Wednesday, 5 November 2014

PULUT KUNING


Beberapa hari lepas punya cerita.
Disebabkan cinta ati kite nak makan pulut kuning, 
maka isteri yang rajin ini berusaha lah membeli membuatnya.

BAHAN-BAHAN
1.2kg beras pulut.
2 sudu kecik serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
500ml santan pekat
1 sudu garam (atau secukup rasa)
1 helai daun pandan (disimpul)

CARA-CARANYA

1) Rendam pulut yang telah dicuci, kemudian masukan serbuk kunyit dan asam keping tadi.
rendam beberapa jam.

2) Kemudian toskan air dan masukkan kedalam bekas kukusan tadi.

 3) Buat lubang macam gambar di atas, bagi senang proses penguwapan.
Kukus lebih kurang 15 minit.
**Tips ni aku dapat dari member baik aku.. hasilnye pulut ni masak dengan cepat

4) Selepas 15minit, check kalau dah ok, angkat dan pindahkan kedalam bekas yang lain. 

***daun pandan tak letak sebab tak ada (*_*)

5) Sediakan santan yang pekat dan bancuh bersama sedikit garam

6) Campur sedikit demi sedikit santan tadi dan gaulkan bagi rata 

7) Bila semua dah sebati pindahkan balik pulut tadi kedalam bekas kukusan, dan kukus balik lebik kurang 10 hingga ke 15 minit lagi

Lauk sampingan tuk makan bersama dengan pulut kuning. Rendang ayam.


Rendang ayam yang sudah siap di masak


Alhamdulillah percubaan kali ke-3.
menjadi jugak pulut kuning ku malam itu.




No comments:

Post a Comment