Friday, 16 May 2014

BLUBERRY CHEESE TART

Aku ni kan semenjak dua menjak ni cam rajin sikit nak main baking membaking nih
Sume ni bermula bulan dua ari 2 lepas laki aku belikan aku Oven.
Lepas dari 2 ade je resepi-resepi baru yang aku belajar.

Time tenggok hasil yang menjadi 2 kembang je hidung ni,
Nak-nak Bile bagi Pok Teh Rasa, and respond yang dia beri positif lagi kembang kempis sume sel-sel saraf dekat angota badan ni.hik2.
Laki puji kud, Mau tak kembang kempis.


Tapi tak semua yang aku cube menjadi, ada gak yang errornye..
Time ni xde kembang kempis lagi, nak nangis terus rasa..huhuhu...
Rase nak buang je sume 2.. nasib ingt pesan Ayah Jib(PM) jangan membazir...
lau tak dah ke tong sampah sume 2.


Macam baru-baru nih, aku ade try buat Cheese Tart.
Mase buat 2 sume berjalan dengan lancar dan elok, 
tapi ade satu dua part ni yang tak berapa nak menjadi, 
Nak tahu part mane yang tak berapa nak menjadi nanti aku bagitau..

Walaupun tak berapa nak menjadi tapi aku nak share jugak resepi ni dengan korang.
he2.. boleh tak?
Boleh tak boleh, Blog aku, aku punya suka lah kan..he2


Untuk resepi BLUBERRY CHEESE TART kali ni aku amik resepi dari blog K.Azlita Masam Manis
Terima kasih kak sudi kongsi resepi...Muah.. Muahhh
Jom kite tenggok resepi dia.



*******************************


BAHAN-BAHAN - Untuk Base
1)    170gm marjerin atau butter
2)    50gm gula aising
3)    1 biji telur Gred C
4)    290gm tepung gandum
5)    1 sudu kecil esen vanilla
6)    acuan tart 

CARA-CARANYA

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.


Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.



Masukkan tepung sedikit demi sedikit.



Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.



Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
***Selepas keluarkan doh dari peti ais, sila rahatkan doh sekejap.

Part 1 : Crust atau shell

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.



Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.


*** Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

Part 2 : Blueberry Filling

Sediakan blueberry filling 

Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.


Isi filling separuh crust/shell

Part 3 : Cream Cheese Filling

BAHAN-BAHAN 

120gm cream cheese
25gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.


Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Cream chesse yang telah siap di putar.


Kalau korang nak tau, part ni lah aku failed,
Cream cheese aku terlebih pekat lak sikit. aku rasa mungkin sebab aku campur semua sekali time putar 2,
Sepatupnya aku putar cream cheese dengan gula dahulu..
Huhuhu.. inilah tak ikut arahan betul2.. 
sebab 1st buat, so aku tak tahu macam mane nak ejas bagi cream cheese 2 cair sedikit.
Nak tak nak teruskan jelah...


Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag

Masukkan filling ke dalam kulit tat,Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.



Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. 
Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.


1) Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
2) Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
***Making lama, making gelap pulak crust aku 2..huhuhu



Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
guna api atas bawah tapi letak dekat rak bawah. 








*** Part ni jugak aku failed. Selain corak yang tak menjadi, creame cheese aku pun bermasalah jugak, tak cantik pun selepas di bakar.
Kalau ade sapa2 yang tau nape jadi cam nih bagitau aku ye.
sebab dalam kepala ni dah set nak buat skali lagi.. harap2 untuk kali kedua menjadi dengan elok dan cantiknya lah. Frust woii tak menjadi seperti yang di harapkan.
Tapi nasib baik lah rasa ok. Paling peting P.Teh pun suka.


No comments:

Post a Comment