Friday, 24 January 2014

Ayam Percik

 Bahan-Bahan Untuk Ayam
1) Ayam (Di belah 4)
2) Serbuk Kunyit
3) Garam
4) Bawang Putih 2 Ulas (Tak nak letak pun tak apa)

Cara-cara :
Perap ayam dengan garam dan kunyit seketikan.
*Ayam boleh lah terus di bakar. sambil2 2 boleh sediakan bahan2 untuk kuah percik.


Bahan-bahan untuk kuah percik
1) Santan 
2) Air (agak2 ni) 
3) 7 biji cili kering 
4) Serai (Di ketuk)
5) Halia / 1 inci
6) Bawang merah / 5 biji 
7) Bawang Putih / 2 ulas
( 1 - 7 semua di kisar sekali)
8) 1 sudu asam jawa / 1 keping asam keping
9) Garam & Gula

Cara-Cara Membuat Kuah Percik
1) Panaskan 2 sudu besar minyak masak.
2)Tumis bahan kisar sehingga wangi / agak garing bawangnya. 
3)Masukkan santan dan air.
4)Kemudian ketuk 1 batang serai dan masukkan ke dalam kuah bersama asam keping.
5)Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan kuah pekat.
6)Masukkan gula, garam dan perasa.
7)Keluarkan asam keping jika kuah sudah cukup rasa masam. 
8)Kemudian lumurkan / curah kuah percik di atas ayam yang tenggah di baka. bakar dalam 10 minit 
9)Terbalikkan ayam dan lumurkan kuah percik pada bahagian satu lagi. Bakar selama 10 minit supaya kuah meresap ke dalam ayam.
10) selepas 10 minit, ulang sekali lagi langkah 8 & 9. & bakar sehingga ayam betul2 masak.
11)Semasa menghidang curahkan lebihan kuah ke atas ayam. Sedia di makan bersama nasi putih

No comments:

Post a Comment