Wednesday, 23 April 2014

KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Dulu aku pernah citer pasal kukis Krunchy Almond ni dekat Sini 
Tapi masa aku tulis pasal entry 2, aku belum buat lagi kukis ini.
Pernah rasa sikit je sebab ada budak ofis bagi.

Sedap giler kukis ni.
Masuk je mulut terus cair dia pnye Karemel 2, 
Tapi kekacang 2 sume korang kena gigit lah bagi hancur. lau x nak gigit telan terus pun boleh.
Tapi lau tercekik jangan hantar surat saman lak kat aku (-__-)

Lepas rasa terus pasang niat hendak buat sendiri.
Alhamdulillah berkat sokongan dan bajet dari cik somi, maka hari 2 dengan jayanya berjaya jugak aku buat kukis Krunchy Almond ini.
Resepi kukis ni aku dapat dari blog kak Azlita Masam Manis 

**gambar dari cik google
Bagi yang tak tahu aku cakap pasal kukis apa,
Ni lah bendanya, atau nama dalam ic KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Okey x mboh membebel panjang lebar,
meh aku tunjuk cara-cara nak buat Krunchy Almond ni step by step,
Bagi senag faham sikit dekat orang-orang macam aku yang baru nak jinak-jinak dengan dapur nih.

*******************************************************************


BAHAN-BAHAN
200 gm tepung Florenta (tak ada dalam gambar)
200 gm badam keping
200 gm biji Labu
100 gm kuaci
20 gm bijan hitam



CARA-CARA MEMBUATNYA

Badam, kuaci, Biji labu dan bijan hitam di campurkan bersama dalam satu loyang dan di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit

Satukan semua kekacang yang telah di bakar bersama tepung Florenta dalam bekas yang lain,
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Oh ya,untuk resepi kukis ini dia menggunankan tepung khas yang di panggil Florenta.
Ini lah tepungnya. 
Gambar cilop dari blog Masam Manis. Lupa nak snap gambar 

Sediakan loyang, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Panaskan oven pada suhu 160C
Bakar dalam oven selama 10 minit

Sudah siap dibakar
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Ini lah rupa setelah siap
1st time buat. rujukan melalui intai2 dekat blog je.
Hasilnya Alhamdulillah puas hati sangat walaupn ada yang hancur masa potong 2, sebab aku pakai pisau potong ayam je...
If korang nak try or ade yang nak buat untuk wat bisnes kuih raya kan, aku cadangkan korang pakai pisau yang potong pizza 2. hasilnye sume bntuk sekata & risiko kukis korang hancur sangat tipis. hehehe...
Selamat Mencuba....

No comments:

Post a Comment