Tuesday, 28 January 2014

Balik Kampung

Balik Kampung...
Ho.. Ho.. Ho.. Balik Kampung...
Hati Giranggg... (Sila nyanyi dalam feling2 dapat wang satu juta rupiah.he2)

Lau tak ada apa-apa, esok kami laki bini insyallah akan balik kampung.
Biasa lau balik kampung aku gerak pagi-pagi.
belum pernah lagi gerak malam kalau P.Teh yang bawak kete.
Sebab ape tak gerak malam, takud mengantuk Laki aku kata.

Kami laki bini sama-sama orng kelantan,
So agak senang lah sikit lau nak balik bercuti or raya. tak yah nak gaduh-gaduh nak balik kampung siapa dulu. 
Bagi kami laki bini senang je... balik lah mana-mana dulu.. janji sampai...
Tapikan opkossss lah banyak balik rumah aku dulu. he2


Aku biasanya, malam nak balik kg baru packing baju masuk dalam beg.
Buat pun time sume orang dah tidur.. 
*Cop2 macam rmai je orang kat rumah 2? padahal kami laki bini je pun..
Bukan apa, P.teh dekat rumah 2 banyak songeh sikit...
kalau tanya dia nak bawak balik baju seluar yang mana, mula lah pening nak memikirkannya.. 
dengan aku2 skali pening.
Jalan paling selamat baik aku buat sorang-sorang & ikud kepala aku je.

Ramai yang kata, Kalau dari KL balik Kelantan macam best sebab tol tak de lah mahal sangat.
Yup memang betol xde mahal. cam aku duk Kepong ni, Hanya 2 tol je yang bayar,
Satu dekat gombak RM5 dan satu lagi dekat Karak RM3 total RM8.00. 
Ye RM8.00 je.. Sila jangan JELES....

Tapi...
*
*
*

Petrolll......
KL ke Kelatan  hampir 500KM. bayank petrol nak pakai.
Aku kalau balik kg dalam 1 minggu aku dah bajet siap2 kos untuk petrol RM600.
RM600 cam mahal kan. tapi ini lah harga yang perlu kami bayar untuk petrol sahaja.
Nak2 kalau time jem.. mmng banyak pakai petrol.
So Kalau di  + -  x de bezenya kos yang keluar walaupun toll murah.


Kalau balik kampung time cuti umum, Satu perkara ni mesti kena ambik kira.
Jem. 
Ye jem, bukan jem yang makan 2 ye....
Lau balik kelantan perjalanan biasa pun makan masa 7 8 jam...
Tapi kalau time cuti umum ni... jawabnya kematu lah lh buntut 2...
Sebabnya kadang-kadang berbelas jam pun masih tak sampai-sampai lagi.
Tahun lepas aku ingat lagi, balik kampung time cuti Chinese New Year.
Kami gerak dalam pukul 8 pg, sampai kelantan dekat 11malam. Jalan punya lah jem..
Bukan setakad kematu buntut ni, dah nak berkulat rasenya...
Tahun ni mintak2 lah kurang sikit jem 2.

So macam biasa, tahun ini pun aku pagi2 akan gerak balik kelantan.
sebabnya lambat sikit gerenti jem punya.

Dekat kawan-kawan yang kat kampung 2, jangan lupe date dating kite 2 ye.
Tak sabar nak jumpa korang sume...
Macam-macam nak cerita ni.. kepala dah berat sangat ni, banyak benda duk save tapi tak keluar-keluar pun lagi.


Korang yang tak dapat balik kampung jangan jeles2 ye...

Monday, 27 January 2014

Asthma Lagi...


Biasanya seminggu sekali aku kan kemas rumah, kalau tak hari sabtu aku buat hari ahad.
Sebenarya kalau diikudkan dah bebulan-jugak aku tak kemas rumah ni.
 Bukan pasal malas, tapi sebab ASTHMA. ye asthma.
aku sendiri pun tak tahu punya sebenar aku dapat asthma ni.
Seingat aku, masa aku kecik2 dulu aku memang ada asthma. 
Tapi bila masuk je sekolah rendah asthma dah tak ada. 

Sehinggalah...
Awal tahun 2013 dalam hujung bulan satu cam 2, penyakit ni datang semula.
sampai lah sekarang.
Bila dah tahap ni, aku memang alah sangat dekat habuk. Nak2 bila time kemas rumah.
Mula lah batuk tak berhenti-henti. lepas 2 sure aku akan semput & sesak nafas.
Sebab 2 lah, semenjak Asthama aku ni datang balik
Kerja-kerja kemas rumah ni P.teh yang buat. Nasib baik lah P.teh ok.. 
Bertuah dapat suami ringgan tulang cam nih.

Masuk 2014 aku amik alih balik kerja-kerja mengemas rumah ni.
Tapi  setiap kali nak buat kerja aku akan pakaikan mask.
Tapi ntah macam mana, ahad hari 2 lupa pulak nak pakai mask.
Akibatnya petang 2 aku sesak nafas & lelah, agak teruk jugak lah. tapi x p klinik pun.
Bertahan dengan ambil ubat sahaja.

Sampai ke hari ini hari selasa aku masih lagi rasa lelah & sesak nafas.
Hope sume ok lah sebelum balik kampung 2 hari lagi.
Mesti yang tanya kenapa tak pergi hospital je kan.
Jawapan aku senang sahaja. MALAS..
So, selagi boleh bertahan aku bertahan. 
kalau lelah cam teruk skit, aku ambik ubat sahaja..

Friday, 24 January 2014

Ayam Percik

 Bahan-Bahan Untuk Ayam
1) Ayam (Di belah 4)
2) Serbuk Kunyit
3) Garam
4) Bawang Putih 2 Ulas (Tak nak letak pun tak apa)

Cara-cara :
Perap ayam dengan garam dan kunyit seketikan.
*Ayam boleh lah terus di bakar. sambil2 2 boleh sediakan bahan2 untuk kuah percik.


Bahan-bahan untuk kuah percik
1) Santan 
2) Air (agak2 ni) 
3) 7 biji cili kering 
4) Serai (Di ketuk)
5) Halia / 1 inci
6) Bawang merah / 5 biji 
7) Bawang Putih / 2 ulas
( 1 - 7 semua di kisar sekali)
8) 1 sudu asam jawa / 1 keping asam keping
9) Garam & Gula

Cara-Cara Membuat Kuah Percik
1) Panaskan 2 sudu besar minyak masak.
2)Tumis bahan kisar sehingga wangi / agak garing bawangnya. 
3)Masukkan santan dan air.
4)Kemudian ketuk 1 batang serai dan masukkan ke dalam kuah bersama asam keping.
5)Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan kuah pekat.
6)Masukkan gula, garam dan perasa.
7)Keluarkan asam keping jika kuah sudah cukup rasa masam. 
8)Kemudian lumurkan / curah kuah percik di atas ayam yang tenggah di baka. bakar dalam 10 minit 
9)Terbalikkan ayam dan lumurkan kuah percik pada bahagian satu lagi. Bakar selama 10 minit supaya kuah meresap ke dalam ayam.
10) selepas 10 minit, ulang sekali lagi langkah 8 & 9. & bakar sehingga ayam betul2 masak.
11)Semasa menghidang curahkan lebihan kuah ke atas ayam. Sedia di makan bersama nasi putih

Thursday, 23 January 2014

Alahai my "Jambu Nawar"

Bulan ni saja Jambu nawar aku 2 kali buat hal..
Lau buat hal saja x per lah, ni setiap kali wak hal, setiap kali 2 jugak lah My Fulus melayang.
dah lah bulan ni nak balik kampung, Fulus banyak nak pakai..
Mintak-mintak lepas ni dah tak ada lah ye...
Tuan kamu ni keluar banyak, masuknya sikit je..

Hari 2 my ofismate ajak keluar lunch, katenya nak belanja.
Seronak x payah citer lah, orng nak belanja tak kan nak nangis pulak kan.

Tapi yang betul2 rasa cam nak nangis, '
Siap makan masuk kerata nak start enjim tak nak hidup lak...

Bila check, my klik kata bateri dah x boleh hidup. kena tukar baru...

Teggok my klik, Ms.moo cam x de perasaan je. Orang duk risau pasal kereta,
dia sibuk dk amik gambar sendiri.. tau lah tadi belanja Mc'D

Nasib baik bengkel belakang 2 je... 
Pergi cari pomen, bila pomen datang check, betul lah kena tukar bateri baru.
*Melayanggggg lah lagi... hu2..

Untuk my "Jambu nawar" mintak2 lepas ni jangan lah buat hal lagi ye.
Hujung bulan ni dah nak balik kampung.
Kereta nak di services lagi ..
Tak tahu lah Melayang berapa lak kat sini.

Wednesday, 22 January 2014

ROMANTIKA HOME DECOR | Branches & Showrooms

Hari 2 Aku ada buat entry pasal kedai Romantika.
Ada member-member tanya dekat Selayang je ke ada Romantika nih..?
Sebenarya kedai ni banyak branches
Korang boleh masuk website Romantika bagi yang nak tahu.
Boleh tenggok Sini

Bagi yang malas macam kawan aku si yana 2, meh tenggok sini, aku ada copy & pase Romantika punya branch.
Bukan dekat KL je ada, KB, JB, Ipoh, Melaka, Kuantan, Kedah & Terengganu pun ada.




Johor Bahru (Tampoi) Outlet

Lot 5.02, 
Tingkat 5,
Plaza Angsana,
Pusat Bandar Tampoi,
81200 Johor Bahru


Tel: 07-2326955
Fax: 07-2375590


*************************************


Johor Bahru (Plentong) Outlet 

Lot No. A-1, Giant Plentong, 

Mukim Plentong,

81750 Masai,
Johor Bahru.

Tel / Fax: 07-3530314 

********************************************


Johor Bahru (Masai) Outlet 

LS2 PTD 163160 (H5) (0)310863

Mukim Plentong,

81750 Jalan Masai, 
Johor Bahru. 

(At KIP HOME MART, Masai)
Tel / Fax: 07-2522957

***************************************


Melaka Outlet

No. 56 & 56-1, 58 & 58-1, 60 & 60-1 

(Ground & 1st Floor)

Jalan KF4, 
Kota Fesyen-MITC,
Ayer Keroh 
75450 Melaka.

Tel / Fax: 06-2323669

****************************************


Shah Alam Outlet

Lot 5.04, Tingkat 5,

Plaza Alam Sentral,

Jalan Majlis,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam.


Tel: 03-55102572

Fax: 03-55109375


*****************************************


Petaling Jaya Outlet

Lot 3.62, Third Floor, 

Amcorp Mall,

No. 18, 
Jalan Persiaran Barat, 
46050 Petaling Jaya.

Tel / Fax: 03-79546923

********************************************


Kajang Outlet

Lot S3-S7, Second Floor, 

Metro Point Complex,

Seksyen 7, 
Off Jalan Semenyih
43000 Kajang, Selangor.

Tel / Fax: 03-87336526

***********************************************


Selayang Outlet

Lot S25,Second Floor,

Selayang Mall,

Jalan SU 9,
Taman Selayang Utama,
68100 Batu Caves,Selangor.

Tel / Fax:03- 61378254

*************************************************


Wangsa Maju Outlet

Lot 1-26, 1-27, & 1-28, 

Tkt 1, Wangsa Walk Mall, 

Wangsa Avenue 9,53300, 
Jalan Wangsa Perdana 1,
Wangsa Maju, 
Kuala Lumpur. 

Tel / Fax: 03-41428514

***********************************************


Ampang Outlet

Lot 03-03, 3rd Floor, 

Galaxy Ampang Shopping Centre

Pt Lot 15752, 
Jln Dagang 5,
Taman Dagang,
68000 Ampang.

(Opposite of Police Station of Ampang Jaya)

Tel: 03-42704322

Fax: 03-42704719 


*************************************************


Kuantan Outlet


G14, G16, 114 & 116, Block C, 

Lorong Seri Teruntum,

Medan Warisan, 
25100 Kuantan,
Pahang.

Tel / Fax : 09-5163606

************************************************


Terengganu Outlet
Lot A1/1, Kawasan Perindustrian Chachar, 
Paka, 23100 Dungun, Terengganu. 
(Opposite of Petronas Petrol Station, Paka) 

Tel / Fax: 09-8277630

*************************************************



Kota Bharu Outlet
Lot 533-535, Rumah Kedai,  Lembah Sireh, 
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
(Opposite of TESCO, Kota Bahru)
Tel / Fax : 09-7438751

**************************************************


Ipoh Outlet

Lot G-22, G-23, G-24 & G-25, 

Mydin Hypermarket,

Bandar Meru Raya, Ipoh 
30020 Perak. 

(At Mydin Mall Meru Raya, Ipoh)

*************************************************


Sungai Petani Outlet

Lot 224, Padang Temusu, 

08000 Sungai Petani,

Kedah.
Tel / Fax : 04-4311400

*********************************************


Alor Setar Outlet

No 18 - 21, Jalan Bistari 1, 

Taman Bistari,

05400 Alor Setar, 
Kedah. 

Tel / Fax: 04-7714095

*************************************************

Senawang  Outlet
No 308,309,310 , Jalan Bandar Senawang 16 , 
Pusat Bandar Senawang , 
70450 Seremban Negeri Sembilan 
Tel : 0127837751 

******************************************

Kota Tinggi  Outlet
No 1,1-1,3,3-1,5,5-1,7,7-1
Jalan Seri Warisan 1 , Kota Heritage Commercial Centre 
81900 Kota Tinggi , Johor 

Tuesday, 21 January 2014

Harapan Tinggal Harapan Nak Makan BestTapi Nak Bayar Murah

Lepas beli beg dan kasut P.Teh, kami laki bini singgah Mydin Selayang jak.
Tak ada benda penting pun nak beli, sebab Mydin dengan Selayang Mall tak ada lah jauh sangat, so alang-alang dah sampai sana, kami menyingah lah kejap.

Masuk Mydin pun kejap je, Lepas rembat satu dua barang kami pun balik.
Dalam kerata laki aku tanya nak makan nasi ayam dekat Chiken Rice Shop tak?
aku dah rasa lain time ni, tetiba P.Teh nak makan nasi ayam dekat sana.
Padahal sebelum ni dia bukan suka sangat pun ayam yang masak tapi macam tak masak je 2...

Ok2 sebelum korang pening apa yang masak apa yang tak masak 2?



Ayam yang di masak macam gambar-gambar kat atas ni, My P.Teh memang tak makan.
macam tak masak katenya. geli katenya nak makan.
2 pasal aku cam pelik je bila P.teh ajak makan dekat Chiken Rice Shop.

Tapi bila tanya katenya "nanti tau lah.

Balik rumah masa nak kemas barang-barang yang beli tadi P.Teh bagi aku nih..

Biskut Julle's dalam 2 ada Free Voucher RM5.

Sampai 2 laki mak rembat.

Patup lah beriya-iya P.Teh ajak aku p makan sini. rupenya ada voucher free...
Ntah bila lah dia rembat biskut ni aku pun tak tahu. 
Masa bayar pun tak tenggok sebab P.Teh yang bayar kan.

Masa tenggok voucher ni cam epy gak. 
Dalam kepala dah main kira-kira.
Makan dua orang mungkin dalam RM30 cam 2, pas 2 tolak Voucher RM 10 balance bayar cash...
Tak ada lah kena topup banyak sangat.

Tapi bile baca dia punya terms & Conditions ni, Harapan Tinggal Harapan je lah.

Sebabnya...
-
-
-
-
-
-
1) Voucher can be redeemed minimum spend RM50 in a single receipt 

2) Limited  to one (1) voucher per bill & table

dan yang paling tak boleh blah..

3) This voucher expires on 31 December 2013 - nak menangis.. sekarang dah 2014

Terus dah rase tak epy... baru nak feling-feling makan nasi hayamm...
tak pe lah tak de voucher pun stay boleh makan lagi kan..kan..kan.. P.teh...

Monday, 20 January 2014

Teman P.Teh cari barang.

Sabtu lepas P.Teh ajak temankan dia cari barang dekat Selayang mall.
Jenuh jugak lah duk tanya barang apa yang nak di cari.
Tapi sampai kesudah P.Teh tak nak bagitahu. katenya nanti tenggok lah sendiri.

Aku time ni kan, dalam hati duk rasa, mesti my P.Teh nak beli kan barang tuk aku.
Kiranya macam surprise lah kan. 
Macam sebelum-sebelum ni, lau P.teh nak belikan apa-apa hadia tuk aku, 
dia akan bawak aku terus p kedai 2 & suruh pilih yang mana berkenan.
Sebab katanya dia tak reti nak pilih or beli apa2 untuk bini gebu dia ni.
*sila jagan senyum muntah...
 Masa ni mmng epy tak ingt lah.
Tapi yang paling tak epy P.Teh awal2 akan bagitahu bajet berapa. tak boleh over bajet..Hu2.

Tapi bila sampai je sana, aku tenggok P.teh laju je p masuk kedai jual barang2 sport.
Aku dah boleh agak dah, ni mesti dia nak cari kasut atau pun baju kat sana.
Harapan tinggal harapan, memang betul lah, P.teh kata dia nak pergi cari barang untuk dia..

Dekat kedai ni dia rembat satu kasut untuk futsal.
aku tanya nape tak bagitahu aku awal-awal pasal nak beli kasut.
Jawapan P.Teh senang je, takud aku marah, sebab kasut futsal dekat rumah 2 elok lagi.
Maunye aku tak nak marah, tau pun kasut dekat rumah 2 elok lagi, 
Membazir betul..
Baik bagi aku je duit 2 buat supin kasut  & baju tuk aku. **tetiba!!



Curi-curi snap. 
time ni P.Teh tenggah nak bayar kasut yang dia beli 2.

Lepas siap beli kasut, P.teh ajak pergi cari Sling beg pulak.
Ok untuk sling beg memang dah lama aku suruh dia beli baru. 
sebab yang lama punya 2 dekat tepi2 dah rosak. mengelupas.
Padahal masa beli dulu dia punya harga boleh tahan jugak lah 

Masa ni Parkson dekat Selayang Mall ada buat jualan gudang.
So kami decide masuk cari dekat sini dulu. mana tahu kud-kud ada yang berkenan di hati aku P.teh.

Sesi memilih beg. Tapi bukan beg yang dalam gambar ni...

Kusyuk betul duk usha beg.. 
sampai bini gebu dia amik gambar pun tak perasan
*ok sila jangan muntah lagi*

P.Teh sudah jumpa ape yang di cari...

Ini lah kasut yang P.Teh beli 2.
Mase dekat kedai kasut 2 aku tak tenggok pun P.Teh beli kaler ape.
Balik rumah baru tenggok. Alahai.....
Kasut lama pun kaler hijau .yang baru pun beli hijau jugak
ada ape dengan ijau lalim....

Sling  Bag yang P.Teh beli.
Ini aku yang pilih, Tapi P.Teh yang bayar. brand Playboy

Sling beg lama. 
kulit kat tepi dah mengelupas. tapi dalam masih elok lagi.
Beg ni hadiah dari aku untuk hari jadi P.Teh masa tahun kedua kami kahwin. 
kiranya beg ni dekat 2 tahun jugak lah.

my P.Teh memang suka pkai sling beg

Sebelum ni aku ingt nak beli on9 je sling beg tuk P.Teh
ada lah beberapa website aku duk usha. ada satu beg yang aku berkenan harga pun boleh tahan lah. tak de lah mahal sangat., bila tunjuk dekat P.Teh dia lak tak nak.
Katenya takud kualiti tak sama dengan harga yang di bayar
amboii bukan main sekarang ye...

Ini lah beg yang aku berkenan 2. 
Tapi tak beli sebab P.teh tak berkenan.aku tenggok cantik je..



Siap beli barang-barang dia, P.Teh tanya nak apa-apa tak.
Mau x nak, aku cepat-cepat jalan p masuk Watson. Tujuan nak cari eye line.
sebab aku punya dah nak habis,.

Untuk aku, beli ni je..

Eye liner

Maskara.
Masakara ni aku beli dengan harga PWP. 
so dari RM29.90 dapat lah dengan harga RM20.90 je..
Berbaloi kan...

Dua ni je dapat pau P.Teh. nak pau lebih-lebih cam kesian pulak,
Sebab bajet harus di simpan untuk buat bekal balik kampung nanti...


Sunday, 19 January 2014

Romantika - Selayang Mall


Aku kan kalau pergi Selayang mall macam tak sah je lau tak masuk Romantika ni.
Bagi yang tak tahu Romantika ni apa, meh nak citer... yang dah tahu, duk tepi dinding diam-diam ya..

Romantika satu kedai yang menjualkan barang-barang decoration yang bertemakan Inggeris atau cottage country. 
Bagi pencita deco ala-ala inggeris mesti ramai sudah tahu pasal kedai ini kan.
Aku setiap kali pergi selayang mall memang tak sah kalau x masuk sini.
Tak kira lah ada ke tak ada barang yang nak di beli, mesti nak masuk jugak.
Sampai P.Teh pun geling kepala, kalau dah masuk, jarang sangat keluar dengan tanggan kosong.

Oh ye mesti ramai yang fikir mesti mahal kan barang-barang kat sini, 
Nak-nak lagi yang cam ala-ala inggeris ni kan.
Pada firasat aku, jangan cepat nak melatah, masuk tenggok dulu baru tahu mahal ke murah.
Bagi aku boleh tahan lah, tak de lah mahal sangat. kira harga mampu milik lah.
Kira Romantika punya slogan "MACAM-MACAM, CANTIK-CANTIK, MURAH-MURAH" 2 Kena lah.
Barang-barang kat sini memang cantik-cantik. Geram tenggok tau. rasa cam nak beli semua je...
Tak caya korang boleh tenggok gambar-gambar ni sume.
Ni pun aku snap curi2. takud lau mintak kebenaran nanti staff kat sana tak bagi pulak. Buat malu je..

tak sampai 10 hinggit je. Murah giler.. 









Jam ni aku suka sangat, tapi tak beli pun.







Yang ini pun aku suka jugak. macam dah berkenan sangat.
Tapi P.teh say "Nanti2" lah beli... benci btol...




aku lau masuk sini , ada satu station ni macam histeria je lau masuk kat bahagian ni.

*
*
*

Bahagian bunga-bunga. OMG cam tak nak balik je.. 
feling2 duk negara orang putih lak..
bungan penuh kiri kanan.










Tujuan aku masuk sini hari 2 sebab nak carikan hadiah untuk perkahwinan anak buah belah laki aku.
Tapi mase pergi 2 barang 2 dah tak ada. ada yang jenis lain. so x jadi lah nak beli. 
Tapi macam biasa walaupun benda yang di cari x ada, tapi sempat lah jugak aku rembat benda lain.
tak mahal pun benda yang aku rembat 2, aku beli dulang air 2, rega tak sampai pun RM10. Murah kan.
Ooppst rembat2 pun aku bayar tau..
K 2 je nak cerita. cantik-cantik kan. Romantika ni banyak branch.
Ada kat Kajang, Shah Alam. Luar KL pun ada.
Nak tahu lebih lanjut pasal Romantika, korang google lh sendiri ya....