Wednesday, 23 April 2014

KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Dulu aku pernah citer pasal kukis Krunchy Almond ni dekat Sini 
Tapi masa aku tulis pasal entry 2, aku belum buat lagi kukis ini.
Pernah rasa sikit je sebab ada budak ofis bagi.

Sedap giler kukis ni.
Masuk je mulut terus cair dia pnye Karemel 2, 
Tapi kekacang 2 sume korang kena gigit lah bagi hancur. lau x nak gigit telan terus pun boleh.
Tapi lau tercekik jangan hantar surat saman lak kat aku (-__-)

Lepas rasa terus pasang niat hendak buat sendiri.
Alhamdulillah berkat sokongan dan bajet dari cik somi, maka hari 2 dengan jayanya berjaya jugak aku buat kukis Krunchy Almond ini.
Resepi kukis ni aku dapat dari blog kak Azlita Masam Manis 

**gambar dari cik google
Bagi yang tak tahu aku cakap pasal kukis apa,
Ni lah bendanya, atau nama dalam ic KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Okey x mboh membebel panjang lebar,
meh aku tunjuk cara-cara nak buat Krunchy Almond ni step by step,
Bagi senag faham sikit dekat orang-orang macam aku yang baru nak jinak-jinak dengan dapur nih.

*******************************************************************


BAHAN-BAHAN
200 gm tepung Florenta (tak ada dalam gambar)
200 gm badam keping
200 gm biji Labu
100 gm kuaci
20 gm bijan hitam



CARA-CARA MEMBUATNYA

Badam, kuaci, Biji labu dan bijan hitam di campurkan bersama dalam satu loyang dan di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit

Satukan semua kekacang yang telah di bakar bersama tepung Florenta dalam bekas yang lain,
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Oh ya,untuk resepi kukis ini dia menggunankan tepung khas yang di panggil Florenta.
Ini lah tepungnya. 
Gambar cilop dari blog Masam Manis. Lupa nak snap gambar 

Sediakan loyang, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Panaskan oven pada suhu 160C
Bakar dalam oven selama 10 minit

Sudah siap dibakar
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Ini lah rupa setelah siap
1st time buat. rujukan melalui intai2 dekat blog je.
Hasilnya Alhamdulillah puas hati sangat walaupn ada yang hancur masa potong 2, sebab aku pakai pisau potong ayam je...
If korang nak try or ade yang nak buat untuk wat bisnes kuih raya kan, aku cadangkan korang pakai pisau yang potong pizza 2. hasilnye sume bntuk sekata & risiko kukis korang hancur sangat tipis. hehehe...
Selamat Mencuba....

Monday, 21 April 2014

Siakap Stim Asam Boy


BAHAN-BAHAN

1) Bawang Putih 2 ulas*
2) Bawang Merah*
3) Bawang Besar 1 biji*
4) Halia
5) Cili Padi (ikut kepedasan masing- masing)
6) Tomato 
7) Asam Boy
8) Limau Kasturi


Hero utama - Ikan Siakap

Tumis semua bahan-bahan bertandang * sampai garing dan naik bau
Bawang besar dibahagi 2, separuh untuk di tumis & separuh lagi akan dimasukkan bersama tomato

Masukkan 2 cawan air. dah biar sampai mendidih.
Bagi yang suka kuah banyak, boleh taruk air banyak-banyak

Masukkan watak utama ikan, asam boy dan cili.

Bila ikan hampir nak masak, Boleh lah dimasukkan Tomata, lebihan bawang besar & jus limau kasturi

 Dan last sekali masukkan bahan perisa seperti garam, gula dan serbuk perasa.

Siap untuk di ngapp...



Sunday, 20 April 2014

Selfie From Us


Bila dah tak ada kerja, ni lah hasilnye.. bergambar di mana-mana.
Senang citer "selfie".
Janji boleh ambil gambar.

Setiap detik kan, adalah kenangan...









Friday, 18 April 2014

Chicken Wing Rosemary


BAHAN-BAHAN
1) Kepak Ayam (Nak pakai bahagian lain pun boleh je)
2) Sos Tiram 1 Sudu
3) Kicap pekat 2 sudu
3) Madu 2 Sudu
4) Rosemary
5) Jintan Manis
6) Bawang Putih 3 Ulas*
7) Serai 2 batang*
8) Halia*
9) Lada Hitam*



CARA-CARA

1) Tumbuk semua bahan-bahan yang bertanda * dan pindahkan kedalam satu bekas.

2) Campur semua bahan-bahan lain seperti kicap, madu, sos tiram & herba rosemarry. kacau sampai semua sebati dan baru masukkan ayam. 
*Untuk hasil yang lebih memuaskan perap ayam semalaman.

3) Bakar Didalam oven lebih kurang 30 minit dengan suhu 180C. 
*Pastikan Oven di panaskan terlebih dahulu

Ini contoh herba Rosemary yang aku guna.
Beli dekat Tesco je. Murah.

Kepak Ayam Yang Telah Di perap

Susun di dalam dulang. suke ati nak lapik aluminium foil atau tidak.

Dah siap..



Wednesday, 16 April 2014

Cheesekut

Kali ini Aku ingin berkongsi resepi "Cheesekut" yang mudah hendak dibuat dan sedap dimakan. 
Resepi ini aku dapat dari member aku iatu Mak Ity. 
Cheesekut ini sangat-sangat senang hendak buat. 
Dan yang paling penting, tak perlu nak masak bagai.. main campak-campak je..


Bahan-bahan :

1) 250 gram cream cheese (jenama Tartula)
2) 1/2 tin susu pekat manis (Tapi aku guna 3 sudu sahaja)
3) Susu Dutch Lady (low fat, high calcium milk)
4) Biskut
5) Serbuk Koko & Coklat Rice Untuk Hiasan.

Cara-Cara Membuat : 

Masukkan cream chesse, susu pekat dan susu dutch lady di dalam mangkuk besar. 
Pukul sehingga semuanya sebati dan ketepikan.
Nak bagi wangi taruk 1 sudu sunquick
*S'eloknya susu dutch lady di tuang sikit demi sedikit bagi mengelakan adunan chesse menjadi terlebih cair & sile jgn tnye aku brape bnyk susu aku guna, sb tak dpt agak...

Rendam biskut didalam susu dutch lady untuk beberapa saat.

Susun biskut dalam bekas. 

Lapiskan biskut dengan bancuhan cream cheese tadi.

Kemudian Taburkan sedikit serbuk koko
(Tak mahu letak pun boleh)

Ulangi langkah yang sama, 
Biskut + Bacuhan cream cheese + Serbuk koko.
* Buat layer by layer sehingga cream cheese habis
Lapisan atas sekali mesti dilapis dengan cream cheese.

Dan boleh lah di tabur coklat rice di lapisan paling atas.
Tutup bekas dan di simpan di dalam peti ais semalaman.

Makan sejuk-sejuk, sedap sangat

Time kasih peluk cium buat sahabatku Siti Fatimah a.k.a mak ity atas kesudian share resepi yg meletoop ini.


Monday, 14 April 2014

Bila kami Ting Tong


Aku dekat wasap ade satu Group.
Kebanyakan budak dalam group ni kawan-kawan satu bilik masa aku belajar dekat ILP Pedas dulu.
Aku pernah citer pasal diorang Dekat Sini

Alhmdulillah dengan kecangihan teknologi sekarang,
 Yang jauh terasa dekat, yang dekat bertambah rapat.
Kalau di kira hubungan kam terjalin sehingga sekarang dekat 10 tahun lah jugak.

Berbalik kepada group wasap kami ni, 
Dekat sini kami share macam-macam...
pasal keluarga lah, pasal masakan, pasal bercuti... macam-macam lagi lah...

Seronok sangat... sebab rasa cam dekat je berborak...
Kat bawah ada beberapa Screenshots yang aku buat bile kami semua sudah kehabisan ideal...
Senang citer, time ni sume dah ting tong...









NOTE : Abaikan background yang konon2 feeling hindustan 2 (*___*) 

Wednesday, 9 April 2014

Komunikasi penting dalam sebuah rumah tangga



Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang ...dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.

Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Khasiat Ayat Kursi:
Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;
Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.

Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.

Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta lagi.

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena pembuli jalanan.
Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
.
Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.


Tips mengukus Kek Coklat Moist

Untuk resepi kek coklat admin ni sila guna telur B. Yang ni paling elok bila buat kek.  telur A, C dan E tak payah hiraukan...yang paling stabil elok telur gred B.


Yg ni lg penting...air kukusan...sebelum kukus kek mesti didihkan dulu air kukusan..bila dah mendidih tutup api sekejap dlm 5 minit..baru masukkan loyang kek...api sederhana je...kukus 50minit-1 jam...

JANGAN dibukak penutup loyang kalau belum cukup masa kengkadang kita bukak nak tengoklah kek rupa cmne...JANGAN...sbb tu kek mendap tengah.. api dan kepanasan air kukusan main peranan penting...kalau api kuat dan air kukusan terlalu panas menyebabkan haba dan wap tinggi sbb tu kek pulak akan merekah..

Satu lagi...tepung mesti kena ayak...sbb kalau tak ayak adunan berketul2..kan kadang2 ada kita mkn kek terasa ada tepung tergumpal tak sebati....masa gaul adunan pulak mesti masukkan cecair dulu pastu tepung selang seli sampai adunan habis...gaul guna whisk...biarkan adunan sekejap bg meresap semua bahan baru masuk dlm loyang....

Petua lagi... masa nak mix bhan utk blend...blend dulu gula, telur, minyak dan esen vanilla..agak2 dah hancur gula baru masukkan susu pekat..blend skali lg...baru adunan tu kembang dan sebati...kalau masuk sekali arung tak boleh...adunan tu jadi berat..tak sekata sbb tu kek kita tak gebu..ada org tanya napa kek dia tak gebu tapi padat..yg lain semua dah ikut cara dan resepi admin cuma cara ni dia tak buat.

Satu lgi bila tuang adunan dlm loyang biarlah ada ruang kek tu nak naik mengembang...contoh kalau tuang dlm paper cup atau loyang tuang 3/4 je...jgn penuh2 loyang atau baki loyang tinggal sikit sgt... sbb bila proses kek nak kembang ruang sikit sbb tu kek masak jd padat.

Ok..lagi satu kek coklat nak moist mesti kukus..kalau bakar kering tak moist sgt.

Cer cuba kaedah2 ni masa buat kek coklat resepi ni...insyaAllah kek elok...gebu...

Admin lupa nak bagitau satu lagi admin guna tepung cap lili...memang elok..dah try tepung sauh.. dah try 1Malaysia..cap lili jugak jadi pilihan

Ok semua..selamat mencuba.



Fresh Cream atau whipping cream

BEZA DAIRY WHIPPING CREAM DAN NON-DAIRY WHIPPING CREAM: 

Dairy Whipping Cream- tenusu, diperbuat dari susu lembu dan rasanya memang seperti susu yang lemak berkrim. Tawar, pekat, dan kekuningan.

Selalu di kotak Dairy Whipping Cream ada tertera Term 'UHT'- UHT bermaksud Ultra High Temperature. Jadi 'UHT dairy whipping cream' bermaksud cream tenusu yang dipanaskan pada suhu paling tinggi dan disejukkn secara mendadak utk membunuh bakteria untuk ia tahan lebih lama.

Shelf life: 3-7 days dalam chiller (depends cara penyimpanan). Cannot be frozen sebab akan berketul.
Non-dairy Whipping Cream- bukan dari susu tetapi dari kelapa sawit, rasa tak sama macam susu. Manis, pekat dan putih melepak.

Shelf life: 6 months frozen (setelah dipukul) dalam freezer, max 2 minggu dalam peti sejuk biasa.

Nak kenal ianya non-dairy dilabel kotak akan tertera:(topping, bukan hasil tenusu, ready to whipp topping, whip topping, etc.) 



whppng creamnon dairy nie kne ltk dlm peti ais beku ,kalu nk guna kluar kn tggu cair bru pukul ia akan jdi kental..klau trlbh pkul ia jdi cair
slalu org guna buat topping kek org pggl fresh cream dan ade guna untk isi durian crepe n pavlova

whppg cream non dairy yg dh siap pukul..klau nk guna spray jew