Mesti ada yang cam rasa cam pelik je tajuk entry aku kali ni kan?
Meh aku nak citer..
Sebenarnya aku nak share nga korang sume resepi ayam budu ni.
resepi ni aku dapat dari blog member lama aku.
Kami kenal masa sama-sama belejar dekat Negeri 9 dulu.
Member aku ni pun budak Negeri jugak.
Pandai betul dia makan budu.
Aku dapat tau lagi yang dia ni sebenarya macam-macam duk buat dengan budu ni.
Cam kagum pulak aku rasa nga budak sorang ni.
Berbalik kepada resepi Ayam Bakar Budu ni,
Aku tak ada lah copy and paste 100% resepi dari dia.
Aku derhaka kan sikit resepi asal ikut selera tekak aku.
Bahan-bahan dia pun banyak jugak aku skip sebab utama tak cukup bahan dekat rumah.
Tapi untuk watak utama iaitu BUDU harus kena guna ye...
Kalau yang ni skip jugak jawabnya bukan panggil Ayam Budu lagi lah.
BAHAN-BAHAN
Lada Hitam *di tumbuk
Origano
Rosemary
3 ulas bawang putih *di ketuk
Garam *aku tak taruk pun
Cili Kering *di bland (tak nak letak pun tak per)
Minyak *apa2 bahagian pun lantak korang lah
Budu *wajid hokey
****Kalau di ikutkan resepi asal dari member aku 2 dia taruk sikit serbuk kunyit dan serbuk kari.
CARA-CARA
Campur semua bahan-bahan 2 dan lumurkan pada ayam.
Nak kan hasil yang lebih sedap, perap ayam 2 semalaman
Wrap ayam tadi dengan menggunakan aluminium foil.
Bungkus / tutup kemas-kemas dan bakar sampai masak.
Bakar dalam satu jam dengan suhu 170C.
40 minit pertaman lepas bakar ayam 2 aku buke dekat bahagian atas foil 2 dan sambung bakar balik dalam 20 minit lagi.
Taraaa... ni lah hasilnye setelah sejam lebih bakar.
Ayam ni aku makan dengan nasi panas-panas.
Pergghh...
Makan sorang-sorang dah tak pandang kiri kanan lagi.
Bagi aku dia punya rasa ok lah. tapi cam tawa cikit.
So nanti buat kali ke-2 nak kena buh garam sikit.
Kalau di ikutkan resepi tuk ayam bakar budu ni lebih kurang je degan resepi ayam bakar yang aku buat sebelum ni. yang beza je tuk kali ni buh Budu. 2 je.
Sape2 dah meleleh air liur 2 cepat2 lah buat ye.
Siyess sedap hokey..
No comments:
Post a Comment