BAHAN-BAHAN
400g Tepung gandum
100g Gula Aising
300g Butter
2 Sudu Besar Tepung Jagung
1 Sudu Kecik Esen Vanilla
Satukan butter + gula aising + esen vanilla
Pukulsehingga kembang
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikat.
Uli sehingga menjadi doh, dan tidak melekat di tanggan
CARA MEMBUAT LAPISAN GULA
2 Biji Putih Telur
150g Gula Aising
1 Sudu Kecik Tepung Jagung
Sedikit perwarna
Pukul semua bahan-bahan sehingga kental
Nak pastikan adunan betul-betul kental, cuba terbalikkan bekas dan adunan tidak akan jatuh.
Jika mahu taruk warna, bahagi 2 adunan
Canai mengikut ketebalan yang sesuai dan terap menggunankan acuan yang di sukai
Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak dan letakkan biskut yang di terap tadi
3
Dengan mengunakan jari, sapu krim tadi di atas permukaan biskut, sapu tebal-tebal.
Jangan risau, adunan tak akan cair atau meleleh jika di bakar. ia akan menjadi seperti gam
Aku buat dua warna, Putih dan pulple.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180celsius selama 15-20 minit atau senhingga masak.
Sejukkan dahulu biskut sebelum masukkan ke dalam bekas / balang
K ni nak bocor satu rahsia..
Kat atas ni aku tunjuk gambar yang menjadi je.. padahal kalau nak tau biskut aku rentung satu loyang..
menangis tenggok.. tapi nak buat macam mana 1st time try kan..
No comments:
Post a Comment