Monday, 12 May 2014

Meatball

Siapa dekat sini yang penah makan meatball dekat Ikea?
Sedap giler kan. bila makan 2 macam sayang je nak telan.
Yo lah beli mahal-mahal, makan jak dah nak keluar balik (Berak),

Masa 2 menagis pun x de guna huuhu.. *apa lah yang aku melalut nih..

hokey2, x moo cakap pajang lebar,
aku sebenarnye nak share resepi meatball yang agak sanang jugak lah,
Bahan-bahan pun tak banyak, guna stock yang ada dekat dapur je..

Jom kite main masak2 lagi...
Yihaaaaa......

Tapi macam biasa maaflah if pic2 dalam ni sume x comey cam tuan tanah.

BAHAN-BAHAN - BEBOLA DAGING
250-300 gm daging kisar ( brand Ramly)
300 gm daging segar yang dikisar sendiri
Bawang putih
Sebiji bawang besar Holland (dikisar)
Bread crumb*
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur ( dipukul)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil lada sulah
50ml susu segar
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menguli

CARA-CARA
1) Masukkan semua daging kisar, bawang holland, bawang putih, serbuk lada sulah, lada hitam, tepung, bread crumb, telur dan susu.
2) Uli semua bahan sampai sebati.
3) Lepas tu bulat kan meatball. 
**Tips supaya meatbal tak melekat kat tangan, kena sapu dulu minyak. Then barulah bulat bulat kan ia. 
4) Buat sampai adunan habis dah boleh lah di kukus meatball tu. 
Kalau nak goreng terus pun boleh. Terpulang. 

Disebab kan aku ni spesis yang pemalas,
So, bola daging 2 aku tak buat pun, aku beli yang dah siap je.. hehehe

**Ni contoh Meatball yang dah siap.
dekat mall belambak. macam-macam brand ada.. tapi lau buat sendiri lagi puas hati kan.

Meh tenggok bahan-bahan untuk membuat kuahnya pulak.

BAHAN-BAHAN - KUAH
2 sudu butter
1 biji bawang besar Holland (dipotong dadu)
2 Ulas bawang putih (dimayang)
3 biji tomato (dipotong dadu)
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
3 sudu kicap manis
100 ml susu segar
1 cawan air
1 kiub ayam knorr
1/3 sudu tepung gandum
1/3 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
1 sudu kecil lada sulah dan lada hitam

CARA-CARA
1) Panas kan kuali dan cairkan butter. 
2)Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter yang dah cair sampai wangi. 
3) Masukkan tomato. Kacau sampai layu. 
4) Masukkan kiub Knorr, lada sulah, lada hitam, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Kacau sampai sebati, 
5) Masuk kan susu segar dan air. 
6) Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau lagi sampai masak. 
7) Kemudian masukkan semua bahan dalam kualiti dalam blender. Blend sampai tekstur dia halus dan pekat. 8) Lepas tu masuk balik dalam kuali dan kacau kejap bagi panas.
****(tapi kalau tak nak panaskan balik pun ok je)

Siap untuk kuahnya

Siaaapppp untuk di ngappp...

Tapi lau nak nampak lagi menarik,korang boleh lah letak sidedish macam kentang goreng ke, sayur brokoli ke.. apa2 je lah.. janji boleh telan.
Hokeyy selamat mencuba...


No comments:

Post a Comment