BAHAN-BAHAN
3 Cawan tepung gandung
1/2 cawan tepung kastad
2 sudu tepung jagung
1 buku mentega
2 biji kuning telur
1/2 sudu kecik garam
1 sudu gula
Pukul mentega + kuning telur + gula dan garam
Bila sudah sebati, masukan tepung gandung + tepung kastad dan tepung jagung yang sudah di ayak, sedikit demi sedikit
Uli hingga menjadi doh yang lembut, dan ketepikan.
gentelkan jem nenas.
aku beli yang dah siap je..
nak buat sendiri pun boleh.
JEM NENAS
2 Biji nenas
600g Gula
CARA-CARA
Parut atau bland kan nenas
Masukan gula dan Masak sehingga nenas menjadi kering, masak mengunakan api yang perlahan
SAPUAN
1 Biji Kuning Telur
Perwarna kuning
sedikit air
Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang di gentel kecik tadi.
Susun dalam loyang, dan sapukan sapuan kuning telur di atasnya
Panaskan oven dan bakar selama 10-15 minit, pada suhu 160 darjah celcius
Sejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan kedalam bekas.
Hasilnye setelah siap.
No comments:
Post a Comment