BAHAN-BAHAN
250g mentega
120g gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanilla
240g tepung gandung - jika andunan masih lembik, boleh tambah sedikit2
2 sudu tepung jagunf
3 sudu tepung kastad
Ciri merah - dipotong dadu untuk hiasan
CARA-CARA
Putar mentega bersama gula aising hingga berkrim
Time nih putar tak yah kembang sangat
Masukkan kuning telur dan esen vanilla
Putar hingga kembang
Bolehlah masukkan tepung gandung + tepung jagung + tepung kastad yang telah di ayak
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Ceri merah untuk hiasa
Acuan Sampret / Dahlia
Masukkan doh kedalam acuan / penekan dan terapkan ke atas dulang pembakar.
Buat sampai habis.
Letak ceri untuk hiasan
Bakar pada suhu 150C, selama 10 minit atau sehingga masak.
Dah masak, sejukkan terlebih dahulu di atas jaring sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara
Amacam menjadi tak biskut dahlia saya.
Kembang semangkuk je kan bunga dia. he2
Kembang semangkuk je kan bunga dia. he2
No comments:
Post a Comment