Friday 23 May 2014

Chicken Roll Wif Spinach


BAHAN-BAHAN
1) Dada ayam (di ketuk-ketuk)
2) 2 ulas bawang puti
3) Bawang besar
4) Cedawan (aku guna cedawan dalam tin je)
5) Herba (tak nak letak pun boleh)
6) Bayam

CARA-CARANYA

- Bawang putih di ketuk
- Bawang besar di potong dadu & bahagi kepada dua 

- Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang sampai naik bau

- Potong dadu cendawan

- Tumis bersama-sama dengan bawang putih dan bawang besar.

Masukkan bayam

Goreng sampai semuanya sebati

Dah siap ketepikan

- Perap dada ayam bersama-sama dengan ,
Garam, serbuk kunyit & herba

- letak dalam satu sudu sayur goreng dan gulung satu gulungan

- Letak lagi sayur untuk gulungan ke-2, buat sampai habis gulungan ayam.
(Faham ke tak nih?)

Dah siap cucuk ayam guna lidi satay, supaya tak terburai nanti.

- Tumis bawang besar yang di bahagi dua tadi.
Tumis sampai naik hantu bau yea.

- Gorengkan sekajap ayam yang di gulung bersama-sama sayur tadi.
- ayam 2 nanti balik2 lah ya.

- Pindahkan ayam ke dalam dulang pembakar, tuang sekali dengan minyak dan bawang goreng tadi.

- Bakar di dalam oven, suhu 170C selama 25 minit.
* Jangan bakar sampai overcook pulak, sebab guna ayam bahagian dada, takud nanti isi ayam 2 kering pulak sebab terlebih masak.

Siap untuk di potong.
Sorry gambar ayam yang di potong terdelete pulak. hu2
Nanti aku buat sekali lagi aku tepek dekat sini balik.
*Hati-hati masa nak buang lidi 2 ye.. kan tercucuk jari sendiri pulak.

Thursday 22 May 2014

Jalan-Jalan Cuci Mata



Hujung minggu hari 2 kami laki bini jalan-jalan naik komuter.
Lama giler dah tak naik bendalah ini.. 
Masa nak beli tiket pun cam jakun je rasa sikit.
Padahal bukan susah pun, p je kaunter and bagitau nak p mana pastu bayar.
2 je... part mane lah nak rasa jakunnye kan...
Tapi aku still gk rasa jakun..hu2..


Lokasi pertama kami. Putra.
Haa.. mesti ada yang tanya buat apa kami kemari kan.
Tak kan nak datang hentian Putra pulak kan. x per yang 2 nanti aku citer jak lagi.
 Sebelum nak ke tempat yang nak di tuju 2 kami bergambar dulu dekat Jambatan nih.
aku tak tau orang panggil ape, yang aku tau dulu bendalah ni xde pun dekat Putra nih, 
Mase aku datang 2 tahun lepas benda ni tenggah buat,
Tup2 ari ahad ari 2 benda ni dah siap.. Nampak x bape kurun aku tak datang sini.
Bukan tak datang langsung tak datang putra ni.. tp lau datng pun stakat masuk hentian Putra ja.


Dah sampai..
Nampak tak dia tulis apa?  "PWTC" 
Ke sini lah kami laki bini ari 2...
Buat ape ke sini...?

Ni lah sebab penyebab and tujuan aku ke sini.
Sebenarnya kan aku ni pantang dengar ada ekspo2 pengantin nih, tak tau lah nape, minat giler nak datang sini.
Tapi biase aku pergi tempat yang aku kenal je..
lau jauh and tak tau jalan nak p sana, aku tak pergi pun...

So aku bajet ekspo kali ni mesti gempak2 sama dengan ekspo2 yang aku pernah pergi sebelum ini.
Tapi sampai2 je sini, masuk pusing tak sampai setengah jam aku dah ajk laki aku balik.
Boring giler datang sini. 
Tak tahu nak cakap macam mana, tapi rata-rata pengunjung yang aku jumpa ari 2 ramai yang kata ekspo kali ni boring. 






Lepak-lepak dekat lobi PWTC jak
Hilangkan lenguh kaki. sebabnya lepas ni nak pergi ukur jalan lagi...
Sebenarnya plan kami datang sini je, pastu trus balik,
Tapi tak kan dah nak balik kud... ari masih muda kud.

So mase duk rehat2 kan kaki time ni aku pujuk lah laki aku p jalan-jalan dekat mid Valley.
Pasal lama giler dah aku tak p sana dengan dia.
So pujuk punya pujuk akhirnya laki aku cair jugak denang pujukan dari bini gebu dia nih. he2
Mekacihh sayang...




Akhirnya sampai pun ke Destinasi kedua kami, Mid Valley.
Sampai je terus melantak M'C D.
Ramai giler orang time nih, dekat sejam aku beratur semata-mata nak beli Baja tuk merternak lemak ni.

Sambil makan sambil tenggok orang duk Q nak neli tiket wayang.
Pajang giler.. ni mau berjam2  berdiri.
Silap-silap citer yang nak di tenggok 2 kena ulang tayang balik.. hu2




Lepas makan teman P.Teh cuci mate dekat kedai kasut.
Cuci mata je ye lalim..hu2..
Laki iaolls ni patang betul tenggok kedai kasut.
nasib masuk tenggok je..heheheh


Patuplah tenggok ramai yang borong barang-barang baby, 
Rupa-rupanya dekat Mid Valley ade ekspo jualan barangan baby..
Ramai giler orang dalam 2. Tak sesat nafas ke...

Masa dekat Mid Valley dapat call dari p.cik, Diorang cakap diarang dekat Soga,
So aku ajak datang jumpa dekat Mid Valley.
Dah lama tak bersua muka.he2

Ni Mak.cik aku yang paling besttt...

Ini Nenak aku

Dekat sejam jugak lah kami semua melapak dekat Kepci ni,
sebelum semua sebulat suara mahu bersurau..


Hampir magrib baru aku sampai rumah.
Syok giler dapat keluar jalan-jalan.
Opsst bukan sebab dapat keluar jalan-jalan je, tapi sebab dapat naik komuter, dapat p Mid Valley..
Nati lepas ni boleh lah rancang p jalan-jalan macam nih lagi.

Friday 16 May 2014

BLUBERRY CHEESE TART

Aku ni kan semenjak dua menjak ni cam rajin sikit nak main baking membaking nih
Sume ni bermula bulan dua ari 2 lepas laki aku belikan aku Oven.
Lepas dari 2 ade je resepi-resepi baru yang aku belajar.

Time tenggok hasil yang menjadi 2 kembang je hidung ni,
Nak-nak Bile bagi Pok Teh Rasa, and respond yang dia beri positif lagi kembang kempis sume sel-sel saraf dekat angota badan ni.hik2.
Laki puji kud, Mau tak kembang kempis.


Tapi tak semua yang aku cube menjadi, ada gak yang errornye..
Time ni xde kembang kempis lagi, nak nangis terus rasa..huhuhu...
Rase nak buang je sume 2.. nasib ingt pesan Ayah Jib(PM) jangan membazir...
lau tak dah ke tong sampah sume 2.


Macam baru-baru nih, aku ade try buat Cheese Tart.
Mase buat 2 sume berjalan dengan lancar dan elok, 
tapi ade satu dua part ni yang tak berapa nak menjadi, 
Nak tahu part mane yang tak berapa nak menjadi nanti aku bagitau..

Walaupun tak berapa nak menjadi tapi aku nak share jugak resepi ni dengan korang.
he2.. boleh tak?
Boleh tak boleh, Blog aku, aku punya suka lah kan..he2


Untuk resepi BLUBERRY CHEESE TART kali ni aku amik resepi dari blog K.Azlita Masam Manis
Terima kasih kak sudi kongsi resepi...Muah.. Muahhh
Jom kite tenggok resepi dia.



*******************************


BAHAN-BAHAN - Untuk Base
1)    170gm marjerin atau butter
2)    50gm gula aising
3)    1 biji telur Gred C
4)    290gm tepung gandum
5)    1 sudu kecil esen vanilla
6)    acuan tart 

CARA-CARANYA

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.


Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.



Masukkan tepung sedikit demi sedikit.



Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.



Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
***Selepas keluarkan doh dari peti ais, sila rahatkan doh sekejap.

Part 1 : Crust atau shell

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.



Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.


*** Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

Part 2 : Blueberry Filling

Sediakan blueberry filling 

Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.


Isi filling separuh crust/shell

Part 3 : Cream Cheese Filling

BAHAN-BAHAN 

120gm cream cheese
25gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.


Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Cream chesse yang telah siap di putar.


Kalau korang nak tau, part ni lah aku failed,
Cream cheese aku terlebih pekat lak sikit. aku rasa mungkin sebab aku campur semua sekali time putar 2,
Sepatupnya aku putar cream cheese dengan gula dahulu..
Huhuhu.. inilah tak ikut arahan betul2.. 
sebab 1st buat, so aku tak tahu macam mane nak ejas bagi cream cheese 2 cair sedikit.
Nak tak nak teruskan jelah...


Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag

Masukkan filling ke dalam kulit tat,Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.



Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. 
Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.


1) Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
2) Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
***Making lama, making gelap pulak crust aku 2..huhuhu



Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
guna api atas bawah tapi letak dekat rak bawah. 








*** Part ni jugak aku failed. Selain corak yang tak menjadi, creame cheese aku pun bermasalah jugak, tak cantik pun selepas di bakar.
Kalau ade sapa2 yang tau nape jadi cam nih bagitau aku ye.
sebab dalam kepala ni dah set nak buat skali lagi.. harap2 untuk kali kedua menjadi dengan elok dan cantiknya lah. Frust woii tak menjadi seperti yang di harapkan.
Tapi nasib baik lah rasa ok. Paling peting P.Teh pun suka.