Monday, 30 June 2014

Apakah bid'ah ucapan sempena Ramadan?



Ada yang berkata bahawa ucapan ‘Selamat Menyambut Ramadan’ ataupun Ramadan Mubarak itu bid’ah. Ini atas alasan tiada riwayat daripada Nabi s.a.w ataupun para sahabat tentang hal tersebut. Saya bertanya ‘apakah mereka yang mengucapkan perkataan tersebut bermaksud ingin mengujudkan satu ibadah khusus dalam Islam? Ataupun ia sekadar adat kebiasaan manusia mengucapkan ucapan yang baik sempena kebahgiaan dan kegembiraan tertentu? Jika mereka maksudkan ingin mengujudkan satu rupa ibadah ataupun syiar khusus baru Islam maka itu bid’ah. Jika itu satu ucapan kebiasaan seperti ‘selamat pengantin baru’, maka itu adat yang dibenarkan oleh agama ini. Agama ini luas dalam soal adat dan kebiasaan manusia. Islam meraikan budaya yang baik yang dapat menguatkan hubungan antara manusia.

Ucapan Tahniah  
Sudah menjadi kebiasaan manusia bertamadun mengucapkan tahniah atau apa-apa ucapan penghargaan apabila mendapati seseorang lain memperolehi sesuatu kebaikan ataupun selamat dari sesuatu bahaya. Manusia dalam pelbagai bangsa dan budaya telah mencipta ungkapan tahniah atau tahiyyah (greeting) untuk pelbagai sempena. Ada ucapan sempena waktu pagi dan petang, sempena hariraya dan sambutan kenegaraan, sempena kejayaan dan pelbagai lagi. Ini adalah adat manusia yang merupakan sebahagian dari lambang ketinggian budi dan tamadun.
  
Oleh kerana ucapan kepada mereka yang diberikan nikmat tertentu sebagai satu cara bagaimana manusia menggambarkan hubungan antara mereka, maka Islam menghitungnya sebagai perbuatan yang mendapat pahala. Oleh itu apabila tiga orang sahabat Nabi s.a.w iaitu Ka’ab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Murarah bin al-Rabi’ yang telah dihukum oleh Nabi s.a.w secara dipulau oleh masyarakat muslim kerana tidak menyertai peperangan Tabuk diberikan kemaafan oleh al-Quran, maka para sahabat Nabi s.a.w yang lain mengucapkan tahniah kepada mereka atas keampunan Allah tersebut. Kisah mereka disebut dalam Surah at-Taubah ayat 118 dan juga hadis-hadis sahih termasuk al-Bukhari dan Muslim. Mengulas ucapan gembira yang para sahabat Nabi s.a.w berikan kepada mereka bertiga, al-Imam an-Nawawi (meninggal 676H) menyebut dalam Syarh Sahih Muslim: “Ia adalah dalil disunatkan mengucapkan kegembiraan dan tahniah kepada sesiapa yang baru mendapat sesuatu nikmat zahir , ataupun terlepas dari sesuatu kesusahan yang amat, ataupun seumpamanya. Sunat ini merangkumi segala nikmat yang diperolehi, ataupun kesusahan yang terlepas, samada dalam urusan agama ataupun dunia”.
  
Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya Zad al-Ma’ad juga menyebut: “Pada hadis (kisah tiga sahabat tersebut) dalil disunatkan mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang baru mendapat nikmat berkaitan agama, (disunatkan) bangun kepadanya dan berjabat tangan jika bertemu. Ia pula sesuatu yang harus (diboehkan) bagi sesiapa yang mendapat nikmat dunia”.
Tiada Halangan
  
Ertinya, walaupun Islam telah menetapkan bahawa ucapan rasmi Islam apabila muslim bertemu antara mereka adalah ‘salam’, namun Islam dalam masa yang sama tidak menghalang untuk kita mengucapkan ucapan yang lain yang tidak menyanggahi ajaran Islam. Salam adalah ucapan apabila kita bertemu ataupun memulakan bicara dengan seseorang. Namun ucapan perhormatan dan tahniah, membabitkan lebih banyak keadaan dan sempena yang pelbagai. Islam tidak melarangnya. Bahkan Islam memerintahkan kita menjawab setiap ucapan penghormatan (greeting) dengan yang lebih baik, ataupun setara dengannya. Ini seperti firman Allah: maksudnya): “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa: ayat 86).
  
Maka sebab itu jumhur ulama tidak melarang ucapan tahniah sempena hariraya. Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam al-Mughni memetik bahawa al-Imam Ahmad bin Hanbal mengizinkan ucapan “TaqabbalalLahu minna wa minka” (Allah terima dari kami dan kamu). Walaupun tiada hadis yang meriwayatkan hal ini, namun perkara ini termasuk dalam keumuman urusan kehidupan yang diizinkan dan diluaskan oleh Islam. Ia bukan satu penciptaan ibadah baru, tetapi suatu hubungan social antara manusia.
  
Tanpa syak lagi, kedatangan Bulan Ramadan suatu nikmat kegembiraan dunia dan akhirat untuk umat Islam. Maka ucapan sempena kedatangan Ramadan sama seperti ucapan sempena kedatangan hariraya dan selainnya yang mengembirakan kita. Justeru itu, ucapan itu sesuatu yang baik dan boleh mendapat pahala kerana mengukuh hubungan sesama muslim. Jika pada senyuman ada pahala, apatahlagi bagi ucapan yang baik. Maka ini juga menjawab mereka yang melarang penghantaran ucapan selamat hariraya ataupun selamat menyambut Ramadan.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK



Salam ramadhan. 
Bulan mulia penuh keberkatan... moga-moga di gunakan oleh semua umat islam untuk beribadat sebanyak mungkin.. 
Tinggalkan la sekejap hal-hal duniawi sume tuh sebaliknya marilah memanjatkan amalan kepada yang maha esa.. amin

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa  umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan  hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


        "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"




Friday, 27 June 2014

BISKUT CHOCOLATE CHIPS

BAHAN - BAHAN

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

CARA-CARA

Satukan kesemua BAHAN A ke dalam mangkuk besar. 


Kacau sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

Masukkan semua BAHAN B yang telah di ayak
Disebabkan aku tak ada cream of tartar jadi aku skip je.

 Bila semua sudah sebati, masukkan pulak chocolate chips
*Chips Chocolat lagi banyak lagi bagus.

Sebatikan semua...

Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. 

 Bila sudah masak, angkat dan sejukkan di atas jaring.

Siapppp..... Bolehlah di hidang


Tuesday, 24 June 2014

Aiskrim Oreo

Dulu aku ada share satu resepi homemade aiskrim 
Sekarang ni aku guna resepi yang sama, tapi bezanya untuk resepi nih aku tak guna telur dan aku tambahkan dengan biskut orea sebagai perasa dia.
Cara-cara dia sangat senang, Sapa-sapa pun boleh buat.

BAHAN-BAHAN

1 1/2 Cawan susu Dutch Lady
1/2 Cawan Susu pekat (Boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 sudu teh vanila
1 sudu besar Ovalet
1 Paket biskut Oreo

CARA-CARA

Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali biskut oreo dan dengan mengunakan mixer pukul sampai kembang / likat / pekat / berkrim.
Bagi yang siapa tak ada mixes boleh guna blander. Tapi bland lama sikit lah. bagi dia pekat.

Hasilnya selepas 2 putar.. 
dah siap ketepikan dulu.

Ambik biskut oreo (jangan lupa buang inti dia yang dekat tenggah-tengganh 2) taruk dalam plastik dah ketuk-ketuk bagi hancur.
*tak nak bagi platik pecak, lapikkan kan kain kat atas plastik 2 dan baru ketuk.
tak nak ketuk ramas-ramas guna tangan je pun boleh.

Hasilnya.
Aku sengaja tumbuk-tumbuk kasar. bagi ade ketul-ketul sikit.

Bolehlah dicampurkan biskut oreo yang di tumbuk tadi dengan adunan yang di mixer

Kacau bagi betul-betul sebati.

Masukkan dalam loyang atau bekas, dah di simpan dalam peti ais semalaman

Hasilnya selepas keras.
Sedap sangat-sangat. Bila gigit boleh rasa biskut oreo 2 pasal aku bukan tumbuk sampai jadi serbuk.


Friday, 20 June 2014

Sikit-sikit Lama-lama jadi bukit

Sesaja nak menunjuk,
Tak tahu apa nak cerita.
Hari 2 dalam seminggu nak balik kampung aku pecah tabung.
Memang dalam setahun dua atau 3 kali aku pecah tabung.

Korang tenggok tabung aku 2, kecik je kan. so lau menambung hari-hari dalam 4 ke 5 bulan penuh lah bendalah 2. 
aku sengaja beli tabung kecik, aku tak berapa suka tabung yang besar.
Alasanya lambat nak penuh.. he2

So hari 2 berkat kami menambung selama berbulan-bulan,
sekali tenggok hasilnya dalam RM 100++ 
ok lah 2 kan. hari-hari masuk sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Proses mengira sedang dilakukan.

Syiling ni laki aku pergi tukar dekat kedai makan.
duit hasil tabung ni laki aku bagi dua dengan aku.. he2.
Padahal boleh dikatakan 80% duit dalam tabung 2 sebenarya banyak duit dari dompet laki aku.
Tiap-tiap malam sebelum tidur aku curi duit dari dompet laki aku masuk kan dalam tabung nih.
Tapi orang dah nak bagi tak kan nak menolak pulak kan.

Hasil dari duit tabung ni dah selamat aku melabur dekat kedai bakeri.
Oh ye semenjak dua menjak nih aku naik giler nak membaking nih.
So kadang-kadang seminggu sekali aku p melepak dekat kedai bakeri. 
Usha-usha apa yang yang bekenan.


Thursday, 19 June 2014

Moh Steamboat lah kite - Betel Valley

Balik kampung hari 2 sempat lah jumpa my BFF jak.
Asalnya aku p jumpa dia dekat kedai dia je.
Alih-alih dia bawak aku p makan steamboat.

Maka kesini lah kami semua hari 2
Kat sini dia kire 1 kepala RM25.00
Agak mahal jugak lah bagi aku. Sebab dekat kl aku makan baru RM19.90 satu kepala.

Tenggok menu-menu dia menyelerakan.
Macam-macam ada. sampai pening nak pilih yang mana.
Nasib cam berbaloi bayar mahal.

Ini Taufik, suami BFF aku 2
Tokey besar ni.

pic ni mase baru-baru nak makan.
Time nih meja belum penuh lagi.

Ni lah BFF aku. Wati namanya.
Tokey besar dekat wakaf che yeh.
Sapa-sapa nak beli tudung murah & cantik-cantik cari lah dia.
Siyes mesti boleh dapat rega kasih sayang punya.

Selit cinta hati kite sikit

Udang dia besar-besar tau.
Pastu aku ade gak amik ayam, ikan sotong dan yang paling aku suke ialah daging dia.
Lembut giler daging dia.
Sedap pulak 2. Lupa dunia jak time makan.

Ni Nina anak kawan aku.
Buass yang amat. cam ner lah kawan aku ni kawal anak dia.
Duduk tak pernah diam.
sekejap-sekejap hilang. dah macam cipsmore lak aku tenggok.

Time ni dah habis makan.
Tenggok lah masing-masing dah macam ikan dugung dah.
Penuh perut aku hari 2.

Oh ya masa ni BFF aku ni yang belanja makan.
Dia memang, asal aku balik kelantan datang jumpa dia je mesti ajak belanja makan.
Orang dah nak belanja tak kan nak tolak pulakkan.
Semoga rezeki mu bertambah murah lah wahai sahabat ku. Aminnnnnnnn.

Wednesday, 18 June 2014

Kawan Sekolah

Siyess seronok betul balik kampung hari 2,
walaupun duk kampung 2 hari je, tapi alhamdulillah aku sempat jumpa beberapa kawan masa sekolah dulu.
Diorang ni geng satu kepala masa aku sekolah.
Kalau nak tahu kami punya kapung jiran je.. tapi nak jumpa masyallah bukan main susah lagi.
Nak-nak masing-masing ramai yang sudah berkeluarga.


member aku ni nama dia Siti mahiran.
Kalau nak tahu orangnya kecik je.. tapi bile dia ketawa... mak aiii, lau hantu dengar pun mahu menangis.
Dah berkahwin & punya seorang anak lelaki. dah besar pun anok butir dia.
2nd day aku sampai kampung aku p jumpa dia.
Hari ke-3 aku kat kampung aku terjumpa dia lagi dekat satu ekspo pantai.

Ko tenggok dia punya tangan.. penuh barang kemas.
naik segan lak aku. hu2..
Tangan aku pulak yang ade cume parut-parut yang sah-sah nak jual tak laku.

Yang ini lak nama dia Suriani.
Dia pun macam Mahiran jugak, bile gelak masyallah mak hantu pun turut sama menangis.
Sebab ape menagis? nak tahu jumpa lah sendri & dengar cam ner budak 2 orang ni gelak.

Suriani ni aku terjumpa tanpa di rancang.
Masa 2 aku nak pergi ambik mak aku dekat tempat Dialisis.
Tak sangka terjumpa suriani dekat sini. kebetulan dia datang hantar m.cik dia yang buat dialisis jugak.

Dah jumpa apa lagi aku terus ajak selfie.
Haruss hokey selfie..ambik gambar banyk giler time ni.
Tapi sory aku upload sikit je...

Gaya lagak cam budak sekolah je kan.
Padahal tahun depan dah nak masuk 30.
Sabau je lah dengan kami nih.

Masa tenggah borak-borak 2, Suriani kate insyallah lau tak ade ape-ape tahun depan diakan menamatkan zaman daranya. Ya allah mase dengar 2 aku punya lah happy.
Sampai banyak kali jugak lah aku betul ke nih?
Bukan ape, dalam ramai-ramai geng aku sekolah dulu,hanya suriani ni sorang je belum kahwin lagi.
So bila dengar Sani (nick name suriani) ni bagitau yang dia nak kawen tak lama lagi,
opkoss lah mak eton happy.
Semoga yang ni betul-betul jodoh terbaik buat mu Sahabat.

Hari 2 kami jumpa tak lama pun. 
Lepas habis borak aku minta izin untuk undur diri sebab ada hal lain lagi nak di settlekan.

Insyallah di pajangkan umur nanti kite jumpa lagi ye..
Kite lepak sampai tak ingat dunia ye.
Rindu sangat dengan korang.



Sunday, 15 June 2014

Makan Kopok & Minum Air Nyor

Balik kampung tak sah lau tak p pekena air nyor nga makan keropok dekat Pantai Bachok
Sape-sape duk kelantan tau lah,Pantai Irama sangat pemes.
Nak-nak musim cuti sekolah or time raya, orang ramai giler dekat sini, dah macam semut pulak aku tenggok
Sebab jarak pantai Irama ini dengan rumah aku tak de lah jauh sangat, so setiap kali balik kampung memang wajib aku kan ke sini.


Ini benda wajib yang selalu di makan bile datang pantai.
Tokey kedai yang aku makan hari 2 member baik aku masa sekolah dulu,
Asal p makan sini je selalu dapat discaoun.
Tq suzie, naik segan lak nak p makan dekat kedai kau selalu.

Bawak My Mak sekali.
Seronok tenggok mak hari 2, 
Tahun lepas mak aku kena strok, lepas dari 2 terus tak dapat berjalan.
Terperap je dekat rumah, tapi bile time aku balik kampung, aku kan pastikan bawak mak aku ni keluar jalan-jalan. bagi mak amik angin luar sikit

Ini pulak M.Cik & P.Cik aku.
P.cik aku ni adik kepada mak aku. 
kebetulan hari aku balik kampung 2, p.cik aku pun balik sama.
So, ramai-ramai keluar meriah sikit kan.

Ini lak Alisya, satu-satunya anak P.cik aku.
Comey budak ni tau, geram nak cubit-cubit.

Muke eppy dapat makan keropok dengan air nyor.
Lagi eppy dapat tenggok mak eppy.
Hari 2 aku suruh mak makan & minum lah ape yang dia nak. makan banyak-banyak & puas-puas.
Alih-alih mak order ABC je. itu pun jamah beberapa mulup terus stop.
Ingatkan tak sedap, Tapi mak aku cakap, dari hari ke sehari selera makan minum mak semaking merosot
Oooo sedih aku dengar. Mungkin kesihatan mak aku yang tak berapa ok sejak akhir-akhir nih, menyebabkan selera makan mak hilang.


Geram betul tenggok mata budak nih.

Hampir 2 jam melepak dekat situ kami pun chow..
Tak sempat main lari-lari pun dekat pantai. mase 2 baru pukul 3 petang, panas terik wooo...
aku duk kampung 3 4 kali sehari mandi, tak menahan badak asyik berpeluh je..

Ok  untuk ni 2 je nak cerita.
Cerita-cerita lain insyallah dalam entry lain pulak.
Itu pun kalau kalau rajin nak menaip.

Friday, 13 June 2014

Muffin


Ini projek malam jumaat minggu lepas.
kul 9 malam, aku sorang-sorang tungkus lumus duk menyiapkan muffin untuk di bawak pulang ke kampung.

Oh ye bagi yang belum tahu,
6/6/2014 hari 2 aku nga pok teh balik kampung.
So.. alang-alang dah tau sikit baking membaking ni, 
aku pun buat lah muffin kecik-kecik

Ni adunan yang telah dimasukkan dalam cup.

Siap untuk di bakar.

Untuk 1st loyang aku tabur rice cip

hasil setelah di bakar.
lasung tak cantik.

2nd loyang aku deco dengan filling blueberry.
nampak cam tak cantik kan.

Tapi bile dah siap di bakar, boleh tahan lah.
Janji sedap bile makan

Tunggu untuk di sejukkan.

Aku guna cup yang kecik je.
dapat lah dalam 100 biji lebih.
jenuh nak tggu benda ni siap, mengantuk giler dah time, 
dah lah pok teh pun tak ada. seram sejuk i sorang-sorang dekat umah. dah lah mase siap ni jam dah nak pukul 12 malam...

Muffin  ni separuh aku bagi dekat bapak mertua aku,
dah separuh lagi bagi dekat mak aku.
Alhandulillah yang bagi dekat mak aku sekejap je habis.
Cucu-cucu yang habiskan..Rata-rata kate sedap..
Giler tak sedap aku buat pkai tepung muffin yang premix 2... 

Hehehe... Kantoi sudah