Monday, 20 January 2014

Teman P.Teh cari barang.

Sabtu lepas P.Teh ajak temankan dia cari barang dekat Selayang mall.
Jenuh jugak lah duk tanya barang apa yang nak di cari.
Tapi sampai kesudah P.Teh tak nak bagitahu. katenya nanti tenggok lah sendiri.

Aku time ni kan, dalam hati duk rasa, mesti my P.Teh nak beli kan barang tuk aku.
Kiranya macam surprise lah kan. 
Macam sebelum-sebelum ni, lau P.teh nak belikan apa-apa hadia tuk aku, 
dia akan bawak aku terus p kedai 2 & suruh pilih yang mana berkenan.
Sebab katanya dia tak reti nak pilih or beli apa2 untuk bini gebu dia ni.
*sila jagan senyum muntah...
 Masa ni mmng epy tak ingt lah.
Tapi yang paling tak epy P.Teh awal2 akan bagitahu bajet berapa. tak boleh over bajet..Hu2.

Tapi bila sampai je sana, aku tenggok P.teh laju je p masuk kedai jual barang2 sport.
Aku dah boleh agak dah, ni mesti dia nak cari kasut atau pun baju kat sana.
Harapan tinggal harapan, memang betul lah, P.teh kata dia nak pergi cari barang untuk dia..

Dekat kedai ni dia rembat satu kasut untuk futsal.
aku tanya nape tak bagitahu aku awal-awal pasal nak beli kasut.
Jawapan P.Teh senang je, takud aku marah, sebab kasut futsal dekat rumah 2 elok lagi.
Maunye aku tak nak marah, tau pun kasut dekat rumah 2 elok lagi, 
Membazir betul..
Baik bagi aku je duit 2 buat supin kasut  & baju tuk aku. **tetiba!!



Curi-curi snap. 
time ni P.Teh tenggah nak bayar kasut yang dia beli 2.

Lepas siap beli kasut, P.teh ajak pergi cari Sling beg pulak.
Ok untuk sling beg memang dah lama aku suruh dia beli baru. 
sebab yang lama punya 2 dekat tepi2 dah rosak. mengelupas.
Padahal masa beli dulu dia punya harga boleh tahan jugak lah 

Masa ni Parkson dekat Selayang Mall ada buat jualan gudang.
So kami decide masuk cari dekat sini dulu. mana tahu kud-kud ada yang berkenan di hati aku P.teh.

Sesi memilih beg. Tapi bukan beg yang dalam gambar ni...

Kusyuk betul duk usha beg.. 
sampai bini gebu dia amik gambar pun tak perasan
*ok sila jangan muntah lagi*

P.Teh sudah jumpa ape yang di cari...

Ini lah kasut yang P.Teh beli 2.
Mase dekat kedai kasut 2 aku tak tenggok pun P.Teh beli kaler ape.
Balik rumah baru tenggok. Alahai.....
Kasut lama pun kaler hijau .yang baru pun beli hijau jugak
ada ape dengan ijau lalim....

Sling  Bag yang P.Teh beli.
Ini aku yang pilih, Tapi P.Teh yang bayar. brand Playboy

Sling beg lama. 
kulit kat tepi dah mengelupas. tapi dalam masih elok lagi.
Beg ni hadiah dari aku untuk hari jadi P.Teh masa tahun kedua kami kahwin. 
kiranya beg ni dekat 2 tahun jugak lah.

my P.Teh memang suka pkai sling beg

Sebelum ni aku ingt nak beli on9 je sling beg tuk P.Teh
ada lah beberapa website aku duk usha. ada satu beg yang aku berkenan harga pun boleh tahan lah. tak de lah mahal sangat., bila tunjuk dekat P.Teh dia lak tak nak.
Katenya takud kualiti tak sama dengan harga yang di bayar
amboii bukan main sekarang ye...

Ini lah beg yang aku berkenan 2. 
Tapi tak beli sebab P.teh tak berkenan.aku tenggok cantik je..



Siap beli barang-barang dia, P.Teh tanya nak apa-apa tak.
Mau x nak, aku cepat-cepat jalan p masuk Watson. Tujuan nak cari eye line.
sebab aku punya dah nak habis,.

Untuk aku, beli ni je..

Eye liner

Maskara.
Masakara ni aku beli dengan harga PWP. 
so dari RM29.90 dapat lah dengan harga RM20.90 je..
Berbaloi kan...

Dua ni je dapat pau P.Teh. nak pau lebih-lebih cam kesian pulak,
Sebab bajet harus di simpan untuk buat bekal balik kampung nanti...


No comments:

Post a Comment