
Dalam 3 hari jugak lah dia dekat sini... 
So alang-alang dah ada sini, malam 2 kami keluar dinner sama-sama.

Kami makan malam di Jusco Kepong... 
Saja datang sini melawat kawasan. 
Dulu kami kerja sini, jadi juruwang.. or bahasa lain Cashier.dekat setahun jugak lah kerja.

Tak sempat snap pic makanan, masing-masing sibuk nak selfie
comey betul wati ni.. geram nak cubit-cubit pipi dia. nasib dah tua bangka...

Ini Nina, Anak Wati.
Pun Comey cam umi dia jugak.
Tapi dia punya mulup Ya-Allah... Penat Cik,Yu nak melayan tau...

My Pok teh.

Habis makan kami pusing-pusing dalam Jusco. Saja cuci-cuci mata.

Lepas makan kami naik tinkat atas, Masa ni kami berpecah,
Laki aku dengan laki wati p dekat bahagian jual kasut.
Nina anak watie ikut laki kami
Aku dengan wati pulak pergi dekat bahagian baju perempuan.
dalam kami duk belek-belek baju 2, tetiba aku dengan announcement dari pihak jusco.

Announcement 2 bagitahu pasal kanan-kanak hilang. 
ibu bapa mangsa di minta ke kaunter pertanyaan di tingkat bwah.

Aku masa ni dah syak yang budak 2 anak wati.
Sebabnya Budak nina ni terlampau aktif. 
Wati cepat-cepat tel laki dia tanya pasal nina. 
Rupanya laki dia si Taufik 2 bagitahu yang nina tak ikud dia.

Kami semua apalagi gelabah tak ingat. 
Cepat-cepat turun bawah pergi check dekat kaunter pertanyaan..
Sekali tenggoh Nina teggah bermain dengan abang2 jusco kat situ.

Syukur Nina dalam keadaan ok, aku yang bukan mak bapak dia pulak yang risau tenggok
Macam yang aku bagitahu dekat atas tadi, Nina ni budak yang aktif. 
Dia lansung tak takud dekat siapa. walaupon orang yang baru dia kenal. 
Mesra alam sangat. naik risau mak bapak diorang.

Ini budak yang buat jantung umi & abah dia macam nak pecah

Buat wati & Taufik, Terima kasih datang jumpa kami.
Walaupun baru bulan lepas kita dah jumpa masa balik kampung hari 2,
Tapi rasa macam lama sangat tak jumpa. nanti ada masa datang KL lagi ya..


Kapten Nik Ahmad Huzlan Yakin Objek Yang Ditemui Sebahagian Rangka MH370




Bekas Ketua Juruterbang Serantau Malaysia Airlines, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika diwawancara pemberita TV3 sebentar tadi menyatakan keyakinan tentang objek yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian rangka pesawat MH370.

"Inilah dia" - Kata Kapten Nik Ahmad Huzlan.

Walaubagaimanapun, Kapten Nik menyatakan itu adalah pendapat peribadinya semata-mata. Beliau melihat beberapa perkara seperti berikut:
  • Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen.
  • Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti Peta, Koordinat dan dimensi panjang objek.
  • Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.
  • Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh. 
  • Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan". 
  • Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.

Ketika di tanya apakah objek pada bahagian pesawat itu:
  • Dimensi objek 24 Meter.
  • Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat(Pengimbang pesawat)
  • Ini berikutan imej berbentuk persegi
  • Sekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan.

Beberapa andaian yang turut dibuat Kapten Nik:
  • Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat.
  • Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan.

Walaubagaimanapun, Kapten Nik mengatakan ini hanyalah permulaan yang dilabelnya sebagai BAB 1- Penemuan. Menurutnya lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat, kos dan siasatan.

Friday 21 March 2014

Urutan peristiwa kehilangan penerbangan MH370



KUALA LUMPUR, (Bernama) - Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang masuk hari ke-13 hari ini, mungkin terungkai tidak lama lagi. 
Petunjuk terbaharu ialah dua objek yang dikesan menerusi imej satelit Australia di bahagian selatan Lautan Hindi, dilaporkan mungkin serpihan pesawat yang hilang pada 8 Mac bersama-sama 239 orang di dalamnya. 
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370: 
* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama. 
* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan. 
* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 
* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1). 
* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka. 
* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370. 
* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370. 
* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo. 
* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah. 
* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat. Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan. Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama. 
* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar. 
* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu. 
* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian. 
* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup. 
* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas. Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi. Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan. 
* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat. 
* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003. 
* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah. 
* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula. 
* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe. 
* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives. 
* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth. Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

INFO : COPY & PASTE

MH370 Hari Ke-14: Kapal Norway tiba di Lautan Hindi


Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan lautan Hindi berhampiran Australia di mana dua objek terapung dipercayai milik pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pihak Australian telah meminta bantuan kapal tersebut yang menghala ke Madagascar dari Melbourne untuk membantu misi mencari objek yang dijumpai melalui satelit empat hari lepas.
Setakat ini, hanya kapal Norway itu sahaja yang telah tiba di kawasan tersebut dan kapal Australia hanya akan tiba dalam masa 12 hingga 18 jam lagi.
Proses pencarian akan dimulakan pagi ini setelah matahari terbit untuk membantu jarak penglihatan.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan.

INFO : COPY & PASTE

Thursday 20 March 2014

MH370 Hari ke-13: Fakta-fakta 'objek' baru di Australia


Setelah mendapat penemuan baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tony Abbott, Malaysia telahpun menghantar pesawat dan kapal untuk mengenal pasti objek yang kemungkinan berkaitan dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengetuai misi mencari pesawat yang hilang itu di jalur selatan dengan kerjasama Angkatan Tentera Australia, Tentera Udara New Zealand dan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Lokasi dua objek yang dijumpai melalui imej satelit adalah di kawasan selatan Lautan Hindi, adalah 2,500 km dari barat daya Australia. Jurang Diamantina merupakan kawasan yang kini menjadi tumpuan misi mencari dan menyelamat. Jurang Diamantina yang meregang dari Ninety East Ridge kepada Naturaliste Plateau, terletak di luar bahagian bawah barat daya Australia.

Antara fakta-fakta tentang Jurang Diamantina ialah:
- Ini merupakan jurang ke-11 yang paling dalam di dunia. Jurang Mariana ialah jurang paling dalam di dunia pada 10,911 m.
- Titik yang paling dalam ialah Diamantina Deep dimana ia adalah sedalam 8,047 m. Gunung Everest adalah setinggi 8,848 m
- Titik paling cetek di kawasan itu ialah 1,125 meter titik di Broken Ridgeyang berdekatan dengan Ninety East Ridge. Kawasan paling cetek jurang ini adalah hampir sama dengan ketinggian Gunung Ledang iaitu 1,276 m


Gambaran menunjukkan lokasi Diamantia Trench di Google Earth
- Jika anda berada lebih daripada 6,000 m dalam laut, suhu kawasan ini adalah pada suhu beku iaitu kosong darjah celcius.
- Objek telah dilihat berada di kawasan yang dikenali sebagai 'gyre' (lingkaran) Lautan Hindi. Ada sedikit atau hampir tiada pergerakan air laut di rantau ini dan kawasan ini terkenal untuk memerangkap 'sampah'. Ia satu daripada lima 'gyre' utama di dunia lautan dan diketahui untuk mengandungi "sampah terapung."
Penghantaran aset

Menurut laporan media asing CNN News, pesawat Royal Australian Air Force Orion telah pun tiba di kawasan itu dan tiga kapal terbang lain dihantar ke sana , termasuk pesawat Tentera Udara New Zealand Orion dan kapal P8 Poseidon Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Kapal terbang C Australia 130 Hercules telah ditugaskan oleh pihak berkuasa Australia untuk menurunkan boya penanda di kawasan itu.

Satu kapal dagang membantu pihak berkuasa Australia di dalam pencarian itu juga dijangka akan tiba di kawasan itu Khamis.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menyatakan bahawa aset-aset negara telah dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti objek-objek yang ditemui.

Kesahihan objek 

Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengumumkan bahawa dua objek ditemui melalui imej satelit dan berkemungkinan berkenaan dengan MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Salah satu objek yang ditemui adalah selebar 24m dan dilaporkan oleh Astro Awani bahawa saiz ini mungkin menepati sayap pesawat Boeing 77-200ER. Rentang sayap sebuah Boeing 777-200ER ialah 60.9m manakala panjang keseluruhannya ialah 63.7m.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac hilang selepas sejam ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41am. Penemuan pada hari ke-13 ini adalah penemuan baru yang dikatakan paling kredible setakat ini.

INFO : COPY & PASTE


Bahasa Co-Pilot Fariq Dikesan Cuba kawal Emosi Dalam Kokpit MH370



“Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat MH370.

Cuba kita menyebut perkataan “Baik” dalam 3 situasi. Ketika kita tenang, stress dan marah.

Ketika dalam keadaan tenang kita akan mengucapkan kata-kata “Baik” dengan penuh kegembiraan, meraikan dan hati yang seronok.

Sebaliknya, jika ianya diucapkan di dalam keadaan tertekan atau ketakutan, kita akan bercakap “Baik” dengan raut wajah berkerut, cepat dan pendek.

Sebaliknya juga, jika kondisi ketika itu dalam keadaan marah cara kita mengucapkan “Baik” sudah tentu dengan kadar ucapan yang pendek dan laju, memek muka masam dan panas, benci dan geram.

Dalam konteks MH370, pihak berkuasa MAS menyatakannya kata-kata di atas disebut oleh pembantu juruterbang, tetapi tidak dijelaskan dalam kondisi yang bagaimana ianya diucapkan.

Juruterbang dikatakan berumur 27 tahun, biologi dan psikologi seseorang yang berusia 27 tahun adalah sudah cukup matang, baik, boleh kontrol keadaan tetapi boleh jadi terkejut, ketakutan, mengikut arahan, berfikiran separuh panjang sekiranya berhadapan dengan situasi sulit.

Jika anda membaca ilmu psikik nombor 2 + 7 = 9. Angka 9 adalah angka yang bagus untuk seseorang seperti pembantu juruterbang itu untuk meningkat di dalam kariernya dan kehidupannya. Datuk Dr. Fadzillah Kamsah mungkin boleh memberi ulasan lebih baik perkara ini kerana beliau mempunyai ilmu yang lebih baik. Saya hanya membaca daripada sumber yang lain.

Kita harus mengambil kira juga, ko-pilot turut bertandang di surau kediamannya dan juga beramah mesra dengan jirannya. Maknanya beliau bukan seorang yang suka menyendiri atau mengasingkan diri. Ko-pilot juga ditunjukkan seorang yang friendly, mesra, mempunyai ramai kawan dalam dan luar negeri. Maka, saya menolak teori ko-pilot menghadapi masalah mentaliti atau psikologi.

Kembali kepada perbualan terakhir tadi. Perkataan kedua dan ketiga ialah “Selamat Malam”. Kenapa bukan Selamat Pagi? Pukul 1.07am hingga 1.30am adalah waktu pagi bukan?

Jika benar, maknanya pembantu juruterbang itu dalam keadaan keliru, ketakutan, tidak sedar apa yang dijawabnya dan kebingungannya. Percakapan beliau tidak seiring dengan minda (mind) di mana beliau tidak dapat membezakan waktu ‘pagi’ dan waktu ‘malam’, ketika kondisi stress.

Dalam konteks itu juga, ko-pilot tersebut kelihatan mengikut arahan seseorang kerana tidak banyak perkataan keluar dari mulutnya. Jika lebih perkataan, sudah tentu beliau dalam kondisi gembira, senang hati dan enjoy the flight.

Jika anda mendengar dengan teliti perbualan pilot atau ko-pilot di mana-mana syarikat penerbangan ketika dalam keadaan kecemasan sepertimana apa yang pernah terjadi kepada JAL Airlines, MAS, Adam Air, Ethiopian Airlines, Lufthansa ataupun Shuttle Colombia, kita akan mendapati ada sesuatu yang luar biasa berlaku dengan perbualan dalam kokpit MH370. Semua perbualan dalam kokpit penerbangan-penerbangan di atas, saya tidak jumpa satu pun rakaman yang begitu ringkas dan pendek!

Oleh itu, saya melihat daripada sudut percakapan “baik, selamat malam” yang diucapkan oleh ko-pilot tidak dalam keadaan normal sebaliknya dalam keadaan berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.

Perbualan terakhir itu berlaku 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalul lintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac.

Jika ditolak 1.30 – 11 minit, maknanya perbualan itu dicatat dalam minit yang ke 1.19 dan 1.21. Tidak mungkin 3 perkataan itu diucap dalam tempoh 5 saat!

Ini juga bermakna sebelum ACARS dimatikan pada 1.30am, berlaku percakapan lain dan perbuatan lain di dalam kokpit dalam tempoh beberapa minit itu! ACARS itu sepatutnya berfungsi lagi sehingga 1.37 menurut pihak MAS bukan.

Daripada aspek bahasa “baik, selamat malam” yang saya huraikan di atas jelas menunjukkan penggunaan bahasa ko-pilot itu dia dalam keadaan ditekan, tertekan tetapi berjaya mengawal keadaan.

Maksud saya ‘berjaya mengawal’ keadaan ialah ko-pilot berjaya memberitahu kepada kita bahawa dia sedang berusaha mengawal emosinya, dia sedang berusaha mengendalikan kokpit dan dia mahu kita tahu bahawa dia memerlukan bantuan segera.

INFO : COPY & PASTE

Jika cari MH370 begini, pasti saya tidak peluk Islam, kata Ridhuan Tee



Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini menyifatkan perlakukan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu.

Beliau berkata, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian.

"Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percayai kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah.
"Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370 sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam," katanya menerusi satu artikel dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Ibrahim Mat Zin atau juga dikenali sebagai raja bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dua kali sepanjang minggu lalu bagi mengadakan upacara ritual untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu.
Dia yang pada mulanya mengaku diupah oleh orang kenamaan mengubah kenyataannya mendakwa upacara itu dilakukan atas inisiatifnya sendiri.

Ridhuan berkata, umat Islam sewajarnya perlu melihat apa yang terkandung dalam ajaran agama Islam itu sendiri berbanding melihat perlakuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, dalam pencarian MH370, umat Islam digalakkan berserah kepada Allah kerana Dialah yang lebih mengetahui hikmah di sebalik semua kejadian ini.

"Ketika saya memeluk Islam dahulu pun, saya mengkaji Islam dan mendalami Islam. Sebagai umat Islam, segala tindak-tanduk kita mestilah berteraskan kepada Al-Quran dan sunnah.
"Apa jua perbuatan yang bercanggah, hendaklah ditolak kerana boleh menjejaskan akidah. Ingin saya jelaskan, perbuatan berbomoh seperti dilakukan ini bukan daripada ajaran Islam, meskipun ada yang mendakwa ia mengikut kaedah Islam," katanya.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu berkata, apa yang dilakukan oleh bomoh itu bukan sahaja mengundang keaiban yamg besar kepada Malaysia malah negara menjadi bahan ketawa.
Katanya, jika benar bomoh mahu membantu mencari MH370 dengan 'kesaktiannya' maka ia perlu dilakukan di tempat tertutup supaya tidak menjadi perhatian umum.

"Anak-anak saya yang berada di Iskandariah, Mesir, amat malu dengan kejadian ini. Menggunakan bomoh dan sihir mencari MH370 menjadi bahan ketawa dunia.
"Jika ditanya orang kafir sekalipun, mereka tidak akan mempercayai perkara tersebut. Paling kurang, mereka tampil bermeditasi dan berdoa mengikut cara masing-masing," katanya. - 17 Mac, 2014.

INFO : COPY & PASTE

Wednesday 19 March 2014

FAKTAR TENTANG #MH370

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW. Dan dengan merekalah kita senantiasa beroleh syafaat dan manfaat baik dunia mahupun akhirat. Semoga terungkai segala misteri yang terbuku di alam Nusantara ini, Amiin.

Ini adalah artikel pertama saya yang ditulis di blog selepas beberapa hari tragedi kehilangan pesawat MH370 dilaporkan pihak media. Sejak 8 Mac sehingga kini, saya diasak bertalu-talu. Inbox saya tidak putus-putus menerima pelbagai mesej dan email daripada orang yang dikenali dan tidak dikenali berkenaan MH370.


COPY & PASTE

Akhirnya saya membuat keputusan untuk menulisnya di wall facebook saya secara peribadi. Setelah beberapa siri artikel saya tulis di facebook, saya kira ia amatlah terhad dan kini setelah hampir 1 minggu kes ini berjalan, saya tergerak untuk menulis artikel ini di sebuah blog baru dan bukannya di blog bradokapak sendiri. Sila pastikan sebelum anda membaca artikel berikut, lengkapkan pengetahuan asas mengenai kes MH370 terlebih dahulu agar memudahkan anda untuk memahami situasi yang hendak diceritakan. Jika belum ada pengetahuan asasnya, boleh baca disini.


Tanpa melengahkan masa, saya nukilkan artikel saya seperti berikut....

*Amaran Keras! Jangan baca jika anda tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan waras. Jangan baca jika anda mempunyai tahap kepercayaan yang rendah dalam perkara baru. Artikel ini mungkin akan menyebabkan otak anda berfikir diluar kawalan dan ada unsur-unsur yang tidak dapat diterima logik akal manusia biasa. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami masalah peribadi setelah membaca artikel ini. Ini hanyalah informasi yang dapat saya sampaikan diselingkan dengan teori saya serta teori rakan-rakan yang berjaya saya kutip daripada mereka.

1. Sebuah pesawat Boeng 777-200 penerbangan MH370 telah dilaporkan berlepas daripada Kuala Lumpur Airport (KUL) pada sekitar tengah malam 7 Mac 2014. Selang beberapa jam selepas itu, radar kawalan terputus hubungan dengan pesawat. Selang beberapa jam selepas itu, enjin Roll Royce 1 kipas yang terdapat dalam MH370 juga berhenti memberikan laporan enjin pada sekitar jam 1 pagi 8 Mac 2014.

2. Hanya selang 5 atau 4 jam selepas waktu terakhir pesawat kelihatan dalam radar barulah pihak MAS dan DCA memaklumkannya kepada orang awam.

3. Maka bermulalah sesi mendebarkan bagi seluruh dunia terutamanya warganegara Malaysia dan Beijing sendiri. Kita digemparkan dengan satu kejadian yang aneh lagi ganjil di mana tidak sampai 24 jam selepas itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat (US) dengan tergesa-gesa telah menghantar segenap pasukan perisikan anti-pengganas mereka ke rantau ini. Ia terdiri daripada Federal Bureau Inteligence (FBI), Central Intelligence Agency (CIA) dan sekutu mereka Interpol. Dalam masa yang sama pihak US juga telah menyeru negara-negara rantau ini untuk sama-sama terlibat dalam misi membantu Search And Rescue (SAR) yang dijalankan pihak Malaysia.

4. Tidak kurang dari 24 jam, pelbagai bantuan telah dihantar oleh negara-negara jiran dan dua negara besar yang jauh, iaitu US dan Australia (Aussie). Seluruh misi SAR ini dikawal selia oleh pihak berkuasa Malaysia dibawah Kementerian Pengangkutan, Pertahanan dan juga pihak DCA, MAS, ATM, TUDM dan sekutu kerajaan. Dibantu oleh pihak media bagi hebahan umum, operasi SAR MH370 telah dilancarkan seawal pagi 8 Mac 2014.

5. Pesawat MH370 tersebut sebenarnya membawa seramai 239 orang penumpang termasuk 2 bayi dan 12 krew termasuk pilot dan co-pilot. Hanya seramai lebih kurang 38 orang sahaja penumpang warganegara Malaysia dan sekitar 10 orang sahaja berbangsa Melayu selebihnya adalah sekitar 152 orang warganegara China dan bakinya adalah pelancong asing daripada Ukraine, Australia dan negara-negara lain. Pilot adalah Kapten Zaharie dan dibantu co-pilot, Farid Hamid, 27 tahun. Info lengkap kronologi dan data penumpang pesawat boleh rujuk disini.

6. Apa yang memeranjatkan dunia adalah pihak US yang tergesa-gesa menghantar bala tentera mereka ke rantau ini kononnya bertujuan membantu misi SAR yang kita anjurkan. Pihak US telah menghantar lebih 30 buah US N. 7th Fleet ke Selat Melaka dan juga ke Laut China Selatan disamping membawa US KIDD, Pickney, Poseidon dan lain-lain kelengkapan canggih vessel dan pesawat mereka.

7. Saya ringkaskan, dalam masa yang sangat singkat sudah hampir 13 buah negara menyertai misi SAR ini dengan kelengkapan melebihi 80 buah jentera bersaiz besar.

8. Saya bersangka baik, semua pihak yang hadir memberi bantuan adalah disebabkan negara kita yang sangat baik hati. Orang kata, buat baik dibalas baik. Negara kita adalah satu-satunya negara yang tidak pernah terlepas misi bantuan ke mana-mana negara yang terkena bencana tak kira bila dan di mana.

9. Namun, saya juga bersetuju jika ada yang mengatakan pihak yang hadir menghantar bantuan SAR ini ada yang mengambil kesempatan.

10. Terutamanya pihak US dan sekutunya serta media antarabangsa yang sudah pasti dikawal oleh tangan-tangan ghaib. Mereka ini berperanan utama dalam menyebarkan provokasi dan pelbagai spekulasi liar untuk memancing kerajaan negara kita agar membuka pekung yang tersembunyi.

11. Namun saya tidak menolak ada antara mereka yang benar-benar ingin membantu kita dalam menyebarkan berita yang telus dan benar serta berita-berita diluar jangkaan orang awam.

12. Saya amat yakin, setiap kali press conference di adakan, tak kira dimana sekalipun ia dibuat, satu skrip khusus telahpun disediakan agar jalan cerita sama dengan yang dirancangkan.

13. Pada awalnya, skrip agak kucar kacir namun sejak kebelakangan ini ia seakan-akan semakin teliti dan selari menurut kehendak sang pencatur.

14. Okay, sekarang kita berbalik kepada punca dan asbab.

15. Pada satu minggu sebelum kejadian MH370 berlaku, saya telah ke Terengganu. Ketika di sana saya bertemu dengan seorang brader yang menceritakan kepada kami klu-klu kejadian yang berlaku pada minggu ini.

16. Kami langsung tidak menyangka yang kejadian MH370 ini terjadi seawal minggu ini dan ada kaitan dengan apa yang diberitahu kepada kami.

17. Untuk makluman, brader tersebut ada membuat satu upacara memintas masa di satu lokasi tempat berlakunya perang besar. Disitu, ada ramai geng-geng yahudi freemason illuminati yang sedang giat berusaha untuk memintas masa dunia bagi tujuan menjayakan misi NWO mereka.

18. Saya ringkaskan lagi, brader tadi telah memberi pihak kami beberapa klu antaranya adalah, Beijing - Johor, Singapore, Sabah - Sarawak, Cina - China dan juga Komunis - Kapitalis.

19. Apa yang brader tu ceritakan kepada kami, itu tidak dapat saya beritahu kerana ia bersifat classified.

20. Saya ingin mengulas sedikit klu tersebut kerana klu-klu ini pernah saya tulis di wall facebook saya dan saya telah berjanji untuk membahasnya di blog ini. Boleh baca disini sebagai rujukan. Pastikan anda ada akaun facebook terlebih dahulu sebelum membacanya.

21. Mengapa brader tersebut menyebutkan Beijing dan Johor? Kerana... Menurut brader tersebut, sudah lebih 70 ribu orang Cina dari tanah besar dan dari Singapura dibawa masuk ke Johor. Menurutnya lagi, dijangka lebih ramai orang Cina akan dibawa masuk daripada Beijing masuk ke Johor.

22. Ini adalah rancangan teliti yang telah lama direncanakan oleh tangan-tangan ghaib di negara ini.

23. Mengapa Sabah - Sarawak? Pernahkah korang terdengar ura-ura Sabah dan Sarawak hendak keluar daripada Malaysia? Pasti pernah....

24. Korang pernah dengar tak pasal perebutan Kepulauan Spratly antara beberapa buah negara, Malaysia (Sabah), China, Philipines, Vietnam dan US.

25. Kepulauan Spratly ini adalah antara cita-cita besar bagi US. Mereka sangat menginginkan kepulauan tersebut bagi menempatkan pangkalan mereka disitu.

26. Setakat ini, hanya pihak China sahaja yang berani meletakkan batu tanda dikawasan perairan Spratly sehingga perairan Sabah. Pihak China telah meletakkan batu tanda itu beberapa minggu sebelum MH370 dilaporkan hilang.

27. Langsung tiada liputan media terhadap kes ini. Namun, pihak TLDM Sabah telahpun tahu dan mereka masih menanti bantuan ketenteraan untuk dihantar ke Sabah sebagai persediaan andai terjadi apa-apa yang tidak diingini.

28. Kenapa Spratly menjadi rebutan? Kerana, disitu adalah lokasi yang strategik untuk mengawal perairan Laut China Selatan (LCS).

29. Kalau kita ada Pulau Perak di Utara Semenanjung untuk mengawal Straits of Malacca, maka kita perlukan Spratly untuk mengawal LCS.

30. Kerana itu US bercita-cita besar mengambil Spratly kerana mereka mahu meletakkan pangkalan tentera mereka disitu bagi mencapai cita-cita terakhir mereka iaitu menjayakan NWO di peringkat terakhir.

31. Jika Spratly jatuh ke tangan US, maka lengkaplah kesemua perairan yang ada dalam dunia telahpun dikawal oleh US. Semua laluan utama perairan dunia sudahpun dikawal ketat oleh pihak US. Tetapi hanya Spratly dan juga Pulau Perak yang masih belum dikawal oleh mereka.

32. Korang pernah terdengar bukan tentang kata-kata sejarah, "Siapa yang mengawal Selat Melaka, dia bagaikan mengawal Venice" atau lebih kurang begitu. Saya pun tak ingat sangat.

33. Mengapa ada ura-ura mengatakan bahawa pesawat telah berpatah balik dan tiba-tiba sahaja pesawat menuju ke arah Pulau Perak?

34. Sudah pasti ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan mungkin juga ada pihak terlepas cakap. Hal ini telah ditangani dengan cermat oleh pihak TUDM sendiri dengan membuat press conference menafikan radar mereka menemui MH370 berpatah balik ke arah Pulau Perak.

35. Saya setuju dengan tindakan TUDM kerana jika dunia tertumpu ke arah Pulau Perak, nescaya segenap kelengkapan perang yang ada disekitar perairan Malaysia pasti akan tertumpu ke situ dan ada kemungkinan pulau itu di'usik' oleh orang luar. Rujuk status facebook yang ini mengenai Pulau Perak.

36. Apa yang ada di pulau tersebut? Di mana lokasinya? Korang boleh rujuk google map kalau nak tau sangat. Yang pasti, di dalamnya ada banyak batuan granit dan hanya ada satu pusat pelancongan dan satu pangkalan tentera berskala kecil yang hanya mampu menempatkan satu platun tentera sahaja. Di puncak bukit granit itu terdapat satu landasan kecil yang mampu menampung pendaratan helikopter Nuri.

37. Pada sekitar tahun 70-an kalau tidak silap saya, ketika itu Tun Dr Mahatir telah mengarahkan agar kita membuka satu pusat pelancongan disitu dan menempatkan satu pengkalan tentera bagi mengawal kedaulatan pulau tersebut daripada jatuh ke tangan orang lain. Tindakan bijak ini Alhamdulillah telah berjaya menjaga kedaulatan Straits of Malacca sehingga hari ini.

38. Berbeza dengan Pulau-pulau lain yang kebanyakannya sudah jatuh ke tangan orang luar dan ada yang masih menjadi rebutan. Sebagai contoh terdekat, Pulau Batu Putih, Spratly, Andaman dan lain-lain.

39. Kerana itulah saya sebelum ini langsung TIDAK bersetuju akan ura-ura menyatakan pesawat MH370 telah terhempas di sekitar Pulau Perak dan sudah banyak beg mayat dibawa ke sana. Ini adalah satu spekulasi yang tidak menguntungkan negara. Rujuk status ini mengenai pesawat terhempas di Pulau Perak.

40. Saya tinggalkan spekulasi mengenai Pulau Perak. Walaupun secara tiba-tiba ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini langsung tidak pernah tahu mengenai Pulau Perak ini tiba-tiba mengetahuinya. Apapun terima kasih juga kepada orang yang sudi menyebarkan spekulasi tersebut kerana mereka telah berjaya membuatkan ramai orang kita ambil tahu akan geografi negara sendiri. Setiap yang berlaku ada baik dan buruknya. Sekarang sudah terbukti.

41. Okay, kita berbalik kepada MH370 itu sendiri. Menurut bacaan radar yang disiarkan kepada media, pesawat hilang hubungan sekitar 1.07 pagi 8 Mac 2014 dan terputus imej dari radar ketika itu juga.

42. Menurut radar lain pula (TUDM dan Flightradar online), pesawat telah melakukan pusingan beberapa darjah dan ketika pusingan itu berlaku, ia sedang naik lebih tinggi pada kadar lebih 30ribu kaki dari aras laut. Lantas selepas beberapa saat pusingan dibuat, pesawat telah vanished daripada semua radar yang ada.

43. Disini, sangat banyak persoalan timbul. Kebiasaannya orang akan tertanya-tanya, adakah pesawat berpatah balik? Adakah pesawat sengaja diputuskan hubungan radar? Adakah radar dimatikan? Adakah orang di dalam pesawat sendiri yang mematikan isyarat radar atau kotak hitam?

44. Saya kurang berminat dengan soalan seperti itu. Saya ingin mengajukan satu persoalan diluar akal kita semua. Mungkin ada antara kalian yang terfikir tentang soalan ini... Kemanakah sebenarnya hala tujuan pesawat setelah membuat pusingan beberapa darjah?

45. Jika pesawat berpatah balik, seharusnya pusingan lebih daripada 90 darjah. Sekiranya pesawat terbang terus, kita boleh andaikan pusingan yang berlaku itu adalah saat cemas di dalam pesawat.

46. Untuk menentukan hala tuju pesawat, hanya pilot dan co-pilot yang boleh mengawalnya.

47. Pesawat ini bukanlah pesawat tempur sebaliknya pesawat komersil buatan US daripada syarikat Boeing. Di dalam pesawat terdapat seorang individu yang sangat berharga bagi negara kita.

48. Siapakah dia? Orangnya adalah Kapten Zaharie sendiri iaitu pilot pesawat tersebut. Beliau adalah seorang pilot yang sangat-sangat berpengalaman dalam MAS. Beliau telah terbang lebih 18 ribu jam sepanjang berkhidmat dengan MAS. Beliau seorang yang sangat mahir selok belok pesawat Boeing dan segenap penerbangan MAS. Rujuk artikel ini.

49. Tahukah anda? Kapten Zaharie memiliki satu kemahiran yang sangat unik berbanding pilot lain dalam MAS. Kapten Zaharie mampu mendaratkan sebuah pesawat Boeing dilandasan yang pendek daripada landasan yang sepatutnya. Kapten Zaharie pernah mendaratkan Boeing bersaiz besar di Lapangan Terbang Kuala Terengganu satu masa dahulu. Sesiapa yang kerja dengan MAS mungkin boleh check kesahihan berita yang saya tuliskan ini. Boleh email saya atau hubungi saya di facebook untuk membetulkan fakta ini jika salah.

50. Sepatutnya pada hari tersebut, Kapten Zaharie harus bercuti sebaliknya dia telah dipanggil untuk menerbangkan pesawat tersebut. Ini saya terima dari seorang rakan yang rapat dengan ahli keluarga Kapten. Jika ada ahli keluarga yang terbaca dan menafikannya, boleh hubungi saya juga untuk membetulkannya.

51. Untuk melakukan pendaratan disesuatu lokasi yang mempunyai landing pad yang pendek, kepakaran yang ada pada Kapten Zaharie amatlah diperlukan. Hanya beliau yang mampu mendaratkan MH370 dimana-mana kawasan yang dirasakan perlu.

52. Disini, sudah ada satu petunjuk bahawa pesawat MH370 ini sebenarnya sudahpun ditarget oleh individu tertentu. Kerana apa? Kerana pesawat ini membawa pelbagai aset berharga, antaranya Kapten Zaharie sendiri dan sekiranya pesawat dikehendaki melakukan misi terahsia, maka kepakaran Kapten Zaharie sangat-sangat diperlukan.

53. Saya tidak mengandaikan Kapten Zaharie terlibat secara langsung sekiranya laporan pesawat dirampas adalah benar. Sebaliknya Kapten Zaharie adalah seorang yang baik dan sedang menjalankan tugasnya dengan patuh dan taat.

54. Begitu juga dengan co-pilotnya yang bernama Fariq Abd Hamid. Saya sifatkan tindakan media antarabangsa menyebarkan berita dan gambaran buruk terhadap co-pilot dan pilot kita ini sebenarnya hanyalah diversion untuk membuatkan mata dunia memandang buruk terhadap kedua-dua mereka sekaligus orang ramai akan melupakan kelebihan yang ada pada mereka berdua.

55. Saya memohon maaf kepada keluarga Kapten dan co-pilot sekiranya ada mana-mana kata-kata saya membuatkan kalian terguris.

56. Selain mereka berdua, ada banyak lagi aset berharga di dalam pesawat MH370. Antaranya adalah seramai 150 orang warga China itu sendiri. Rujuk balik hint yang telah diberi oleh brader yang saya ceritakan dalam point 18 di atas.

57. Antara 150 orang lebih atau kurang itu, terdapat sekurang-kurangnya 20 orang pekerja freescale yang mana mereka bekerja dengan sebuah syarikat US untuk hak paten sebuah cip baru. Boleh rujuk artikel ini.

58. Selain itu, ada 2 orang warganegara Ukraine dan juga beberapa orang warganegara Australia. Di dalam pesawat juga membawa pelbagai muatan.

59. Saya ingin berkongsi sedikit telahan nakal daripada seorang rakan saya. Kata beliau, pesawat MH370 sebenarnya membawa khazanah emas dan juga harta yang dipunggah daripada negara kita untuk dihantar ke China sebagai tukaran kepada suatu benda yang bernilai.

60. Sebaliknya ketika separuh jalan, pesawat telah hilang dan dibawa masuk ke alam ghaib. Ini kerana jin yang menjaga emas-emas Nusantara tersebut marah lantas menghilangkan pesawat untuk mengambil kembali emas yang ada di dalamnya bagi dipulangkan ke tempat asalnya.

61. Lebih nakal lagi, ada rakan saya berkata pesawat MH370 ini sebenarnya membawa dokumen perang antara beberapa negeri. Dokumen ini amat penting bagi mengelakkan Perang Dunia ke-4 daripada tercetus. Sementara itu, US dilihat sangat bercita-cita tinggi untuk melancarkan kempen perang dunia ke-4 bagi menghancurkan blok-blok komunis dan syiah.

62. Paling nakal, ada yang berkata pesawat MH370 sudahpun selamat landing disebuah pulau dan isi berharga sudah dibawa keluar dan ada antara mereka sudah dipanggil pulang ke Malaysia dan masuk melalui KLIA tanpa sedikit halangan dan tidak diketahui umum pun. Sementara itu pesawat masih disimpan untuk tujuan tertentu bagi melancarkan tugas tertentu.

63. Saya tidak menolak ketiga-tiga telahan nakal itu tetapi saya tidak juga menerimanya bulat-bulat.

64. Okay, saya berbalik kepada persoalan yang saya ajukan tadi. Kemanakah sebenarnya pesawat itu terbang setelah menukar arah pergerakannya di udara pada sekitar jam 1.07 pagi 8 Mac 2014??

65. Menurut media 14 Mac 2014, pesawat tidak terbang melebihi 4 jam setelah terputus hubungan. Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan daripada pihak DCA dan MAS sendiri kerana enjin Roll Royce berhenti memberikan laporan pada jam berikutnya.

66. Jadi saya andaikan pesawat tidak berada jauh daripada semenanjung Malaysia. Ini teori saya sendiri. Pesawat masih ada di kawasan berdekatan perairan negara jiran kita. Disebelah mana? Disebelah Laut China Selatan kah atau disebelah Lautan Andaman??

67. Korang cuba cari berdasarkan klu-klu yang telahpun diberikan di atas sana.

68. Saya sendiri TIDAK BERANI hendak memberitahu dimanakah lokasi pesawat. Apa yang pasti, saya berani menyatakan bahawa pesawat masih berada di perairan berdekatan Semenanjung sahaja dan pihak kerajaan kita sudahpun mendapat klu tersebut pada hari ini (14 Mac 2014) iaitu genap 7 hari pesawat hilang.

69. Ada satu persoalan, mengapa pihak US bermati-matian hendak mencari pesawat dipersekitaran Selat Melaka pada awalnya. Saya kira ini sudah terjawab berdasarkan klu pada point 32 dan seterusnya. Perasan tak selepas hari kedua kejadian ini berlaku, pihak US tidak lagi menumpukan perhatian di perairan Selat Melaka sebaliknya cuba mencari alasan untuk naik ke utara sedikit.

70. Ketika itulah mereka cuba memfokuskan kepada Pulau Perak. Namun beberapa hari selepasnya pihak TUDM menyangkal dakwaan tersebut lantas hari yang sama, pihak US telah memfokuskan kawasan sekitar Andaman Sea sehingga kawasan Bay of Bengal.

71. Kenapa mereka tidak pernah menyebutkan Pulau Diego Garcia seperti yang banyak disebut-sebut oleh orang awam di facebook? Kenapa mereka tidak lagi memfokuskan kepada Pulau Perak?

72. Kerana mereka tahu semua andaian-andaian yang tersebar di facebook adalah tidak benar sama sekali. Tidak ada MH370 di Diego Garcia kerana pesawat MH370 sudah pasti tidak cukup bekalan bahan api untuk terbang ke sana melainkan ada pesawat perjuang yang dihantar untuk mengisi kerosen ketika MH370 terbang diudara.

73. Namun, teori itu terbatal kerana pihak US hanya tiba di perairan Malaysia pada siang 8 Mac 2014 iaitu beberapa jam selepas pesawat hilang.

74. Jadi, sekarang ini persoalan besarnya, MENGAPAKAH pihak US bermati-matian memfokuskan pencarian di sekitar Lautan Andaman dan Lautan Hindi sebaliknya pihak kita bermati-matian menafikan pesawat terbang lebih 4 jam dan tidak menuju ke Pulau Perak????????????

75. Tetapi dalam masa yang sama, pihak kita turut bersetuju untuk sama-sama mencari MH370 disekitar Andaman bersama-sama US dan lain-lain negara. Dalam masa yang sama juga China sudah mula menghantar kelengkapannya dari China menuju ke arah perairan Vietnam.

76. Saya kongsikan satu lagi andaian nakal. Sebenarnya tujuan US menghantar banyak kelengkapannya ke Laut China Selatan pada awalnya adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada China dan sekutunya akan kekuatan US.

77. Selepas menemui satu klu, pihak US tiba-tiba mengundurkan kelengkapannya daripada LCS dan menuju ke Andaman pula. Kebetulan masa yang sama, China telah membawa turun kelengkapannya menghampiri perairan Vietnam.

78. Disitu terserlah ketakutan US selepas melihat China berani menggertak US kembali dengan aksi silap mata tersebut. Kebetulan yang sama, 10 orang delegasi khas daripada China telah dihantar ke Malaysia dan tiba di KLIA sekitar 12 Mac 2014.

79. Apa tujuan dan niat delegasi ini saya tidak tahu tetapi saya berharap ianya baik belaka.

80. Saya kongsikan satu lagi andaian nakal, pihak US sebenarnya sudah menemui satu klu besar yang mana ia amat begitu yakin membawa kelengkapannya ke perairan Andaman dan sekitarnya dan siap ajak India bantu cari di Lautan India lagi tuuuu.....

81. Nah, tiba-tiba pihak kerajaan kita mengeluarkan statement menafikan tetapi dalam masa sama turut mencari disitu.

82. Nah, sekarang cuba kaitkan dengan point 44 dan 68.

83. Okay, sekarang korang dah boleh nampak kan permainan antarabangsa. Permainan global bukannya glokal. Permainan ini adalah wayang dunia dan media berperanan utama untuk mengkaburi mata dunia daripada mengetahui plan terancang para pemimpin setiap negara.

84. Setiap negara mempunyai kepentingan mereka tersendiri. Malaysia sudah pasti mahu menjaga imejnya dan menjaga identiti serta rahsia yang ada di lembah Nusantara ini daripada bocor ke tangan orang luar.

85. Sebaliknya kepentingan media luar adalah mengapi-apikan disamping memprovok kerajaan kita agar terserlah kebodohan yang ada pada pemimpin kita.

86. Saya percaya dan yakin kerajaan kita tidak bodoh seperti yang disangkakan ramai orang. Jika mereka bodoh sekalipun, tetapi penasihat yang ada dibelakang setiap pemimpin kita bukan calang-calang orang.

87. Biarlah setiap kali sidang media, pihak kita kelihatan tidak meyakinkan atau 'bodoh-bodoh' asalkan rahsia negara terjaga.

88. Mengenai bomoh yang bawa pendayung dan buah kelapa tu, saya tak mahu ulas kerana itu adalah bidang ilmu dia. Saya cuma mahu katakan bahawa bomoh tersebut juga berperanan penting dalam hal ini. Pasal apa pula?? Sila rujuk artikel ini....

89. Mengenai parodi yang tersebar sampai satu dunia pun terikut-ikut, itu saya sudah jelaskan dalam point 85 iaitu media berperanan penting untuk memprovok kerajaan kita dalam keadaan genting. Jadi, hentikan sahaja daripada terus menyebarkan parodi atau apa sahaja yang merepek, kerana ia sedikit pun tidak membantu pencarian MH370.

90. Mengenai teori konspirasi lagu Pitbull dan Shakira serta movie Transformers, saya tidak mahu ulas kerana sudah saya ulas dalam artikel ini. Boleh baca untuk memahamkannya.

91. Oh ya, sebelum terlupa. Korang ingat lagi tak ada dakwaan media mengatakan satu orang Iran telah membeli 2 keping tiket penerbangan MH370 dari Pattani, Thailand pada 6 Mac 2014?? Kalau korang masih ingat, mesti korang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba berita tersebut senyap dan lenyap begitu sahaja selepas gambar 2 orang mamat Iran yang di-photoshop-kan itu telah terkantoi salah edit pada bahagian kaki?

92. Untuk kupasan mengenai lelaki Iran ini, sila rujuk sini, sini, sini, sini, sini dan sini. Sila pastikan korang baca "sini" tu ikut turutan tau. Persoalannya sekarang, mana pergi mamat Iran 2 orang tu dengan gambar dan hikayatnya? Kenapa media dan pihak berwajib seakan-akan telah mengabaikannya?

93. Jawapannya, 'mereka' gagal mengaitkan Iran dalam rencana perang ini. 'Mereka' juga gagal mengaitkan Iran untuk tuduhan kesalahan merampas kapal terbang kerana tiada eviden kukuh bagi mendakwa 2 orang yang menggunakan passport palsu itu benar-benar adalah warganegara Iran dan benar-benar mampu melakukan rampasan pesawat.

94. Seperti yang banyak saya sebutkan di facebook saya, pesawat MH370 TIDAK terhempas dan TIDAK di hijack. Sehingga kini teori ini saya masih pegang kerana belum ada apa-apa klu terbaru yang boleh menafikannya.

95. Kenapa saya berani berkata begitu? Sehingga 12 Mac 2014, pihak Interpol telah bersidang dan cuba mengandaikan pesawat tersebut telah mendarat di Korea Utara dan telah didalangi oleh Russia.

96. Apa kejadahnya mendarat di Korea Utara?? Jauh tu beb.... pihak TUDM kita pun dah nafikan yang pesawat boleh terbang lebih 4 jam selepas kehilangan dari radar. Jarak antara Beijing ke Korea Utara pun bukan dekat. Sudah pasti minyak yang ada dalam MH370 tidak mencukupi untuknya terbang ke Korea Utara daripada KLIA melainkan pesawat telah mengisi minyak dipertengahan jalan.

97. Akhirnya dakwaan Interpol itu lenyap begitu sahaja. Mereka gagal buat kali kedua untuk mengheret Korea Utara dalam kancah ini setelah gagal mengheret Iran dan Uighur.

98. Terlebih dahulu, Interpol, CIA dan FBI cuba mengheret Uighur dalam kancah tuduhan perang / merampas MH370 hanya kerana di dalam pesawat ramai orang Beijing. Sementelah Uighur adalah kawasan etnik yang ramai memeluk Islam. Namun majoriti mereka adalah Wahabi dan mempunyai link dengan Al-Qaeda. Saya bukan berniat memburukkan etnik Uighur sebaliknya, inilah punca kenapa US berani mengheret Uighur ke dalam kancah tuduhan berat tersebut.

99. Kerana, Al-Qaeda, terorisme dan segenap jenayah perang itu sebenarnya adalah ciptaan US sendiri melalui didikan CIA. Mereka mencipta false flag setiap kali ada mana-mana jemaah Islam yang cuba bangkit di mana-mana negara.

100. Setakat ini, false flag tersebut masih gagal dicipta di Malaysia, iaitu negara bertuah dirantau Nusantara.

101. Apa pasal mereka masih gagal mencipta false flag di negara ini? Pasal pemimpin kita bijak-bijak ke? Pasal rakyatnya baik-baik ke? Pasal kat sini ada Panji Hitam ke? Pasal apa ye???????

102. Korang fikirlah sendiri....

103-106. Dikeluarkan (TTO)

107. Berbalik kepada MH370, ada satu lagi persoalan yang sukar dijawab. Adakah kerajaan kita benar-benar TIDAK tahu dimanakah lokasi MH370 atau mereka telah tahu tetapi belum masanya untuk memberitahu kepada umum? Apakah yang sebenarnya sedang dirundingkan antara banyak negara yang hadir sekarang ini?? Apakah kaitan semua ini dengan pergolakan blok komunis-syiah dan blok kapitalis-zionis? Apakah kaitan semua ini dengan situasi politik dalam negara? Please jangan kaitkan dengan DSAI.

108. Saya terangkan sedikit mengenai blok komunis-syiah. Blok komunis-syiah ini sebenarnya merujuk kepada pakatan Shang-Hai Co-Operation yang mana di dalamnya berkumpul beberapa buah negara komunis dan syiah yang bersetuju menjadi sahabat kepada Russia. Antaranya adalah Korea Utara, China, Vietnam, Iran, Syria, Lubnan, Venezuela dan beberapa buah negara lagi.

109. Manakala blok kapitalis-zionis adalah merujuk kepada 'pengawal' dunia sekarang iaitu Amerika Syarikat, Canada, negara-negara Eropah dan seluruh sekutu mereka serta Isreal sebagai dalang dan penentu hala tuju kepada blok ini.

110. Bagi menjayakan New World Order (NWO), pihak Isreal telah menggunakan US sebagai kuda tunggangan untuk menjayakan misi mereka menawan dan menguasai dunia selari dengan prophecy mereka yang mana Yehwah mereka akan turun membantu mereka dalam peperangan terakhir mereka di lembah Mageddo melawan tentera Islam.

111. Bagi mencapai hasrat tersebut, mereka haruslah menawan dunia ini terlebih dahulu dan menyelaraskan seluruh dunia dibawah satu ruling state. Sehingga kini, hanya blok komunis-syiah sahaja yang menjadi penghalang terakhir bagi pakatan kapitalis-zionis ini untuk mencapai hasrat terakhir mereka.

112. Bagi menunaikan hasrat terakhir tersebut, mereka harus menghancurkan Syria sekaligus meletakkan false flag mereka disana sebagai pancing untuk memikat hati umat Islam diserata dunia.

113. Selepas itu mereka harus menghancurkan Lubnan dan target seterusnya adalah salah satu negara komunis-syiah yang berada di rantau tengah seperti Iran, Russia atau Korea Utara.

114. Terkini, kejadian kehilangan misteri pesawat MH370 telah dilihat menjadi satu perkara penting bagi pihak kapitalis-zionis untuk memancing negara-negara komunis-syiah ini ditarik ke dalam kancah perang. Kerana itulah banyak tuduhan melulu dikeluarkan oleh pihak Interpol dan unit anti-terorisme dari CIA dan FBI dengan mendakwa dan cuba mengaitkan Iran, Korea Utara serta Uighur dalam kes Mh370.

115. Sekaligus, pihak kapitalis-zionis ini gagal mencari punca sebenar MH370 hilang dan siapa dalang sebenar kes ini jika ia dirampas. Yang pasti pesawat TIDAK terhempas dan tidak di-hijack.

116. Sehingga kini, klu paling hampir ada di perairan sekitar Andaman dan tidak jauh daripada semenanjung Malaysia.

117. Pelbagai rundingan telah dibuat antara banyak pihak termasuk 10 delegasi dari China dan Vietnam. Terkini, rundingan damai antara Russia dan Crimeria telah membuahkan hasil yang mana Russia setuju untuk menarik balik tenteranya buat sementara waktu daripada sempadan Crimeria.

118. Ini adalah satu berita baik, namun ia bukanlah pengakhirannya sebaliknya banyak lagi yang sedang menanti kita di hadapan sana.

119. Kita, seluruh dunia sekarang ini sedang dalam fasa diambang perang dunia ke-4 (saya sendiri yang menyatakan perang dunia ke-4 bukan ke-3). Hanya sanya TIADA trigger yang dipetik sehingga kini dan kerana itulah belum tercetus apa-apa tindakan diluar kawalan antara semua negara dalam dunia ini.

120. Saya amat bersyukur kerana tindakan bijak pihak-pihak yang berwajib dalam kerajaan negara kita telah berjaya mengelakkan peperangan daripada tercetus. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370. Saya yakin jawapan kepada kehilangan pesawat ini pasti akan terungkai setelah klu yang ada di perairan Andaman dan keatas sikit ditemui.

121. Saya berharap, TIADA apa-apa perkara diluar kawalan berlaku dalam tempoh terdekat ini bagi mengelakkan kita terkena tempias sekiranya benar-benar ada perang berlaku.

123. Yakinlah dan percayalah bahawa negara-negara luar tidak mahu menyerang kita kerana bijaknya orang kita ini, walaupun ada dua pihak bergaduh tetapi kita masih boleh berdiri kukuh ditengah-tengahnya.

124. Saya percaya, jika api peperangan itu berlaku dan tercetus dinegara ini (rujuk point 18), itu adalah berpunca daripada dalaman negara kita sendiri. Ia adalah ujian terhadap kita selepas banyak kali kita lupa, leka dan lalai daripada mengingat perintah ALLAH SWT.


125. Saya percaya selagi kita di negara ini masih banyak bersedekah, dan banyak berselawat serta tidak melakukan perkara terlarang yang melampau seperti berlakunya pesta seks bebas atau hubungan sejenis yang berleluasa, insyaALLAH tanah Melayu ini masih aman makmur.

126. Saya percaya semua yang berlaku sekarang ini pasti ada hikmahnya. Lihatlah dari satu sudut yang lain daripada kebanyakan orang. Jangan terikut-ikut dengan pandangan majoriti kerana apa yang diyakini oleh majoriti sudah pasti TIDAK BENAR.

127. Secara serius, saya menyeru semua pihak untuk mengambil langkah penyelesaian bagi kes MH370 ini iaitu dengan mula mengamalkan membaca doa mengelak fitnah dajjal pada setiap kali menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Boleh baca doa tersebut disini dan amalkanlah....

128. Saya juga menyeru anda semua secara serius, mulakanlah daripada sekarang dengan membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir daripada surah Al-Kahfi. Jika belum hafal, hafallah sekarang sementara masih ada masa. Jika tidak mampu menghafalnya, bacalah banyak-banyak dan tambahkan 20 ayat pertama jika mampu. Kita sekarang sedang berada diambang kemuncak fitnah akhir zaman. Jika kita tidak mengamalkannya daripada sekarang, maka berhati-hatilah terhadap fitnah yang menipu. Rasulullah SAW berpesan kepada kita agar membaca ayat ini bagi menghindarkan diri daripada fitnah akhir zaman, sekaligus dapat membuka minda kita untuk keluar daripada majoriti serta dapat berfikir diluar kotak.

129. Saya bukanlah seorang pakar analisa atau orang professional. Saya hanya orang biasa sahaja yang sering mengambil tahu akan isu semasa dunia. Kerana itu saya mampu menulis artikel sepanjang ini dan berani menceritakannya kepada anda semua. Saya juga rakyat biasa seperti adan semua yang rindukan keamanan dan mahukan kebangkitan Islam berlaku secara fathanah.

13.0. Sekiranya ada mana-mana point di atas yang tidak betul atau tidak tepat, silalah hubungi saya untuk membetulkannya. Saya telahpun berkongsi banyak fakta, teori, sangkaan, dakwaan dan juga pelbagai lagi cerita-cerita menarik untuk tatapan seluruh umat Nusantara khususnya Melayu-Islam di negara kita. Saya telah membawa anda kepada punca permasalahan, kaitan-kaitannya, aspek sosio global dan juga penyelesaiannya. Saya amat berharap agar apa yang saya tuliskan ini memberi manfaat kepada anda semua.

Inilah artikel terakhir saya mengenai MH370 sehingga ada klu terbaru yang berskala lebih besar diumumkan oleh pihak media. Saya berharap pengakhiran kepada semua ini adalah baik dan menguntungkan umat Islam. Secara peribadi, saya sebenarnya TIDAK berani memberitahu lokasi kapal tersebut....

WAllahuA'lam Bessawab.

Ya ALLAH, jauhkanlah kami semua daripada fitnah akhir zaman baik yang nyata waima yang tersembunyi.

Sekian,

Wassalam.

---------

Sumber-sumber, rujukan dan kredit....

1. Facebook.com
2. BBC image.
3. Codar image.
4. The Guardian.
5. Cabal Times.
6. The Malaysian Insider, 1 - 2.
7. Sinar Harian, 1.
8. Google Maps.
9. Google Images.
10. Mukagebu.blogspot.
11. Utusan Malaysia.
12. Saltanat.org
13. CBC News.
14. AFR.
15. Malaysia Kini.
16. A secret document by FundForPeace
17. Sinosphere.
18. Rakan blogger, Shah Paskal.
19. Rakan-rakan facebook saya.
20. Corren Gravanta.
21. Mat Nor.
22. Seluruh Media Malaysia tanpa terkecuali.
23. Pihak berkuasa tempatan.
24. DCA.
25. Pihak pengurusan MAS.
26. Brader dari Terengganu.
27. Dan seluruh warga kerja yang telah turut sama menjayakan artikel ini secara langsung atau tidak langsung.

Jutaan terima kasih kepada semua yang menunggu dan tidak putus-putus menantikan kehadiran artikel ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang sudah membacanya. Jutaan terima kasih juga kepada anda semua diluar sana. Salam kedamaian daripada saya, mohon ampun dan maaf andai ada banyak kesalahan dan kesilapan.

Sekian daripada saya, semoga segala apa yang saya nukilkan membawa manfaat walaupun kecil kepada anda semua. Anda dibenarkan menyalin semula artikel, memprint, menyebarkan link atau mengambil mana-mana info yang ada di dalamnya.

Terima kasih.

---------
Penulis : BRADO KAPAK
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Freelance Internet Marketer.
1.35 AM, 15 Mac 2014.