Monday, 27 January 2014

Asthma Lagi...


Biasanya seminggu sekali aku kan kemas rumah, kalau tak hari sabtu aku buat hari ahad.
Sebenarya kalau diikudkan dah bebulan-jugak aku tak kemas rumah ni.
 Bukan pasal malas, tapi sebab ASTHMA. ye asthma.
aku sendiri pun tak tahu punya sebenar aku dapat asthma ni.
Seingat aku, masa aku kecik2 dulu aku memang ada asthma. 
Tapi bila masuk je sekolah rendah asthma dah tak ada. 

Sehinggalah...
Awal tahun 2013 dalam hujung bulan satu cam 2, penyakit ni datang semula.
sampai lah sekarang.
Bila dah tahap ni, aku memang alah sangat dekat habuk. Nak2 bila time kemas rumah.
Mula lah batuk tak berhenti-henti. lepas 2 sure aku akan semput & sesak nafas.
Sebab 2 lah, semenjak Asthama aku ni datang balik
Kerja-kerja kemas rumah ni P.teh yang buat. Nasib baik lah P.teh ok.. 
Bertuah dapat suami ringgan tulang cam nih.

Masuk 2014 aku amik alih balik kerja-kerja mengemas rumah ni.
Tapi  setiap kali nak buat kerja aku akan pakaikan mask.
Tapi ntah macam mana, ahad hari 2 lupa pulak nak pakai mask.
Akibatnya petang 2 aku sesak nafas & lelah, agak teruk jugak lah. tapi x p klinik pun.
Bertahan dengan ambil ubat sahaja.

Sampai ke hari ini hari selasa aku masih lagi rasa lelah & sesak nafas.
Hope sume ok lah sebelum balik kampung 2 hari lagi.
Mesti yang tanya kenapa tak pergi hospital je kan.
Jawapan aku senang sahaja. MALAS..
So, selagi boleh bertahan aku bertahan. 
kalau lelah cam teruk skit, aku ambik ubat sahaja..

No comments:

Post a Comment