Wednesday, 27 August 2014

Doa Untuk Mendapatkan Cahaya Mata

Bagi yang mengharapkan agar dikurniakan anak dan mendapat zuriat yang soleh dan solehah boleh lah mengamalkan doa ini.

Kita berusaha dan berdoa, selebihnya bertawakal dan berserah kepada yang maha esa.




Tuesday, 26 August 2014

DOA MURAH REZEKI




Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.

Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..

Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”..

Kita mengaku kita muslim,kita ada ALLAH tapi mengapa tidak dekatkan diri dengan-NYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi..


Tuesday, 19 August 2014

Menu Berbuka 2014

Meh sume nak tunjuk sikit sebahagian yang aku sempat snap untuk menu berbuka time bulan pose ari 2.
Pic2 ni sume aku snap sebab duk wasap member2 group aku.

Menu berbuka aku xde lah havoc sangat pun, makan pun beralaskan surat khabar lama je..
 - Kud2 ada yang kate ni pun nak tunjuk kan!!

Sebabnya mase na delete pic yang x berkenaan dekat delam hepon ari 2, rasa cam sayamm lak nk buang cam 2 je pic2 ni sume..

So dengan alasan untuk di jadikan bahan kenangan, Aku tepek je lah pic2 ni dalam entry ini.
Jangan ade yang kate aku nak menunjuk pulak ye..
Tak de niat pun.. stekat lauk cincai2 masak sendiri ape lah sangat kan.
Lain lah hari2 masuk berbuka dekat hotel kan..

K lah pajang lak membeber aku ni..
Layan je lah gambar2 yang ada ni ye...

Hari pertama berbuka dua lauk je ualls..

Untuk hari ke-2, ikan balance dari hari pertama.

Haa.. yang ini jangan ade yang nak mintak resepi plok ye..
Lempang kan laju2..

Hari ke-8 baru dpt jumpa ulam-ulam

Kelass tak..?
Pizza ualss...

Hari ke-10, berbuka di ayam penyet...
best giler ayam dia

Nampak 2 ulas durian 2.. jangan main2 pelaris ni kalau nak tau.

Tima ni berbuka dengan anak buah.
depa belanja... suke2

kerabu mangga 2 dalam seminggu 2 3  kali jugak lah aku p beli..
Yeaa aku beli. bukan buat sendiri

berbuka dengan kari ayam balance dari hari sebelumnya.

ke ayam penyet lag kami buat kali ke duanya di bulan pose 2014

Hari ke-20 dapat makan asam pedas gombak..
siyess sedap sangat2 asam pedas ni..

Nampak ade lagi asam pedas ikan pari.
sebab sedap yang melampau, so moh lak cik somi kite beli lagi..


Ini je gambar2 yang tersimpan & sempat di snap.
walaupun pose sebulan. tapi gambar tak cukup 30 keping pun.


Monday, 18 August 2014

BFF datang Melawat Kawasan

Hokey kite skip dulu citer pasal raya ari 2.
Nak citer pasal kawan baik aku dari kampung yang datang KL baru2 ini.

Ahad hari 2, my best frez dari kampung datang melawat kawasan lagi.
Budak ni lau datang KL wajab kena datang jumpa aku dulu.

Wajib hokey.... 

Dalam duk berkira-kira nak bawak budak comey ni ni makan mana...
akhirnye kami ke Selayang je.

My frenz order nih..
aku syak dia tenggah diet.. kih2

Nina yang nakal


Suko naw amik gambar candit2 budak depan nih



Hampir 45 minit menunggu akhirnya tiba jual pesanan ku..
menanggis duk tahan lapar..



Habis je makan singgah umh aku jak.
Tak borak panjang pun, sebab mase 2 jam dah nak dekat kul 12 malam.
Lepas gesel2 pipi my frenz balik.

Terima kasih lah dear sebab sudi singgah umah jumpa aku nih.
In Sya Allah panjang umur kite jumpa raya Haji nanti ye lalim..



Friday, 15 August 2014

Antara hikmah2 berpuasa 6 hari di bulan Syawal :

Pelengkap dari puasa Ramadhan

Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh. Penyempurna dari kekurangan, membawa maksud, walaupun hukumnya sunat, pada hari Kiamat nanti perbuatan2 fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan2 sunnah ini. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadith Qudsi –
“Dan senantiasa hamba Ku mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan2 sunnah sehingga Aku mencintainya.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

Menyediakan sistem pencernaan
Selama 1 bulan sistem pencernaan kita berehat pada waktu siang. Kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan apabila disajikan dengan pelbagai juadah di dalam pelbagai majlis yang biasa masyarakat kita lakukan di bulan Syawal ini. Maka, puasa 6 ini memberi peluang kepada sistem pencernaan kita yang telah direhatkan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur.

Amalan Ramadhan tidak terputus
Antara manfaat lain berpuasa 6 adalah segala amal yang dilakukan oleh seseorang itu di dalam bulan Ramadhan, untuk mendekatkan diri-Nya dengan Allah, tidak akan terputus setelah berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama seseorang itu masih hidup. Ini juga mengajar kita untuk beribadat secara istiqamah dan berpanjangan. Menyusuri daripada kata2 para cerdik pandai – “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.”

Tanda syukur rahmat bulan Ramadhan
Berpuasa di bulan Ramadhan mendatangkan maghrifah atas dosa2 masa lalu. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan menerima ‘ganjaran’ di bulan Syawal – maka berpuasa di bulan Syawal adalah seperti tanda mensyukuri ganjaran yang diterima ini. Ia juga sebagai tanda syukur atas segala nikmat, pertolongan dan pengampunan yang telah diberikan oleh-Nya dalam bulan Ramadhan. Dan atas rasa cintanya terhadap ibadah puasa di bulan Ramadhan, ia tidak merasa bosan, berat atau jenuh apalagi benci berpuasa Ramadhan – lantas meneruskannya dengan berpuasa lagi selama 6 hari di bulan Syawal.
Namun, bagi mereka yang mempunyai hutang berpuasa di bulan Ramadhan, haruslan menyudahkannya dahulu sebelum memulakan berpuasa 6 ini. Ini kerana barangsiapa yang berpuasa Syawal terlebih dahulu dan masih ada tanggungan puasa Ramadhan, maka puasanya itu hanya dianggap puasa sunnah muthlaq (puasa sunnah biasa) dan tidak mendapatkan ganjaran puasa Syawal. Ini kerana berbalik kepada sabda Rasulullah s.a.w tadi, “Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan…”

Thursday, 14 August 2014

BISKUT MAMA CARRIES

BAHAN-BAHAN
400g Tepung gandum
100g Gula Aising
300g Butter
2 Sudu Besar Tepung Jagung
1 Sudu Kecik Esen Vanilla

Satukan butter + gula aising + esen vanilla 

Pukulsehingga kembang

Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikat.

Uli sehingga menjadi doh, dan tidak melekat di tanggan

CARA MEMBUAT LAPISAN GULA
2 Biji Putih Telur
150g Gula Aising
1 Sudu Kecik Tepung Jagung
Sedikit perwarna

Pukul semua bahan-bahan sehingga kental

Nak pastikan adunan betul-betul kental, cuba terbalikkan bekas dan adunan tidak akan jatuh.
Jika mahu taruk warna, bahagi 2 adunan

Canai mengikut ketebalan yang sesuai dan terap menggunankan acuan yang di sukai

Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak dan letakkan biskut yang di terap tadi
3
Dengan mengunakan jari, sapu krim tadi di atas permukaan biskut, sapu tebal-tebal.
Jangan risau, adunan tak akan cair atau meleleh jika di bakar. ia akan menjadi seperti gam

Aku buat dua warna, Putih dan pulple.

Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180celsius selama 15-20 minit atau senhingga masak.
Sejukkan dahulu biskut sebelum masukkan ke dalam bekas / balang

K ni nak bocor satu rahsia..
Kat atas ni aku tunjuk gambar yang menjadi je.. padahal kalau nak tau biskut aku rentung satu loyang..
menangis tenggok.. tapi nak buat macam mana 1st time try kan..





Tuesday, 12 August 2014

Mak Enom Busy



Wah wah..wah... jak je masa berlalu., Tut tut 8 ari dekat kampung rasa cam 8 jam je. hu2
Dah masuk minggu kedua kerja lepas cuti panjang raya ari 2.
Banyak bende nak share pasal balik bercuti raya. 
Tapi cam blur lak tak tahu nak mula dari mane.
Gambar punya lah banyak kat dalam hepon ni.

Insyallah panjang umur & lau sempat nanti satu-satu nak cerita.
Bajet ramai raeder lah sangat. huhuhu..
Tak per, janji aku tau dekat luar 2 ramai member-member sekolah aku dulu yang ada intai-intai blog yang tak berape nak hado ni.

Sekarang ni nak settelkan dulu mana2 kerja yang tertunggak.
Banyak giler uallss.. menangis mak enom tenggok.
Sampaikan nak berak pun rasa cam x de masa. terpaksa lah tahan balik berak dekat rumah je.
 - ok yang ini saya tipu.

K lah nanti jumpa dekat lain entry ye.
Nak kena siapkan kerja yang mane patup dulu.
Lepas 2 baru cari-cari masa update blog pulak. Itu pun lau tak ade kerja baru yang bos iassl bagi.
Tapi kan, dah namanye kerja, siap kerja ni, datang lak kerja lain.
hu2... Pasrah je lah.