Friday, 11 July 2014

Fadhilat Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim


Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


Thursday, 10 July 2014

50 Pintu Kebaikan Di Bulan Ramadhan



Di bawah merupakan 50 pintu kebaikan yang boleh kita laksanakan semasa bulan Ramadhan:-
1- Ikhlas dalam setiap perbuatan
2- Bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya
3- Berdoa ketika melihat anak bulan
4- Qiam semasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan
5- Mendirikan qiam semasa malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan
6- Bersungguh-sungguh beribadah dalam 10 malam terakhir
7- Iktikaf di masjid
8- Memberi makanan pada orang yang berbuka
9- Membaca Al-Quran
10-Banyakkan berzikir mengingati Allah
11-Lazimi istighfar
12-Mengambil wudu’ dan mengekalkannya
13-Solat sunat 2 rakaat selepas berwuduk (solat sunat wuduk)
14-Doa selepas azan
15-Berdoa antara azan dan iqamah (doa yg tidak tertolak)
16-Menjaga solat subuh dan Solat Asar
17-Membaca Surah Al-Kahfi paada hari Jumaat
18-Menjaga solat jemaah 5 waktu di masjid
19-Iltizam dengan saf pertama di masjid
20-Berterusan menunaikan Solat Dhuha setiap hari
21-Menjaga solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardhu)
22-Menunaikan solat sunat di rumah
23-Berusaha membiasakan anak-anak kita yang kecil dalam melazimi solat (ajarlah solat ketika mereka 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka 10 tahun jika tidak mahu solat)
24-Menjaga solat sunat terawih
25-Mensegerakan berbuka bila azan bergema
26-Berdoa sebelum waktu iftar
27-Berdoa ketika berbuka
28-Menunaikan zakat fitrah
29-Infaq di atas jalan Allah
30-Menghilangkan gangguan/halangan di atas jalan (kayu,batu besar dll yang menghalang laluan)
31-Berbuat baik kepada ibu bapa dan mentaati mereka
32-Berbuat baik kepada anak yatim
33-Membantu menyelesaikan hajat orang lain
34-Ziarah saudara, sahabat dan rakan2
35-Ziarah orang sakit
36-Menyambung kembali silaturrahim jika terputus
37-Bergembira dengan kegembiraan saudara semuslim
38-Membetulkan kesalahan orang lain
39-Lemah lembut dengan manusia
40-Duduk dengan orang yang soleh dan baik
41-Menjaga lisan dan kemaluan
42-Banyakkan bertahlil(Lailahaillah) dan bertasbih (subhanallah)
43-Banyakkan berselawat ke atas Nabi
44-Bersedaqah jariah
45-Bantu orang muslimin
46-Menjalin silaturrahim dengan kawan ibubapa kita dan berbuat baik kepada mereka
47-Berbuat baik pada jiran
48-Mendoakan untuk ibu bapa
49-Mendoakan saudara semuslim tanpa pengetahuannya
50-Berdoa untuk kaum muslimin dan meminta pengampunan untuk mereka

Wednesday, 9 July 2014

SIAKAP BAKAR SAMBAL


Ini siakap bakar sambal yang aku buat 1st day puasa ari 2.
Walaupun nampak cam x comey je kan. tapi siyes sedap lah jugak.
Ni bukan aku kate, tapi laki aku yang cakap. 
Berani dia nak kata tak sedap!!!!

Nak buat ni tak susah pun, senang je.
Jangan tanya mana aku amik resepi.sebab aku pun mai campak je bahan-bahan dia.
Mungkin setiap orang ada cara masak dia sendirikan. tapi bagi aku yang tak tahu masak ni, kadang-kadang aku main campak-campak je. sedap tak sedap belakang citer.
tak cube tak tahu kan?

Bagi sape-sape nak tahu cam ner aku wat ni, meh tenggok cara aku buat.
masalahnya ada ke yang nak tenggok??
hentam saje lah..

Watak utama mesti lah IKAN .
Tapi ikan ni suke ati korang lah nak guna ikan ape ye. Jangan guna ikan bilis sudah lah.. cam ner nak bakar 2.
Tapi kalau korang nak guna jugak ikan bilis, suka ati mak bapak tiri laki korang lah.
Adeeer aku kisah

Ni lak bahan tumisan untuk sambal dia.
Jugak suka ati nk korang nak tumis sampai garing or spruh garing. ader ke sparuh garing..??

BAHAN-BAHAN

Segengam cili kering
*3 ulas bawang putih
*2 ulas bawang merah
*1/2 biji bawang besar
*Kunyit hidup
*1 sudu lada hitam (Tak nak letak pun tak per)
*Halia
*Serai
Asam Jaya
Belacan
Garam
Gula

CARA-CARA
1) Bland sume bahan-bahan bertanda *
2) Tumis sampai naik hantu bau
3) Masukkan belacan, asam jawa dan perasa, garam gula.
4) Bila dah garing boleh lah di letakkan diatas ikan tadi.
5) Bakar sampai masak.
6) Kalau guna oven bakar pada suhu 170C, selama 35minit atau hingga masak.




Tuesday, 8 July 2014

Hikmah luar biasa di sebalik puasa Ramadhan



Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Salawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Berikut adalah beberapa hikmah di balik puasa Ramadhan yang kami sajikan dari beberapa kalam ulama. Semoga bermanfaat.
1. Menggapai Darjat Takwa
Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183). 
Ayat ini menunjukkan bahawa di antara hikmah puasa adalah agar seorang hamba dapat menggapai darjat takwa dan puasa adalah sebab meraih darjat yang mulia ini. Ini kerana dalam puasa, seseorang akan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi setiap larangan-Nya. Inilah pengertian takwa. Bentuk takwa dalam puasa dapat kita lihat dalam berbagai perkara berikut.
Pertama, orang yang berpuasa akan meninggalkan setiap yang Allah larang ketika itu iaitu dia meninggalkan makan, minum, berjima’ dengan isteri dan sebagainya yang sebenarnya hati sangat cenderung dan ingin melakukannya. Ini semua dilakukan dalam rangka taqorrub atau mendekatkan diri pada Allah dan meraih pahala dari-Nya. Inilah bentuk takwa.
Kedua, orang yang berpuasa sebenarnya mampu untuk melakukan kesenangan-kesenangan duniawi yang ada. Namun dia mengetahui bahawa Allah selalu mengawasi diri-Nya. Ini juga salah bentuk takwa iaitu merasa selalu diawasi oleh Allah.
Ketiga, ketika berpuasa, setiap orang akan semangat melakukan amalan-amalan ketaatan. Dan ketaatan merupakan jalan untuk menggapai takwa. Inilah sebahagian di antara bentuk takwa dalam amalan puasa.
2. Hikmah di sebalik meninggalkan syahwat dan kesenangan dunia
Di dalam berpuasa, setiap muslim diperintahkan untuk meninggalkan berbagai syahwat, makanan dan minuman. Itu semua dilakukan kerana Allah. Dalam hadits qudsi, Allah Ta’ala berfirman,
يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى
Dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku”.
Di antara hikmah meninggalkan syahwat dan kesenangan dunia ketika berpuasa adalah:
Pertama, dapat mengendalikan jiwa. Rasa kenyang kerana banyak makan dan minum, kepuasan ketika  berhubungan dengan isteri, itu semua biasanya akan membuat seseorang lupa diri, kufur terhadap nikmat, dan menjadi lalai. Sehingga dengan berpuasa, jiwa pun akan lebih dikawal.
Kedua, hati akan menjadi sibuk memikirkan perkara-perkaral baik dan sibuk mengingati Allah. Apabila seseorang terlalu disibukkan dengan kesenangan duniawi dan terbuai dengan makanan yang dia lazat, hati pun akan menjadi lalai dari memikirkan perkara-perkara yang baik dan lalai dari mengingati Allah. 
Oleh kerana itu, apabila hati tidak disibukkan dengan kesenangan duniawi, juga tidak disibukkan dengan makan dan minum ketika berpuasa, hati pun akan bercahaya, akan semakin lembut, hati pun tidak keras dan akan semakin mudah untuk tafakkur (merenung) serta berdzikir pada Allah.
Ketiga, dengan menahan diri dari berbagai kesenangan duniawi, orang yang cukup keperluan akan semakin tahu bahawa dirinya telah diberikan nikmat begitu banyak dibanding orang-orang fakir, miskin dan yatim piatu yang sering merasakan rasa lapar. Dalam rangka mensyukuri nikmat ini, orang-orang kaya  pun gemar berbahagi dengan mereka yang tidak mampu.
Keempat, dengan berpuasa akan menyempitkan jalannya darah. Sedangkan syatan berada pada jalan darahnya manusia. Sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِى مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ
Sesungguhnya syaitan mengalir dalam diri manusia pada tempat mengalirnya darah.” 
Jadi puasa dapat menghalang syaitan yang seringkali memberikan was-was. Puasa pun dapat menekan syahwat dan rasa marah. Oleh kerana itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjadikan puasa sebagai salah satu ubat mujarab bagi orang yang mempunyai keinginan untuk menikah namun belum kesampaian.
3. Mulai berubah menjadi lebih baik
Di bulan Ramadhan tentu sahaja setiap muslim harus menjauhi berbagai macam maksiat agar puasanya tidak sia-sia, juga agar tidak mendapatkan lapar dan dahaga saja. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ
Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga saja.”
Puasa menjadi sia-sia seperti ini disebabkan bulan Ramadhan masih diisi pula dengan berbagai maksiat. Padahal dalam berpuasa seharusnya setiap orang berusaha menjaga lisannya dari rasani orang lain (baca: ghibah), dari berbagai perkataan maksiat, dari perkataan dusta, perbuatan maksiat dan perkara-perkara yang sia-sia.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
نْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak perlu dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.”
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ
Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagha dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau menganggumu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”.” 
Lagha adalah perkataan sia-sia dan sepertinya yang tidak berfaedah. Sedangkan rofats adalah istilah untuk setiap perkara yang diinginkan laki-laki pada wanita atau dapat pula bermakna kata-kata kotor.
Oleh kerana itu, ketika keluar bulan Ramadhan seharusnya setiap insan menjadi lebih baik dibanding dengan bulan sebelumnya kerana dia sudah ditempa di madrasah Ramadhan untuk meninggalkan berbagai macam maksiat. 
Orang yang dulu malas bersolat 5 waktu seharusnya menjadi sedar dan rutin mengerjakannya di luar bulan Ramadhan. Juga dalam masalah solat Jama’ah bagi kaum lelaki, hendaklah pula dapat dirutinkan dilakukan di masjid sebagaimana rajin dilakukan ketika bulan Ramadhan. 
Begitu pula dalam bulan Ramadhan banyak wanita muslimah yang berusaha menggunakan tudung yang menutup diri dengan sempurna, maka di luar bulan Ramadhan seharusnya perkara ini tetap dijaga.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَإِنَّ أَحَبَّ الْعَمَلِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ
“(Ketahuilah bahawa) amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
Ibadah dan amalan ketaatan bukanlah ibarat bunga yang mekar pada waktu tertentu saja. Jadi, ibadah solat 5 waktu, shalat jama’ah, shalat malam, gemar bersedekah dan berpakaian muslimah, bukanlah jadi ibadah bermusim. 
Namun sudah seharusnya di luar bulan Ramadhan juga tetap dijaga. Para ulama seringkali mengatakan, “Sejelek-jelek kaum adalah yang mengenal Allah (rajin ibadah, -pen) hanya pada bulan Ramadhan saja.”
Ingatlah pula pesan dari Ka’ab, “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan lantas terdetik dalam hatinya bahawa setelah lepas dari Ramadhan akan berbuat maksiat pada Rabbnya, maka sungguh puasanya itu tertolak (tidak bernilai apa-apa).”
4. Kesempatan untuk saling berkasih sayang dengan orang miskin dan merasakan penderitaan mereka
Puasa akan menyebabkan seseorang lebih menyayangi orang miskin. Ini kerana orang yang berpuasa pasti merasakan penderitaan lapar dalam sebahagian waktunya. Keadaan ini pun orang miskin rasakan begitu lama. Akhirnya ia pun bersikap lemah lembut terhadap sesama dan berbuat baik kepada mereka. Dengan sebab inilah ia mendapatkan balasan melimpah dari sisi Allah.
Begitu pula dengan puasa seseorang akan merasakan apa yang dirasakan oleh orang-orang miskin, fakir, yang penuh kekurangan. Orang yang berpuasa akan merasakan lapar dan dahaga sebagaimana yang dirasakan oleh mereka-mereka tadi. Inilah yang menyebabkan darjatnya meningkat di sisi Allah.
Inilah beberapa hikmah syar’i yang luar biasa di balik puasa Ramadhan. Oleh kerana itu, para salaf sangatlah merindui bertemu dengan bulan Ramadhan agar memperoleh hikmah-hikmah yang ada di dalamnya. 
Sebagian ulama mengatakan, “Para salaf biasa berdoa kepada Allah selama 6 bulan agar dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan. Dan 6 bulan bakinya mereka berdoa agar amalan-amalan mereka diterima”.
Hikmah Puasa yang Keliru
Adapun hikmah puasa yang biasa sering dibicarakan sebahagian kalangan bahawa puasa dapat menyihatkan badan (seperti dapat menurunkan berat badan, mengurangkan resiko stroke, menurunkan tekanan darah, dan mengurangi resiko diabetes), maka itu semua adalah hikmah sampingan saja dan bukan hikmah utama. 
Sehingga hendaklah seseorang meniatkan puasanya untuk mendapatkan hikmah syar’i terlebih dahulu dan janganlah dia berpuasa hanya untuk mengharapkan nikmat sihat semata-mata. 
Ini kerana jika niat puasanya hanya untuk mencapai kenikmatan dan kemaslahatan duniawi, maka pahala melimpah di sisi Allah akan hilang walaupun dia akan mendapatkan nikmat dunia atau nikmat sihat yang dia cari-cari.
Allah Ta’ala berfirman,
مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الآخِرَةِ نزدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ
Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.” (Qs. Asy Syuraa: 20)
Ibnu ‘Abbas mengatakan, “Orang yang gemar berbuat riya’ akan diberi balasan kebaikan mereka di dunia. Mereka sama sekali tidak akan dizalimi. Namun ingatlah, barangsiapa yang melakukan amalan puasa, amalan solat atau amalan solat malam namun hanya ingin mengharapkan dunia, maka balasan dari Allah: 
“Allah akan memberikan baginya dunia yang dia cari-cari. Akan tetapi, amalannya akan lenyap di akhirat nanti kerana mereka hanya ingin mencari keuntungan dunia. Di akhirat, mereka juga akan termasuk orang-orang yang rugi”.”
Sehingga yang benar, puasa harus dilakukan dengan niat ikhlas untuk mengharap wajah Allah. Sedangkan nikmat kesihatan, itu hanyalah hikmah sampingan sahaja dari melakukan puasa, dan bukan tujuan utama yang dicari-cari. 
Jika seseorang berniat ikhlas dalam puasanya, niscaya nikmat dunia akan datang dengan sendirinya tanpa dia cari-cari. Ingatlah selalu nasihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
مَنْ كَانَتِ الآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِى قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِىَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهَ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا قُدِّرَ لَهُ
Barangsiapa yang niatnya adalah untuk menggapai akhirat, maka Allah akan memberikan kecukupan dalam hatinya, Dia akan menyatukan keinginannya yang tercerai berai, dunia pun akan dia peroleh dan tunduk hina padanya. Barangsiapa yang niatnya adalah untuk menggapai dunia, maka Allah akan menjadikan dia tidak pernah merasa cukup, akan mencerai beraikan keinginannya, dunia pun tidak dia peroleh kecuali yang telah ditetapkan baginya.”
Adapun hadits yang mengatakan,
صُوْمُوْا تَصِحُّوْا
Berpuasalah, niscaya kalian akan sihat.” Perlu diketahui bahawa hadits semacam ini adalah hadits yang lemah (hadits dho’if) menurut ulama pakar hadits.
Semoga kita boleh menarik hikmah berharga di sebalik puasa kita di bulan penuh kebaikan, bulan Ramadhan.

Monday, 7 July 2014

KEISTIMEWAAN SOLAT TERAWIH



Berikut ini pahala keutamaan solat tarawih tiap malam di bulan Ramadhan.
  1. Malam ke-1 : Diampuni dosanya, bersih seperti bayi lahir dari kandungan ibunya
  2. Malam ke-2 : Diampuni dosanya dan dosa kedua orang tuanya yang mu’min
  3. Malam ke-3 : Malaikat memanggil dari bawah ‘Arsy, berseru, “Segeralah kamu beramal, Allah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu”
  4. Malam ke-4 : Diberi pahala sebanyak pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran
  5. Malam ke-5 : Diberi pahala sebanyak pahala shalat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsha
  6. Malam ke-6 : Diberi pahala sebanyak pahala thawaf di Baitul Makmur (tempat thawafnya malaikat), setiap batu-batuan dan tanah liat beristighfar untuknya
  7. Malam ke-7 : Seolah-olah bertemu dengan Nabi Musa as dan berjuang bersama melawan Fir’aun dan Haman
  8. Malam ke-8 : Diberi segala sesuatu sesuatu seperti apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim AS
  9. Malam ke-9 : Seolah-olah ia beribadah seperti ibadah yang dikerjakan Nabi Muhammad Saw
  10. Malam ke-10 : Allah memberi kebaikan dunia dan akhirat
  11. Malam ke-11 : Ia akan meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti bayi baru dilahirkan oleh ibunya
  12. Malam ke-12 : Wajahnya akan bercahaya seperti bulan purnama di hari kiamat nanti
  13. Malam ke-13 : Kelak di hari kiamat ia akan aman dari segala kejahatan
  14. Malam ke-14 : Dibebaskan dari hisab dan para malaikat memberikan kesaksian atas ibadah tarawihnya
  15. Malam ke-15 : Bershalawatlah kepadanya segenap malaikat, penanggung ‘ Arsy dan Kursi Allah
  16. Malam ke-16 : Dibebaskan dari siksa api neraka dan dibebaskan masuk ke surga
  17. Malam ke-17 : Diberi pahala seperti yang diterima para Nabi
  18. Malam ke-18 : Malaikat memanggilnya; “Wahai Hamba Allah, engkau dan kedua orang tuamu telah diridloi Allah Swt”
  19. Malam ke-19 : Derajatnya ditinggikan di surga Firdaus
  20. Malam ke-20 : Diberi pahala seperti pahalanya syuhada dan shalihin (orang-orang shalih)
  21. Malam ke-21 : Dibuatkan gedung dari cahaya (nur) di surga
  22. Malam ke-22 : Kelak di hari kiamat akan aman dari bencana yang menyedihkan dan menggelisahkan
  23. Malam ke-23 : Dibangunkan sebuah kota di dalam surga
  24. Malam ke-24 : Sebanyak 24 doa yang ia panjatkan akan dikabulkan Allah Swt.
  25. Malam ke-25 : Dibebaskan dari siksa kubur
  26. Malam ke-26 : Pahala baginya ditingkatkan selama 40 tahun
  27. Malam ke-27 : Melintasi Shirathal Mustaqiem seperti kilat menyambar
  28. Malam ke-28 : Ditinggikan derajatnya sampai 1000 tingkat di surga kelak
  29. Malam ke-29 : Diberi pahala sebanyak pahala 1000 haji mabrur
  30. Malam ke-30 : Akan diseru Allah Swt dalam Firman-Nya: “Wahai hamba-Ku, silakan makan buah-buahan surga, mandi dari mata air salsabil, dan minumlah dari Telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu dan kamu adalah hamba-Ku”
Fadhilah-fadhilah (keutamaan) di atas merupakan sabda Rasulullah saw ketika ditanya Shahabat Ali bin Abi Thalib tentang fadhilah sholat tarawih yang termaktub dalam kitab Duratun Nashihin sebagai bentuk Fadhoilul A’mal.
Wallahu a’lam bish-shawwab.



Sunday, 6 July 2014

Nikmatnya Puasa Ramadhan


Alhamdulillah kita telah melewati hari pertama puasa. Semoga puasa serta ibadah Ramadhan kita berjalan lancar sampai sebulan. Namun tidak hanya sebulan saja kita berlumba-lumba memperbanyak pahala, hendaknya bulan Ramadhan kita jadikan moment untuk meningkatkan kualiti diri dan keimanan kita kepada Allah swt. Sehingga kita bisa terus beribadah, tidak meninggalkan yang wajib serta memperbanyak yang sunnah hingga seterusnya.

Di bulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa selama sebulan penuh. Dari waktu imsak hingga berbuka saat maghrib. Tidak hanya menahan rasa lapar dan haus, tapi juga segala hal yang dapat membatalkan puasa. Perintah puasa difirmankan oleh Allah swt pada Al Quran surat Al Baqarah ayat 183. Dan puasa Ramadhan ini merupakan salah satu Rukun Islam.

Ketika berpuasa selama satu bulan, kita turut merasakan bagaimana orang/fakir miskin yang sedang kelaparan, Maka jika kita dapat merasakan hal tersebut, kita akan menjadi orang yang concern terhadap orang yang sedang kesusahan khususnya fakir miskin.  Dengan begitu, kita akan terbiasa menolong  mereka dengan memberikan sedekah. Kita tak akan lagi membazir dan selalu ingat akan kesulitan mereka. Berbagi kepada sesama serta tidak lupa selalu mensyukuri hidup ini.

Dengan berpuasa, kita juga diajarkan untuk menjadi sabar. Sabar di kala lapar, haus, menahan marah bahkan syahwat. Jika kita berhasil menahan itu semua maka kemenanganlah yang kita dapatkan. Karana menahan dan mengendalikan nafsu adalah hal yang paling sulit bagi manusia. Begitupula jika kita sedang berpuasa, sering kita menghadapi orang yang menguji kesabaran kita, padahal kita sedang berpuasa dan harus menahan nafsu kita. 

Rasulullah saw bersabda: “ Puasa adalah benteng penghalang, maka janganlah ia berucap dengam kalimat buruk, mencaci, dan menghina, jika ada yang mengganggunya atau mengumpatnya katakanlah aku puasa, aku puasa. Demi Allah yang diriku dalam genggaman-Nya, sunnguh aroma tidak sedap di mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada wangi misik, karena ia meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya karena Aku (Allah SWT). Puasa adalah untuk-Ku, dan Aku yang membalasnya, dan setiap pahala dibalas 10 kali lipat darinya”. (HR. Bukhari)

Maka kuncinya adalah sabar. Betapa sabar itu adalah kunci berjaya dalam segala hal, subhanallah… 
Di bulan Ramadhan inilah kita dapat memperbaiki diri. Dan tentunya agar kita menjadi orang yang betakwa, 

seperti firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al Baqarah:183)



Friday, 4 July 2014

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN



1.    Puasa enam hari dalam bulan Syawal
                     
   Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)
                       
 Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2.    Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)
                        
Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
                       
 Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3.    Puasa pada bulan Muharram
                        
Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)
                        
Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4.    Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
                        
Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5.    Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
                        
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6.    Puasa bulan Sya'aban
                       
 Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)
                        
Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis
                        
Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)
                        
Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8.    Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
                        
Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)
                        
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)
                        
Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9.    Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)
                        
Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10.   Puasa tiga hari pada setiap bulan
                       
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."
                        
Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.
                       
 Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11.    Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)
                        
Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                        
Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)