Cerita pasal MeatBall lagi.
Minggu lepas aku rasa minggu rajin aku,
macam-macam resepi aku duk try buat.
sedap x sedap belakang kira, yang peting cuba ye kawan-kawan...
Cubeeee............
Bebalik kepada cerita MeatBall aku,
Disebab dalam peti ais ada stock daging cincang/kisar, so kali ni buat bebola daging sendiri lah.
Senang je nak buat dia. tak susah pun.
Jom usha2 bahan2 dia..
BAHAN-BAHAN - BEBOLA DAGING
Daging kisar
3sb tepung jagung
1sb serbuk ketumbar
1sd sebuk jintan manis
1sd serbuk jintan putih
3 Ulas bawang putih *diketuk
1 biji telur
Sedikit origano
Garam
Dalam bekas yang besar, gaul sampai rata semua bahan-bahan di atas dan perap sebentar.
Panaskan air hingga mendidih dan rebus bebola daging tadi.
Dah masak, angkat dan toskan.
Boleh makan begini sahaja @ atau pun goreng
Tapi sebab aku nak rasa cam garing-garing sikit dekat bahagian luar 2,
Jadi aku goreng jak dengan minyak yang sedikit.
*Gigih aku susun bebola daging ni nak bg nampak cantik. hik2
Selepas 5minit di gereng.
Tadi bukan main elok je aku susun satu2.
sekarang sume dah berkumpul dekat tengah-tengah
Ok part bebola daging dah settle,
sekarang kite buah kuah atau sos nya pula ye...
BAHAN-BAHAN
2sb mentega
1 1/2sb tepung jagung
1 biji bawang besar didadu kecil
2 biji tomato didadu kecil
1 1/2 cawan air sejuk
100ml susu segar
3sb sos tomato
3sb sostiram
2 sb kicap manis
1sb gula
1 kuib pati ayam
2sb lada hitam / serbuk lada hitam / sos lada hitam
CARA-CARA
Cairkan mentaga, Tumis bawang hingga layu dan masukkan tomato
2) Masukkan tepung gandum, Kacau Hingga berubah warna.
3) Masukkan air sejuk, susu segar, Sos tomato, sos tiram, kicap, kuib ayam dan gula. Kacau sampai mendidih
4) Sentiasa kacau bagi mengelakkan sos berketul.
5) Dah sebati tutup api.
Masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus.
Masukkan dalam periuk kecik, panaskan
Kebetulan dekat rumah ada stok kentang,
Aku potong kecil-kecil buat side dish
Nak buat senang je, rendam degan air garam sebentar, kemudia goreng.
Inilah hasilnya,
Kali ke-2 buat.Hasilnya sangat2 puas ati.
Buat sendiri boleh makan banyak-banayak sampai perut pun kembung.
No comments:
Post a Comment