Tuesday, 11 November 2014

POTATO BAKED

Minggu ni try resepi baru lagi.
terjumpa bendalah ni dekat ig shop. nampak cam sedap dan senang nak buat.
Aku pun apa lagi google lah resepi dia, 
ye lah dekat ig shop mane ade orang taruk resepi kan.
Dah nama pun shop kan. he2

Sebenarnya banyak versi yang aku jumpa untuk resepi ni, 
tapi di sebabkan ialss ni budak baru belajar, jadi aku cube cari resepi yang sesimple mungkin.

Nak buat ni boleh tahan jugak lah.
nak kate senang ye jugak. nak kate susah pun ya juga.

Ini padangan aku, tapi kalau orang dah pro masak, mesti dia kate sanang nak buat kan.
Hokey dah jumpa barang baik, 
apa lagi... ialss share lah dekat sini.



BAHAN-BAHAN

1) Ubi Kentang (nak buat banyak, pakai lah banyak biji)

Belah dua kentang, 
Kemudian rebus sampai masak
Dah masak, guna sudu kecik, kemudian korek keluarkan isi ubi tersebut macam dekat dalam gambar 2.


Isi kentang tadi korang jangan nak buang lak.guna sebagai inti.
Inti ni ala2 mach potato gituu...
Lenyek kentang tadi guna kaki sudu, pastu tambah lada hitam @ lada sulah, akhir skali susu cair sikit.
Dah siap ketepikan dahulu.


Ini pula inti ke-2.
Inti ni aku guna daging kisar yang di masak dengan sos Prego.
Nak buat dia senang je...
Mula2 tumis bawang besar bile bawang dah layu boleh lah masukkan daging kisar tadi.
Bila daging dah bertukar warna boleh lah tuangkan sos Prego.
(Untuk sos ini tak nak pakai sos yang dah siap, nak buat sendiri pun boleh)


Untuk Topping nya pulak, hanya guna Slices Cheese sahaja

Dah tenggok bahan-bahan dia,
Jom tenggok step2 nak buatnya pula.



Mula-mula isi inti daging kisar untuk bahagian bawah.
isi separuh je. jangan memandai nak isi penuh2.


Kemudian untuk lapisan yang ke-dua nya pulak isi dengan inti kentang lenyek tadi.
kali ni dah boleh isi sampai penuh.

Tapi sebenarnye ikut suke ati korang lah nak isi yang mana dulu.
Nak taruk kentang lenyek dekat bawah & inti daging kisar dekat atas.. Atau cam aku buat daging kisar dekat bawah pastu 2 kentang lenyek dekat atas. Suka hati lah.tak ada orang nak marah pun.


Akhir sekali, untuk bahagian topping atau atasnya pulak, korang just tepek bedak slid cis je.
cis skeping 2 potong dua kalau kentang kecik.

Kemudian boleh lah di bakar di dalam ketuhan selama 15 ke 20 minit. suhu dalam 170C


Taraaaa...................
Ini lah hasilnya setelah masak.

Lepas buat ni aku ada post dekat ig. ada kawan aku tanya ni guna isi durian ke?
Kakakaka... durian lak yang di panggilnye..
tapi bile tenggok lama-lama, yelah macam durian pun ada jugak.


Hokey lah dah tunjuk step satu2 kan, so sapa2 nak try sila kan.
Susah ke senang ke kite sendiri yang tentukan benda ni.
Senang citer, nak 1000 daya. Tak nak 1000 dalih.

Da... Di... Du...















No comments:

Post a Comment