Tuesday 30 September 2014

KEPERLUAN VS KEHENDAK


Dah hujung bulan rupenya hari ini.
awatnaya aku rasa tahun ni macam cepat je masa berlalu..
Tup.. tup.. esok dah masuk bulan 10. macam cepat kan?

Kalau dah hujung bulan, maknanya lagi beberapa hari nak gaji lah ya?
dengar gaji senyum sampai ketelinga aku ni.

Tapi korang percaya tak, aku lau gaji dapat merasa dalam seminggu je..
lau ada balance2 simpan sikit dekat pak ghimau 2.
tapi tak sempat peram lama pun, 
seminggu dua lepas 2 mesti p buat muka tak bersalah p jolok balik dengan pak ghimau.

Aku kalau citer dekat orang mesti ramai yang tak percaya,
Eh betul ke mu ni mek, anak-anak tak de, tak kan lah duit gaji pun merasa seminggu je.

Elloooooooo......................
meh nak habaq,
hidup dekat dunia ni, duit bukan pakai tuk anak je hokeyyy!!
benda lain nak kena beli jugak.
nak kena di bayar jugak.
nak kena di bagi jugak.

Aku tak tahu lah orang lain punya finance macam mana,
Tapi aku yang bergaji kecik ni macam dekat yang aku tulis dekat atas 2 lah.
dapat gaji hari ni, seminggu lepas 2 mesti dekat tangan ni macam dah nak licin.

Ok mesti ada yang tanya tak kan semua aku bayar kan?
Pok Teh pulak tak kan tak masuk share?

Ada. Ada Pok Teh share. macam sekarang,
Rumah & bill aku yang settle kan., Laki aku pulak bayar kete bile barang-barang dapur,
dan yang paling aku suke, perbelanjaan harian aku pun alhamdulillah memang P.Teh kan bagi tiap-tiap minggu.

Balance2 gaji kami 2 ade lah beberapa benda lagi yang perlu de settle.
Dan bukanya sikit pun tak dapat nak p campak dekat pak ghimau 2,
Ada lah jugak. orang kate bekalan untuk time2 darurat.

Pendek kata dengan kos sara hidup yang tak masuk dik akal sekarang,
setakat orang yang kerja makan gaji ni, duit gaji bulan-bulan yang kami terima kadang-kadang melebihi dari apa yang kami dapat.

Orang mesti kata ukur baju di badan sendiri,
belanja ikut kemahpuan diri,

Tapi kadang-kadang orang macam aku ni nafsu berbelanja tak dapat di kawal.
Tapi aku rasa bukan aku sorang macam ni kan. Korang pun sama kan?

Tapi masalah terbesar bukan sebab apa yang kita beli atau apa yang kita bayar.
dengan kos sara hidup yang tinggi memang tak dapat nak di elakkan lagi.
harga barang-barang pun banyak yang sudah naik.

Katekan lah walaupun dah di skip beberapa barang kehendak yang lain,
Tapi kite tetap jugak nak kena bayar untuk barang keperluan yang dari hari ke sehari harganya meningkat.

Kalau ini masih berterusan..
Sampai bila pun tak kaya2..
hu2 *sambil lap hingus.

Monday 29 September 2014

BALIK KAMPUNG



Uaalss....
Nak bagitau lagi bape ari kitew nak blik kampung lagi tau...

yelah-yelah cam poyo bunyikan? nak blik kampung pun nak bising-bising.
Tapi ni lah kiter (- _-)

Alhamdulillah Raya Haji tahun ni berkesempatan untuk beraya dekat kampung lagi.
Walaupun cuti hanya lulus 3 hari je, ni dah kire syukur dapat jugak balik beraya dekat kampung.
Aminnnnn.........

Mintak-mintak lah balik kali ni tak makan jem lagi.
lau tak masak kami. dah lah balik pun sehari sebelum raya.

Buat kawan-kawan dekat luar sana tolong doakan muda perjalanan pergi dan balik kami selamat dan berjalan dengan lancar.


SELAMAT HARI RAYA HAJI..
buat semua kawan-kawan dan saudara mara ya.
Kosong-kosong.

Thursday 25 September 2014

Potato Fritters


Sharing is caring. 
Tq lalim @ct_fatimahashim tk resepi Potato Fritters yg telajak sedap nih. 

So dah dpt bnde baik harus lah di kngsi kn? 
Resepi Ni sesuai tk org2 yg bru nk knl pyuk koli cm aku blh lh try.

 Nk buat pun telajak lh senang sgt. 

 BAHAN2 
 3 biji ubi kentang di kupas dan di parut halus 
1 biji lobak merah di parut 
1 biji cili besar.*xnk ltak pn blh 
Daun bawang 
4 sudu tepung gandung 
3 sudu tepung jagung 
1 biji telur 
1 sudu kecik garam 
Minyak untuk mengoreng 

Campur semua dan gaul sampai sebati. 
Sudukan dan goreng sampai masak. 

P/S : jangan memandai2 nk tmbh air plk.



Tuesday 23 September 2014

Ayam Bake Budu


Mesti ada yang cam rasa cam pelik je  tajuk entry aku kali ni kan?
Meh aku nak citer..
Sebenarnya aku nak share nga korang sume resepi ayam budu ni.
resepi ni aku dapat dari blog member lama aku.

Kami kenal masa sama-sama belejar dekat Negeri 9 dulu.
Member aku ni pun budak Negeri jugak.
Pandai betul dia makan budu. 
Aku dapat tau lagi yang dia ni sebenarya macam-macam duk buat dengan budu ni.
Cam kagum pulak aku rasa nga budak sorang ni.

Berbalik kepada resepi Ayam Bakar Budu ni,
Aku tak ada lah copy and paste 100% resepi dari dia.
Aku derhaka kan sikit resepi asal ikut selera tekak aku.
Bahan-bahan dia pun banyak jugak aku skip sebab utama tak cukup bahan dekat rumah.

Tapi untuk watak utama iaitu BUDU harus kena guna ye...
Kalau yang ni skip jugak jawabnya bukan panggil Ayam Budu lagi lah.

BAHAN-BAHAN

Lada Hitam *di tumbuk
Origano
Rosemary
3 ulas bawang putih *di ketuk
Garam *aku tak taruk pun
Cili Kering *di bland (tak nak letak pun tak per)
Minyak *apa2 bahagian pun lantak korang lah
Budu *wajid hokey

****Kalau di ikutkan resepi asal dari member aku 2 dia taruk sikit serbuk kunyit dan serbuk kari.

CARA-CARA

Campur semua bahan-bahan 2 dan lumurkan pada ayam.
Nak kan hasil yang lebih sedap, perap ayam 2 semalaman

Wrap ayam tadi dengan menggunakan aluminium foil.

Bungkus / tutup kemas-kemas dan bakar sampai masak.
Bakar dalam satu jam dengan suhu 170C.

40 minit pertaman lepas bakar ayam 2 aku buke dekat bahagian atas foil 2 dan sambung bakar balik dalam 20 minit lagi.

Taraaa... ni lah hasilnye setelah sejam lebih bakar.

Ayam ni aku makan dengan nasi panas-panas.
Pergghh... 
Makan sorang-sorang dah tak pandang kiri kanan lagi.

Bagi aku dia punya rasa ok lah. tapi cam tawa cikit. 
So nanti buat kali ke-2 nak kena buh garam sikit.

Kalau di ikutkan resepi tuk ayam bakar budu ni lebih kurang je degan resepi ayam bakar yang aku buat sebelum ni. yang beza je tuk kali ni buh Budu. 2 je.

Sape2 dah meleleh air liur 2 cepat2 lah buat ye.
Siyess sedap hokey..


Monday 15 September 2014

Selamat Hari Lahir Sayam


14 September 1984 lahir lah seorang puteri yang sangat comey, 
di beri nama Rosilawati Binti Abdullah membesar dengan pesat sihat sekali.

Seorang yang baik hati, peramah dan tidak sombong.
Ini lah kawan baik ku yang sama-sama membesar bersama

Kami berkawan dari kecik lagi. tapi mulai rapat masa kami sekolah menengah.
Pergi sekolah sama-sama, balik sama-sama,
Jalan-jalan pusing kampung pun sama-sama.

Semalam 14 september 2014 merupakan hari lahir wati yang ke-30.
Dah 30 ko ye wati. he2
tahun depan aku lak menyusur dari belakang.

Buat SAHABAT dunia akhirat aku sorang ni, aku nk wish

- Semoga pajang umur
- Semoga bertambah rezeki.
- Semoga menjadi anak, isteri dan umi terbaik dalam dunia.
- Semoga mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
- Semoga bisness yang di bina semaking hari semaking maju dan berjaya.

dan yang paling penting

- Semoga persahabatan yang terjalin bertahun-tahun ini masih kekal dan utuh hingga hujung nyawa.

Kawan sangat mudah utuh di cari.
Tetapi, Sahabat sejati sangat susah untuk di temui.

aku nak ko tahu cam ner aku sayang sanggat dekat ko,
dan aku sanggat2 tau yang kau jugak sayang dan sanggat ambil berat pasal aku.




Sunday 14 September 2014

MY BFF - Selama-lamanya


Pernah RAPAT
Pernah KETAWA bersama
Pernah BERKONGSI MASALAH
Pernah saling MENYOKONG
Pernah saling MENASIHATI
bahkan pernah BERKONGSI KESEDIHAN


Tapi kerana waktu
kerana jarak semuanya hanya jadi kenangan


Jujur aku rindu "Suatu ketika dulu"
Namun ku sedar tidak mungkin BERULANG
tapi sekurangnya KITA ada KENANGAN INDAH untuk di ingati.


Friday 12 September 2014

My Big Boss Accident


Tanggal 27 hb 8 hari 2 kan, kami semua kat ofis ni terkejut apabila di beritahu yang my big boss accident dekat Johor.
Masa 2 bos aku dalam perjalan balik ke KL.

So kami sume kat ofis ni macam mengelabah lah. cam tak percaya pun ada.
Ye lah, tak sampai setenggah jam sebelum 2 aku baru bercakap dengan bos kat tel, 
sekali dengar dia accident. 
tanjat mak enom tau... **ok x kelakar.

Staff dekat JB wasap pic kete yang bos aku naik time 2, 
Masyallah ngerinya nya aku tenggok. 
terus rasa insaf.

Dari tenggok keadaan kereta 2 agak teruk jugak lah.
Tapi nasib lah bos aku 2 cume cedera ringgan ja.
Nasib kete besau. lau kete proton macam aku ni tak tau ape nasib bos aku 2.
dah lah lagi beberapa ari nak gaji. 
Opsstt sorry..
 tak patup saya ingat pasal gaji time2 cam nih

Ini lah kereta MPV  Toyota Fortuner yang bos aku naik 2.
Teruk kan.

Kalau di lihat dari keadaan kereta memang tak dapat di selamatkan lagi.
Ni kalau nak repair balik, kos mau cecah harga kerata baru.

Haa... ni lah keadaan sebenar kereta bos aku masa accident 2.
Ngeri woo aku tenggok. dengan terbalik bagai.

Cume aku terfikir cam mana lah lah bos aku berjaya keluar dari kereta dia yang terbalik 2.
Kalau di tenggok betul2 bahagian bumbung kerate 2 betul2 dah nak mencecah tanah.

Ini lah bos i ualss...
Syukur lah cedera ringgan saja.
Ini pun dah buat aku cam menitis air mata tenggok.
Kesian tau. dah lah bos aku ni baik. selalu belanja kiteorang makan macam-macam, 
walapun nanti bill 2 dia akan masuk claim

Tapi yang buat aku cam terkezuuut sangat, 
esoknya bos aku masuk kerja macam biasa. sebab nya petang 2 jegak lepas accident dia balik KL

Masuk ofis semata-mata nak kire gaji pekerja.
Aduhhh terharunyaa, lagi rase cm nak nangis.




Thursday 11 September 2014

CEMPEDAK DI LUAR PAGAR


Amboiii.... tajuk entry kemain lagi kan.
Tapi sebenarye tak ada apa-apa pun
Sesaja nak cerita pasal adik cempedak kiter nih..

Aku ni kan, kalau nak tahu memang hantu buah.
Korang bagi lah buah ape pun In Sya Allah akan ku telan semuanya..
Semuanya means jenis2 buah yang korang bagi 2 lah.
Bukanya ko campak berkilo-kilo buah kat depan aku & paksa aku habiskan sume dalam satu masa. memang tak lah kan.

Tapi kalau bagi berkilo-kilo 2, makanya berhari-hari lah aku kan habiskan.
Giler ko nak habiskan dalam satu hari....


Hahh amik ko...
Sebenarnye nak citer pasal buah Cempedak ini.
nampak tak cempedak ni, mesti ramai dah bayangkan cempedak gorengkan.
Kalau cempedak goreng 2 tuk korang je lah ye.

Sebabnya..... 
Sebabnya.... 
Sebabnya...
(bape kali nak sebabnye dahh..)

Kalau bagi cempedak dekat aku, aku makan macam 2 je hokey...
di ulangi, makan cam 2 je......
Tak denya nak goreng-goreng bagai. (tapi sebenarya malas)

Ade kawan-kawan aku tanya, boleh ek ko makan cam 2 je.. tak payah nak goreng tepung dulu?
sedap ke?
rase ape?

Helllooo... ni buah je kud, 
Lagi pun aku makan buah yang dah masak, nak kena masak apenya lagi..

rasa ape? dah buah cempedak rase cempedak lah. tak kan rasa stobeli lada bulung pulok!!! - amik korang.
If korang goreng tepung atau beli cempedak goreng sekali pun, tetap rasa cempedak jugak akak oii.
tak adenya rasa tukar jadi manis macam anak tokey goreng pisang 2.

kalau yang tanya sedap ke x sedap
Jawapan aku
Sedap giler wooooooooooo lagi sedap dari air Teh Boh.
Nape Teh Boh? Sebab aku tak suke minum teh.

Kesimpulanya , kalau korang tak suke dengan sesuatu benda 2, 
Korang tak boleh fikir orang lain pun / Harus / mesti tak suka sama.

Setiap dari kite berbeza, 
kalau semua sama tak ceria / indah / fun lah hidup ini kan.
ibaratnya kalau orang 2 suke ijauu maka sume baju, kasut yang kat kedai 2 sume kana kaler ijau lh yang ade kan. tak fun betul.

Amboii rasa macam jauh terpesong pulak dari tajuk entry

Hokey2 sebab ape jauh melalut 2, 
sebab nya bile kawan2 aku tau aku makan cempedak macam 2 je,
Riaksi diorang macam 
Eeerrr... ko makan mentah2 buah 2 

Eeerrr... diorang 2 macam menggambar kan cam jijik je makan cempedak 2 cam 2.
Huhhh...

Apa-apa lah korang, 
janji perut aku kenyang.
wa lek wa peace. - sambil buat huruf V dengan jari.



Thursday 4 September 2014

BISKUT SARANG SEMUT

Ni nak citer lah kan,
Tahun ni 1st time aku buat biskut raye sendiri & sorang-sorang tau,
Sorang-sorang Hokey. ko mampu...

Adelah dalam 4 5 jenis jugak lah aku buat.
sampai kan kepala ni rase ting tong pulak dk bau adunan biskut yang tengah bakar 2.

Ok lah nak di pendekan cerita, dalam banyak-banyak biskut raya yang aku buat masa raya hari 2,
Biskut sarang semut yang paling mak aku suke.
siap request lagi suh buat tuk raya haji pulak.
Kembang setaman dataran merdeka 2 aku rasa bile mak aku puji sedap.
hik2.

Sebab dah ade orang kate sedap,
macam tak best lah pulak tak share benda baik ni dekan kawan-kawan kan.

Untuk entry kali nih aku tepek resepi Sarang semut yang aku buat hari 2.
resepi ni aku ambik dalam blog, tapi lupe pulak nama blog 2.

Sape-sape nak try bolehlah.
Nak buat pun senang.

BAHAN-BAHAN
250 gm Butter
100 gm Gula Halus
350 gm Tepung Gandum
100 gm Tepung Kastad
100 gm Tepung Jagung
1 Biji kuning Telur
1 sudu Esen Vanilla
Coklat Rice (untuk hiasan)

1) Pukul hingga kembang gula dengan butter
2) Masukkan esen vanilla dan kuning telur, gaul sampai rata

3) Masukkan pula Tepung Gandum, Tepung Jagung dan Tepung kastad yang di ayak terlebih dahulu.
4) Gaul rata sehingga menjadi doh.

5)Parutkan adunan doh tadi

P/S : nak bagi senang time parut 2 bolehlah cube, 
a) simpan adunan dalam peti ais selama 2 ke 3 jam @ 
b) bulatkan adunan sebesar bola gof 

6) Dengan menggunakan sudu, sudukan adunan yang di parut tadi kedalam paper cup
7) Taburkan coklat rice.

8) Bakar dalam oven dengan suhu 170c sampai masak. (Anggaran dalam 12 ke 15 minit)
9) Sejukkan dan simpan  dalam bekas kedap udara

>>>>>> SELAMAT MENCUBA <<<<<<<



Wednesday 3 September 2014

BOIKOT



 Dan marilah kita sama-sama untuk tidak lagi membeli dan menggunakan produk-produk ini.



Tuesday 2 September 2014

DAH SEPTEMBER LAH..



Halooo.... dah September lah.
Apasal tahun ni hari-hari yang berlalu macam sekejap sahaja?

Awal bulan depan nak balik kampung lagi ni. Balik raya Haji.
Padahal baru bulan lepas balik beraya puasa kat sana.

Tapi perasan tak (ke aku sorang je yang rasa cam ni) memang tahun ini aku rasa cepat sangat masa berlalu. tup tup sekarang dah masuk bulan 9.

Yang sebenarnya takud nak masuk tahun baru (tahun depan)
Sebabnya.........

Tahun depan i dah masuk 30. huhuhu....sedihnye.. 
walaupon 30 hanya sekadar no je...

Cam ner ni dah nak masuk geng makcik-makcik.
Tapi perangai macam budak baru belajar berjalan lagi. Lepas ni dan kena jadi macam mak2 lah.
dah tak boleh nak huha... huha lagi.

Bulan ni rasanya agak sibuk sikit.
Ada beberapa benda yang aku rancang nak buat.
Hope menjadi seperti yang dirancang lah nanti.


Monday 1 September 2014

MISTERI VILLA NABILA



Banglo Villa Nabila adalah sebuah banglo tinggalan dan dikatakan sebuah banglo yang menyeramkan dengan pelbagai cerita mistik yang dibawa dari mulut ke mulut.. Terdapat banyak versi cerita mengenai bagaimana Villa berkenaan menjadi menyeramkan. Antara cerita-cerita tersebut adalah seperti dibawah ni:-


Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.


Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun. .



Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.


Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.


Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.




P/s: Memang banyak kisah misteri disebalik Villa Nabila di Johor Bahru ini, ini belum lagi termasuk dari cerita mulut ke mulut, rasanya lebih banyak misteri yang dapat diselongkar.. 

Wa Allahu'alam..