Dah hujung bulan rupenya hari ini.
awatnaya aku rasa tahun ni macam cepat je masa berlalu..
Tup.. tup.. esok dah masuk bulan 10. macam cepat kan?
Kalau dah hujung bulan, maknanya lagi beberapa hari nak gaji lah ya?
dengar gaji senyum sampai ketelinga aku ni.
Tapi korang percaya tak, aku lau gaji dapat merasa dalam seminggu je..
lau ada balance2 simpan sikit dekat pak ghimau 2.
tapi tak sempat peram lama pun,
seminggu dua lepas 2 mesti p buat muka tak bersalah p jolok balik dengan pak ghimau.
Aku kalau citer dekat orang mesti ramai yang tak percaya,
Eh betul ke mu ni mek, anak-anak tak de, tak kan lah duit gaji pun merasa seminggu je.
Elloooooooo......................
meh nak habaq,
hidup dekat dunia ni, duit bukan pakai tuk anak je hokeyyy!!
benda lain nak kena beli jugak.
nak kena di bayar jugak.
nak kena di bagi jugak.
Aku tak tahu lah orang lain punya finance macam mana,
Tapi aku yang bergaji kecik ni macam dekat yang aku tulis dekat atas 2 lah.
dapat gaji hari ni, seminggu lepas 2 mesti dekat tangan ni macam dah nak licin.
Ok mesti ada yang tanya tak kan semua aku bayar kan?
Pok Teh pulak tak kan tak masuk share?
Ada. Ada Pok Teh share. macam sekarang,
Rumah & bill aku yang settle kan., Laki aku pulak bayar kete bile barang-barang dapur,
dan yang paling aku suke, perbelanjaan harian aku pun alhamdulillah memang P.Teh kan bagi tiap-tiap minggu.
Balance2 gaji kami 2 ade lah beberapa benda lagi yang perlu de settle.
Dan bukanya sikit pun tak dapat nak p campak dekat pak ghimau 2,
Ada lah jugak. orang kate bekalan untuk time2 darurat.
Pendek kata dengan kos sara hidup yang tak masuk dik akal sekarang,
setakat orang yang kerja makan gaji ni, duit gaji bulan-bulan yang kami terima kadang-kadang melebihi dari apa yang kami dapat.
Orang mesti kata ukur baju di badan sendiri,
belanja ikut kemahpuan diri,
Tapi kadang-kadang orang macam aku ni nafsu berbelanja tak dapat di kawal.
Tapi aku rasa bukan aku sorang macam ni kan. Korang pun sama kan?
Tapi masalah terbesar bukan sebab apa yang kita beli atau apa yang kita bayar.
dengan kos sara hidup yang tinggi memang tak dapat nak di elakkan lagi.
harga barang-barang pun banyak yang sudah naik.
Katekan lah walaupun dah di skip beberapa barang kehendak yang lain,
Tapi kite tetap jugak nak kena bayar untuk barang keperluan yang dari hari ke sehari harganya meningkat.
Kalau ini masih berterusan..
Sampai bila pun tak kaya2..
hu2 *sambil lap hingus.