Malam tahun baru hari 2, aku balik kampung. Balik
sorang je. Balik pun dengan bas. P.Teh tak dapat nak blik sama, sebab hujung
bulan jan nanti kami balik lagi. Balik cuti Chinese New Year
Aku balik dengan bas ekspress, naik dekat Hentian
Putra yang depan PWTC 2. Tiket pun beli masa malam nak balik 2. Tiket bas yang
aku beli pukul 9.30pm. Kami sampai awal, dalam kul 8.00 malam cam 2 aku dah
sampai dekat Hentian Putra. Sebab banyak masa lagi, so kami laki bini pergi
makan. Habis makan kami lepak2 dalam terminal bas.. boring duk kat dalam
terminal kami keluar lepak kat luar pulak. Tepat jam pukul 9.00 malam aku ajak
P.Teh masuk terminal. Aku suruh P.Teh je p check bas dah datang ke belum,
sementara aku p melepaskan hajat. - Maaf tercerita jugak pasal hajat ni :D
Di pendekkan cerita, lepas gesel2 pipi dan say bye
dekat P.Teh, Tepat jam 9.30 malam bas yang aku naik pun bergerak.
- - - -
Bas meluncur laju (Yeke bas meluncur) meninggalkan ibu
kota Kuala Lumpur. Aku tengok banyak kereta dengan motor kat atas jalan raya
ni. Aku bajet lah diorang nak p sambut New Year kat dataran. Sian P.Teh aku
sebab tak kesampaian tahun ni nak p sambut New year dengan aku dekat dataran.
Sob.. sob.. sob… Padahal kami dah janji awal2 nak p sambut kat sana… sory ye
P.teh, Asalkan P.teh tahu niat aku balik kg bukan suka2, tapi nak jalankan
tanggunjawab sebagai anak. Time kasih P.Teh bg izin balik kg n tgglkan p.teh
sorg2 love u more... n more... n more.... :D
Satu je perangai aku bila naik bas waktu malam, Mata
ni cepat sangat nak tutup.. lau naik siang hari tak de lah rase cam nak tidur
sangat. Aku tak tahu lah dari minit ke berapa selepas bas bertolak aku
tertidur, Sedar-Sedar je aku dah sampai Merapuh,Pahang. Sapa yang selalu duk
ulang-alik balik Kelantan dengan bas tahu lah, Merapuh dan Gua Musang tempat
perhentian untuk makan, sembahyang & buang bahan Kumuhan yang hampir nak
terkeluar 2. He He.
Kat Merapuh ni aku x makan pun. Xde selere der.. makan
pagi2 buta, dengan baru bangun tidur nya lagi. Aku cume turun buang air je.
Time ni aku tengok jam dah hampir pukul dua pg, Bile tenggok tel pulak, bukan
main banyak SMS & Miss call dari P.teh. Bukan setakat dari P.teh, Dari BFF
aku pun ada.. alahai terharunya… Tapi sory x balas pun. X de mood nak main tel
dalam keadaan mamai camni. Masa bas dah mula nak bergerak aku sambung tidur
balik. Tetiba aku tersedar bila dengar macam bunyi detuman yang kuat. Lepas 2
dengar lagi macam bunyi benda2 pecah, bunyi manusia menjerit. Masa ni ni
keadaan bas dah terhuyung hayang. Lepas 2 sekali lagi bunyi rempuhan yang kuat
Bas terus berhenti. Walaupun dalam keadaan mamai, tapi aku tahu bas yang aku
naik ni telah terlanggar sesuatu. Masa ni keadaan dalam bas x yah cakap lah,
dengan bisingnya, dengan suara orang menangis lagi.memang huru hara lah.. Dalam
hati hanya Allah sahaja yang tahu. Mase ni muka2 orng tersayang sume keluar
terutama sekali wajah mak aku. Tak habis2 mulut aku ni duk berdoa agar semua
dalam keadaan selamat dan ok.
Bila keadaan sedikit reda, aku dengar ada orang
menyuruh kami turun, Turun melalui pintu kecemasan. Sebab pintu kat depan sudah
tak boleh di buka. Masa turun dari bas aku tengok sekeliling baru tau dah
sampai Gua Musang, betol2 depan R & R Gua Musang yang baru di buka 2. Dan
baru lah aku tahu jugak bas yang aku naik ni terlibat dalam kemalangan. Masa 2
aku tengok depan bas dah rosak teruk. Cermin depan habis pecah, Dan terlanggar
tiang elektrik.
Bila tenggok dekat jalan raya, nampak sebuah Hilux
terbalik. Aku syak bas yang aku naik ni, berlanggar dengan Hilux. Dari cerita
yang aku dengar dari penumpang yang duduk di seat hadapan, Hilux ni keluar
junction dan masuk lane salah, dia masuk lane bas padahal Hilux ni datang dari
arah yang bertentangan. Akibat nye satu rempuhan kuat berlaku, bas terbabas
beberapa meter masuk ke dalam semak dan terlanggar tiang elektrik. nasib baik
semak kt tepi tu,kalau gaung....???nauzubillah.....
Nasik baik lah bas tak terbalik, sebab kalau terbalik
aku rasa mesti ada penumpang yang cedera. Pemandu Hilux tercampak keluar dan
tak sedarkan diri, tak tahu lah hidup ke mati. Lagi satu kemungkinan besar
pemandu Hilux yang berbangsa cina 2 mabuk, sebab satu badan berbau arak.
Mase ni baru ingat kat suami. Betol lah orng kate time
senang x ingat, time susah pandai lak nak cari.hehe.. Terus laju2 amik tel,
tepon P.Teh Terkezutt beruk P.teh dengar, Lepas cakap dengan P.teh dan bagitau
aku x de paper, tepon plk BFF bagitau dia. Pastu mesej lak member2 ngan adik
aku. Haa korang tegok aku punya ribut macam nyawa 2 dah nak nyawa2 ikan. Hu2
Sory lah kacai korang tidur.
Oh ya, masa kejadian ni aku naik bas ekspres Darul
Naim. So masa xciden ni, boleh dikatakan suma bas Darul Naim berhenti. Syukur
sangat2 malam 2 sebab kebanyakkan penumpang dalam semua bas ni tak penuh. Jadi
kami di agih-agihkan ke beberapa biji bas. Kiranya lepas kejadian kami terus
dapat balik lah, tak payah susah-susah nak kena tunggu bas lain datang ambik
kami.
Alhamdulillah
dalam pukul 6 pagi macam 2 aku sampai KB.
Dari
terminal bas KB, aku terus ambik “Prebek Sapu” pergi hospital KB
Kenapa pergi
Hospital? Sebabnya aku balik kg ari 2 sebab nak jaga mak aku yang admit dekat
Hospital Raja Perempuan Zainab KB.
~ Nampak x
betapa skema nya ayat aku kali ini. He2
K 2 je nak
bagitahu.
Syukur
sangat2 hari 2 aku dengan penumpang yang lain sume tak de ape2, yang cedera pun
tak ada.
Kalau di
lihat dari keadaan bas, agak teruk jugak lah aku rasa.
Syukur di
beri kesempatan untuk bernafas lagi.
Allah... syukur alhamdulillah. Nasib x ape2 yu... ngeri woooo
ReplyDeleteLg ngeri lau x sempat mnuntut dengan cik bedah laser...
ReplyDelete