Wednesday, 16 April 2014

Cheesekut

Kali ini Aku ingin berkongsi resepi "Cheesekut" yang mudah hendak dibuat dan sedap dimakan. 
Resepi ini aku dapat dari member aku iatu Mak Ity. 
Cheesekut ini sangat-sangat senang hendak buat. 
Dan yang paling penting, tak perlu nak masak bagai.. main campak-campak je..


Bahan-bahan :

1) 250 gram cream cheese (jenama Tartula)
2) 1/2 tin susu pekat manis (Tapi aku guna 3 sudu sahaja)
3) Susu Dutch Lady (low fat, high calcium milk)
4) Biskut
5) Serbuk Koko & Coklat Rice Untuk Hiasan.

Cara-Cara Membuat : 

Masukkan cream chesse, susu pekat dan susu dutch lady di dalam mangkuk besar. 
Pukul sehingga semuanya sebati dan ketepikan.
Nak bagi wangi taruk 1 sudu sunquick
*S'eloknya susu dutch lady di tuang sikit demi sedikit bagi mengelakan adunan chesse menjadi terlebih cair & sile jgn tnye aku brape bnyk susu aku guna, sb tak dpt agak...

Rendam biskut didalam susu dutch lady untuk beberapa saat.

Susun biskut dalam bekas. 

Lapiskan biskut dengan bancuhan cream cheese tadi.

Kemudian Taburkan sedikit serbuk koko
(Tak mahu letak pun boleh)

Ulangi langkah yang sama, 
Biskut + Bacuhan cream cheese + Serbuk koko.
* Buat layer by layer sehingga cream cheese habis
Lapisan atas sekali mesti dilapis dengan cream cheese.

Dan boleh lah di tabur coklat rice di lapisan paling atas.
Tutup bekas dan di simpan di dalam peti ais semalaman.

Makan sejuk-sejuk, sedap sangat

Time kasih peluk cium buat sahabatku Siti Fatimah a.k.a mak ity atas kesudian share resepi yg meletoop ini.


No comments:

Post a Comment