Sunday, 4 May 2014

Lasagna

**gambar dari mek google

BAHAN-BAHAN 


1) Kepingan lasagna
2) 1 biji Bawang besar
3) 3 ulas bawang putih 
4) sos prego (tapi aku pakai sos yg brand Tesco je)
5) Cendawan butang
6) Daging cincang
7) Serbuk black pepper dan serbuk oregano
8) Garam dan gula secukup rasa
9) 2 sudu besar butter
10) Keju cheddar
11) Keju mozarella
12) Keju parmesan
13) 250 ml susu full krim
14) 2 sudu besar tepung gandum

CARA-CARA MEMBUATNYA

Masukkan 5 sudu besar minyak masak.. aku guna Olive oil

Tumis bwg2 yg di cincang td.. tggu sampai naik bau..

Bile sudah naik bau, bolehlah dimasukkan pula daging cincang..
Goreng hingga daging berubah kaler 

Kemudian tuang sos prego td..

Tapi aku guna brand Tesco je...

Masukkan garam secukup rasa..

Masukkan serbuk lada hitam dan oregano..

Masukkan pulak cendawan butang..

Siappp..!! ketepikan dahulu.
*nampak cam berminyak kan, sengaja taknak bagi inti kering sangat, jangan isau sebab aku guna minyak zaitun.

Sekarang kite buat sos putih nya pulak.
Untuk di letak di atas lapisan intinye nanti.

CARA-CARA

Cairkan butter..

Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati.. pastikan guna api kecik je ye..

Masukkan susu full krim..

**untuk susu aku tak ada sukatan khusus.. aku main tuang ikut kepekatan yang aku nak. 

Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati..
*keju ni susah nak cair, so korang sila potong kecik2 yee..

Sos Putih Siappp.. 

Rebus kepingan Lasagna sampai masak.

Cara Melapis Lasagna :
Buat Layer by Layer.
Kulit Lasagna + Inti + Sos putih + Chesse (cheddar, mozarella, parmesan)

Susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..
**Gambar cilop dari blog. lupe nak snap part susun kepingan lasagna ni.

Taburkan dgn inti daging td..
bawah inti 2 aku dah siap susun kepingan lagsana

 Tuangkan sos putih.. lg banjir lg bagus..

Taburkan cheese parmesan dan mozarella

Ulang balik cara yg sama..
Kulit Lasagna + Inti + Sos putih + Chesse (cheddar, mozarella, parmesan)
suka hati korang le nak buat berapa layer.. yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur.. tp standart adalah 3 layer aje..

Masukkan dlm oven..

Make sure oven dah di panaskan awal2 dgn suhu 180 celsius.. bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 30-40 minit gak kot.. bergantung pd size oven korang.. guna api atas bwh ye..

Hasil slps di bakar..  dah kena gigit tikus. he2

No comments:

Post a Comment