Tuesday, 7 April 2015

Tanda-Tanda Besar Yang Berkemungkinan Anda Mempunyai Masalah Ketidakseimbangan Hormon !!!

 
Good info for share.
Copy & paste from SPORT MUSANG
 
 
 
Sebenarnya bagi wanita, banyak perubahan yang paling ketara ketidakseimbangan hormon ini adalah semasa mereka berumur dalam lingkungan 40-an hingga 50-an, tetapi tak mustahil boleh juga dilihat seawal pertengahan 20 hingga 30-an....
Namun, ramai lagi wanita yang mempunyai tanda-tanda awal masalah hormon, yang banyak berkaitan dengan bukan sahaja gaya hidup dan pemakanan kita, malah juga terhadap pencemaran, toksin dan xenoestrogens (bahan kimia sintetik yang bertindak sebagai estrogen dalam badan kita) yang kita terdedah setiap hari ....

Secara Ringkas Kesan-kesan Ketidakseimbangan Hormon Kepada Wanita

    Rambut gugur / pertumbuhan rambut di wajah atau tubuh badan
    Osteoporosis
    Murung atau Stress
    Kenaikan berat badan
    Alergi
    Kulit kering
    PMS
    Fibroid
    Lelah
    Gemuk air

Tanda- tanda ketidakseimbangan hormon bagi wanita:

Berat badan meningkat.
Gaya hidup, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah komponen penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon menyebabkan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Lemak di bahagian perut dan kehilangan jisim otot.
Apabila sistem endokrin anda stress, hormon tertentu akan kurang dihasilkan dan hormon lain (selalunya cortisol) akan dihasilkan lebih banyak. Ini menyebabkan badan menyimpan lemak menyebabkan meningkatnya lemak di bahagian perut.

Masalah penghadaman.
Gas, kembung dan pencernaan perlahan adalah masalah hormon yang biasanya tidak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon, tetapi boleh dikaitkan dengan makanan yang tidak sihat, tidak mengunyah makanan dan makan terlalu banyak.

Keletihan.
Belum tengahari dah lemau? Bukanlah sesuatu yang normal jika anda selalu berasa lesu, dan tidak teratur.

Kebimbangan, cepat marah dan kemurungan.
Kebimbangan dan kemurungan adalah petunjuk bahawa anda mempunyai ketidakseimbangan hormon, keracunan, bekerja terlalu keras, tertekan, dan berkemungkinan besar tidak memberi badan anda nutrisi yang diperlukan.

Kurang berna`fsu.
Salah satu tanda yang paling ketara ketidakseimbangan hormon adalah nafsu yang kurang, yang bermula dari tidur yang terganggu. Tanpa tidur yang berkualiti pengeluaran hormon se`ks boleh berkurangan.

Insomnia dan corak tidur yang tidak teratur.
Insomnia menyebabkan tekanan dan meningkatkan tahap kortisol, yang secara langsung menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kitaran tidur yang tidak sihat menggangu sistem biologi badan kita.

Berpeluh.
Bagi kebanyakan wanita, berpeluh malam dan hot flashes adalah tanda pertama bahawa sesuatu tidak kena. Ini bukan masanya untuk memulakan terapi hormon gantian, tetapi memulakan jurnal makanan dengan mencatat apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda rasa secara fizikal, dan emosi.

Mengidam.
Sebab-sebab biasa mengidam dan makan berlebihan adalah kerana keletihan adrenal, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon lain. Mengurangkan gula, alkohol, tenusu dan karbohidrat, bukan sahaja akan membantu keinginan kawalan, tetapi membantu memelihara sistem pencernaan kita juga.


Antara Tip-Tip Mengatasi Ketidakseimbangan Hormon

Katakan Tidak Pada Kafein
Kafein menyebabkan kelenjar adrenal menghasilkan hormon berlebihan dan menghalang penyerapan zat dan khasiat ke dalam tubuh badan kita.

Selain mengamalkan tip-tip sihat di atas, lengkapkan kesihatan kita dengan pengambilan suplemen dan vitamin yang semulajadi dan selamat untuk kesan kesihatan berpanjangan.

Pengambilan Makanan Kaya Omega 3
Pengambilan buah, sayur dan kekacang dalam diet makanan mampu menjana kesihatan hormon yang lebih baik. Lebihkan makanan yang kaya Omega 3 atau ambil 500 gram minyak zaitun sehari untuk membantu menstabilkan hormon dan agar membran sel menjadi lebih responsif dan sihat.

Jauhi Stress
Kurang rehat bagi seseorang bakal mengundang stress. Ramai antara kita yang mengalami gaya hidup yang terlalu sibuk sehingga tidak memberikan cukup rehat kepada tubuh badan sendiri. Lakukan riadah ringan, nikmati keindahan alam, solat dan zikir mampu meringankan stress kita.

Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat, bergoreng, berlemak, makanan segera dan minuman ringan dan minuman susu bukan organik/ semualajadi.

Tidur yang Cukup
Sekurang-kurangnya dapatkan waktu tidur 6 – 8 jam sehari untuk mengimbangi kepenatan badan daripada kerja seharian....
 
 
 


Friday, 3 April 2015

Satu-satunya Harta Peninggalan Arwah Ayah

 
 


 
Semalam abang aku ade tag gambar rumah kampung kami dekat FB.
Aduhhhh sayu nya hati ini tenggok,
 satu-satunya harta peninggalah Arawah Ayah yang masih ada.
 
Kusam je tenggok umah kampung kami ni.
Banyak cerita di sebalik rumah ini.
Kalu nak di cerita satu-satu, mau jatuh air mata aku.
Banyak cerita sedih yang tersimpan.
 
Sekarang rumah ni adik bongsu kami yang jaga,
aku harap sangat yang kami 4 beradik dak mempertahan rumah ini buat selama-lamanya.
 
 
Ingat lagi bukan main susah lagi arwah ayah dulu nak bina rumah ni.
sampai bergolok gadai...
 
 
Sekarang arwah ayah nga mak dah tak ada, masalah baru pulak datang.
Kalau lah arwah ayah ada lagi mesti benda-benda ni sume dapat di elak.
 
 
Tak perlah, kami 4 beradik mesti kuat.
Insyallah ada jalan penyelsaian dia..
 
 
 


Thursday, 2 April 2015

GST oh GST

 
 
"SubhanAllah...Allah Maha Tahu akan apa yang berlaku...dan Allah adalah sebaik2 Perancang.."
Ramai yg mengeluh.. pening kepala nak kena buat budget.. tapi yakinlah.. Allah x zalim.. Dia dah tetapkan rezeki setiap anak adam itu.. selagi kita jaga urusan kita dengan Allah..maka Allah akan jaga setiap urusan kita..
 
 
Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.
Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)
 
 
Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?
 
 
Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)
 
 
Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.
 
 
Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26) “Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)
Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)
 
 
“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)
 
 
JANGAN RISAU DENGAN GST....
Allah S.W.T yg beri rezeki bkn makhluk... In shaa Allah bhn d ats lebih meredakan & menyejukkan hati kita..
 
 


Monday, 23 March 2015

Kisah Ulang Tahun Perkahwinan Kami Yang Ke-5

 
 
Keluar dating naik kemuter. Rare tak kami..?
Lama betul tak naik bendalah ni. cam jakun pun ye jugak. he2
Sebab2 lain nak naik KTM pasal nak elak jam
 
 

Perasan cam kurus je bile tenggok gambar ini.
Hakikatnya tuhan saja yang tau..
mak enom sebenarnya lasung tak seperti dalam gambar. hu2
 
 


kami dating dekat Mid Valley.
Sampai-sampai je terus terjah Kedah makan.
Maklum lah dari pagi lagi belum makan apa-apa.
 
 

Pilihan kami semestinya... Kenny Rogers.
Kalau nak tau, ini kali ke-3 kami sambut anniversary makan dekat Kenny Rogers ni.
Last year pun makan Kenny Rogers jugak. Tapi makan dekat Jusco Kepong.

 
 

Lepas makan cuci-cuci mate dekat Mid Valley.
Punya lah ramai umat manusia ari tuh..
Maklum lah time 2 dekat CNY.
 


Bergambar adelah pekara wajib bagi aku.
dah yang jadi mangsa tukang mengambiknye tak lain tak bukan mesti lah laki aku sendiri.
 
 

Setiap pelusuk aku bergambar.
kesian laki aku. nasib layan jee bini dia yang x berape nak betul ni..
 
 
 
Kami lepak dekat Mid Valley tak lama pun.
Dalam Pukul 1 sampai sana, kul 5 petang dah balik.
 
Oh ye lupa nak bagitau mase 2 sempat lah kami laki bini layang tenggok wayang jak.
Ok lah 2 je nak cerita.
Daaaa.............
 
 
 



Tuesday, 10 March 2015

My Google sepanjang di Cameron Highland

Ok citer pasal Cameron lagi.
Yo-yo Ooo... je semalam aku kate part 3 ialah last entry pasal CH kn. he2..
 
 
Bagi yang tak tahu boleh tenggok sini
 
 
Sebenarnya lupe nak selitkan pasal benda ni.
Pasal apa Guide selama aku dekat sana.
Ye lah macam pernah aku cerita kan sebelum ini, ini kire cam 1st time lah aku kesana sendirian.
eh sebenarnye tak sendirian jugak. kan ialls bawak cik somi. he2
 
 
So moh lah kite buat satu entry lain pasal bende ni.
Ok sebelum apa-apa, mesti ade yang cakap cam.. ehhh ape lah ni pun nak share, ni pun nak cerite. cam poyo je..
Ape-ape je lah kawan-kawan. aku cume nak share sedikit ilmu yang mungkin jugak berguna untuk kawan-kawan dekat luar sana yang mungkin dalam situasi aku sebelum ni.
 
 
Tapi senang citer, bagi yang dah pro jalan-jalan dekat Cameron 2 sila abaikan sahaja entry ni.
sekian.....
 
 
Hokey berbalik kepada cerita asal..
Ni haa... bendalah yang aku nak share 2...
 
 
 

Location Map.
Ye location map.
 
 
Nampak sedikit Oldschool kan.
Tapi pecaya lah, ini sangat-sangat berguna bile korang dekat sane nanti. 
Dah tak payah nak bazirkan kan data & beteri hepon korang semata-mata nk search satu-satu tempat yang best mase dekat sana. dah lah line tenet cam cipsmore. jak muncul jak menyorok.
 
 
Kalau korang nak tau, sebelum pergi CH aku lasung tak buat research pasal apa yang best kat sana. Aku cume banyak bertanya dekat member je.
Bile dah Tanya, kawan-kawan aku suggest banyak tempat.
 
 
Disebabkan aku tak tau jarak antara satu-satu tempat, aku cube google satu map dekat Cameron.
Sekali terjumpa location map yang kat atas 2.
Bile tenggok rupenya banyak tempat yang member aku bagitau 2 ade dalam 2.
 
 
Korang nak tau, aku siap print lagi simpan dalam kerete.
Mase dekat sana memang 100% aku berpandukan map ini.
Sangat-sangat senang.
 
 
So sape-sape yang 1st time or dah lama2 sangat tak kesana
Boleh lah save location map yang kat atas 2 ye...
Percayalah, sangat3 membantu. 
 
 


Sunday, 8 March 2015

Part 3 - Cameron Highland 3th day (Last Day)

Untuk entry ni nak citer kasi habis percutian kami tempoh hari
Ade satu dua story aku TERskip sikit.
Lupe nak citer mase tenggah taip ari 2.
Tapi tak pe lah. citer biase2 je.. tak penting pun.
Ok nak di jadikan citer, untuk hari ke-3 (hari last) kami bangkit awal.
seingat aku dalam kul 6.40 pagi cam 2 lah.
Lepas je solat subuh terus kami laki bini besiap2,
Tujuan besiap awal sebab nak kejar masa, takut lambat sampai Penang nanti.
Kami duk berharap walaupun jalan jem harap-harapnye dapat lah sampai Penang dalam tenggah hari.

Tenggok aku punya semanggat nak ke majlis kawen,
dari Cameron lagi dah siap2 pakai baju kurung.
Tapi yang paling penting, sedondon hokey..


Sebelum blah buat selama-lamanye, kite bergambar dulu spikul..
Laki den ni susah betul bile nak amik gambar..


Time ni baru lepas chek out.
Pok Teh dia curi2 amik...


Aku cakap dekat laki, suke amik gambar curik2. benci betul.
Makanye aku suruh dia amik sekali lagi.. heheheh..
Masa untuk meninggalkan Cameron,
So sad... hu2
bye..bye Cameron, harap jodoh kitte panjang, dapat kesini lagi nanti

Maka moh lah kite ke next lokasi........
Penanggggggggggggggg mu tunggu kami datangggg




Tapi kan.....




Tapi kan.....




hu2...




Kami kan......




Hu....



Tak jadi pun pergi PENANGGGGGGGG.......................
Huaaaaaa...................sedih sagat.
Benci.. benci... benciii...


Dah lah bangun pagi-pagi...
Pakai lawa-lawa..
mekap cantik-cantik..

Sekali tak jadi Pppppppppppp................

Sebab apa tak jadi biarlah Ku sahaja yang tau..
Dah tak de mood nak cerita.
nanti teringgat sedih datang balik.
ok bye...







Friday, 6 March 2015

Part 2 - Cameron Highland 2nd day

 2nd day dekat Cameron.
Ergghhhg...
tak tau dari mane nak mule cerita.

Pic yang laki aku 2 pic dekat kebun teh.
Manekala pic gambar aku 2 pulak amik time nak kluar pergi bekpest.
Nampak tangga 2, tangga ni memang ade dalam dalam bilik yang kami menginap 2.
Dekat tingkat atas bilik kami 2 ade bilik lagi..
rasenye dulu kalau nak keluar dari bilik tingkat atas kena turun naik ikt tangga ni lah...
tapi mase time kami pergi hari 2, pintu yang masuk kebilik atas dia dah blok. kire nak kluar masuk kena ikut arah lain.dah tak payah ikut tangga 2 lagi. so sekarang tangga 2 dah jadi hiasan semata-mata.


Cantikkan, ini bahagian depan dekat kaunter pertanyaan.
giler rase tenggok deco dia. lawa sangat..
dan kalau nak tau bunga yang dekat dalam pasu 2 semua bunga ori.
Menurut staf dekat situ 3 atau 4 hari sekali diorang akan tukar semua bunga-bunga segar yang ade dekat situ.


Dalam pukul 9 lebik kami keluar untuk breakfast
Punya lah ramai umat manusia dekat Cameron ni.
Cina pun ade, heran aku, depa2 ni x sambut raya ke? raya2 pun nak bercuti. dah macam tak de hari lain je.


Lepas makan kami ke landang teh
Kami menyinggah di Bharat Tea.



Tenggok cuaca cam panas, tapi bile turun bawah berangin je.. sejuk lak 2, lansung tak terasa bahang panas.



Nampak tak Monopod dekat tangan laki aku 2,
Baru je beberapa jam beli dekat Tanah Rata masa menyinggah time breakfast.
Sekali nak guna x boleh pulak, padahal sebelum ni ok je mase test dekat kedai.



Sebab tu lah langsung tak ada gambar kami bersama.
Sedih betul..hu2


Dari Tanah Rata kami ke Brichang pulak.
Sebab Utama ke sana nak jumpa member aku dari Penang, Dah janji dengan dia
Tapi sebab jalan yang terlampau JEM aku menyinggah dulu dekat Strawberry Park
Dah lupe apa nama ladang strawberry yang kami singgah ni,


Seronok weh...
Main petik je strawberry ni. sambil petik masuk bekas, petik masuk mulut.
Sampai kembung dah perut ni rasa.
Maklum lah dekat kl nak dapat mahal he2, so alang2 dah ade kat sane aku pulun makan puas2.
Oh ye untuk tempat yang kami pergi ni, nak masuk sini kami bayar RM30 utuk 2 orang, nanti dia kan bagi kite satu bekas dan bagitau banyak mana kite boleh petik, kalau lebih berat kena cas tau.

Sebab 2 lah mase dekat dalam ladang strawberry ni, kami laki bini duk pulun makan puas-puas..
Untuk yang diisi dalam bekas 2 kami isi setakat yang di benarkan je..
Untungkan.
Ok time ni dekat MARDI.
Mardi ni dekat Tanah Rata.
Plan asal nak pergi jumpa member aku dekat Brinchang terpksa cancel.
Lame sangat duk menunggu, Laki aku buat keputasan balik chalet.

Tapi tak balik pun sebenarya, aku ajak pi MARDI

Tempat ni ok lah jugak,.
Tapi aku rase kalau yang mak-mak or makcik-makcik 2 mesti suke datang sini.
Kat sini sayur2 semua segar2.
Macam-macam sjenis sayur ade. Bunga-bunga pun banyak dekat sini.

Tenggok laki aku..
 tapi sebenarye Tuhan saje lah yang tau...
Bukan senang nak suruh dia bergambar.. sabauu je lau.


Bile dah banyak kali paksa, baru lah ok bile ajak bergambar.



Hokey berbalik pada citer pasal member aku tadi 2 kan,
Malam dalam kul 10 lebih cam 2 member aku dari penang 2 datang jumpa kami dekat chalet..

Terharu weh rase.. dah lh malam 2 jugak depa nak gerak balik Penang...
Tujuan sebenar aku nak sangat jumpe member aku ni sebab nak Tanya jalan nak ke Penang.
Sebab esoknye kami nak ke sana nak pergi majlis kahwen member laki aku.

Bersusah payah member aku datang jumpa kami dekat chalet.
Kami borak tak lame pn..Borak kejap, diorang ajak kami jalan-jalan dekat Pasar malam dekat Brinchang.

Dari Tanah Rata nak ke Brinchang lebih kurang 4km je..
Petang kami ke sana hamper 3 jam baru sampai.
Tapi malam yang kami pergi 2 tak sampai 15 minit pun.
Ini kalau tak jem lah.


Ini je yang aku beli dekat pasar malam 2.
Sampai pun tenggok gerai dah banyak nak tutup.
Gerai yang jual makanan pun ade yang tinggal sisa-sisa je..

Sebelum ni aku dengar ramai yang kate jagung dekat Cameron sedap. Manis.
so malam 2 aku pun try lah beli jagung cup ni,
Tapi aku makan yang beli dekat pasar malam 2 biase2 je. Hu2
Tak de lah segah yang di cerita. Same cam scones 2 jegak.


Untuk 2nd day cerita dekat CH stop sini dulu.
Nanti kalau cik rajin datang aku kan buat entry pasal lasy day pulak.
Mungkin last entry pasal percutian kami itu.
Itu pun kalau rajin lah...he2






Thursday, 5 March 2015

Part 1 - Cameron Highland 1st day

 Wahh tajuk entry ku ade part 1,
Kalu dah ade Part 1 mesti lah ade Part 2, 3, or bla... bla..bla...
Tapi bile Part 2 kan menyusur? kena tenggok pada kerajinan tuan Tanah ni lah ye.

Hokey2.. men nak story mory skit.
Citer CNY bulan lepas.
Kisah kami laki bini pergi bercuti dekat Cameron Highland (CH)
Kalau nak di ikutkan ni kire cam 1st time kami laki bini pergi sendirian sama-sama.
sebelum aku kahwin ada lah sekali p dengan kawan-kawan. itu pun dah lama sangat.
Kami gerak dari rumah jam 8.30 cam 2 lah. lepas 2 berhmti makan jak.
Pukul 9 baru betul-betul gerak.
Mase nak masuk tol PLUS dah nampak kete banyak
Kami dah cuak, takut jalan jem lasung x begerak.


Sepajang perjalanan nak kesana,
Kawan2 makcik gojes aku banyak membantu.
Maklumlah cheq boleh di kire 1st nak kesana sendirian.
Time kasih lah korang sume ye... Sarah, Mak Ity, jasa korang x kan ku lupe.

 
Tenggok ni, 19 feb 2 CNY, punya lah banyak kereta dekat jalan ni. sabar je lah.
Kemana lah meraka semua ni nak pergi.

Kami lalu ikut tapah.
siapa-siapa yang penah lalu jalan dekat sana tau lah cam ner jalannye..
Nak muntah ijau aku rase...


OTW nak sampai CH jumpa air terjun ni.
Lata Iskandar kalau x silap namanye.
Niat hati nak berhenti, tapi tenggak cam susah nak parking je...
Mampu tenggok dari jauh je lah....


Di pendekkan cerita,
Pukul 3 petang baru kami sampai Cameron.
Bayangkan lah jam 9 pagi kami gerak, 3 petang baru sampai.
Itu pun berhenti kejap2 je..


Badan penat langsung tak terasa bile tenggok chalet yang kami booking 2.
MasyaAllah cantik giler korang..
Feeling2 macam duduk Negara orang putih pulak.
Sepanjang dekat sana kami menginap di Bala Holiday Chalet

Sampai2 je terus bergambar.
Sejuk dah terasa time ni. maklumlah chalet kami atas bukit.
Bagi yang dah biase jalan2 dekat Cameron ni x susah pun nak cari Bala Chalet ni


Lepas je chek in terus ajak laki aku bergambar dulu.
Beg2 letak tepi.
Macam jakun pun ye jugak aku time ni. hehehh
Bala Chalet punya garden memang cantik.
Bunga2 jangan citer lah. macam2 bunga nga pokok ade dekat sini.

Gambar atas ni dekat depan bilik kami.
besar betul bilik ni. rasa cam membazir pun ade jugak.
bilik besar tapi duk dua orang je..

Bercuti 3 Hari 2 malam,
Ini saja lah yang kami angkut masuk hotel..
beg coklat grey 2 beg pakaian,
beg kecik barang2 hygiene merangkap beg mekap skali.
Dan yang dalam beg plastic sale 2 stok makanan , stanby awal2 laki aku mlm2 suke mintak makan.


Biase masuk bilik hotel, benda pertama aku check tandas.
dah jadi cam tabiat pulak, suke skodeng jamban hotel.

Tandas dekat bilik aku boleh di kire luas lah jugak.
Cume aku cam pelik je bilik tenggok dekat tepi bahagian dalam tandas ni ade satu ruang lebih kurang besar katil single. tak tau lah untuk ape ruang 2.


Lepas dah settle kemas sume kami laki bini makan jak.
Makanan ni kami tapau dekat Tanah tinggi mase OTW nak datang chalet.
Bukan ape, takut nak makan dekat chalet 2, mesti harga dia kaw2 mahal giler.

Makan dekat lantai je.. sebab bilik ni macam pelik je..
Kusi meja dekat luar bilik.
Bilik kiteorang ni lain sikit. dalam bilik ade bilik. tak tau lah korang faham ke tak aku cerita ni.

Mase duk besila makan dekat lantai ni, Makk aii sejuk giler, asyik nak terkecing je..


Keadaan dalam bilikku..
Time duk dalam bilik banyak lepak atas katil je..
Korang jangan nak fikir yang bukan-bukan pulak.
kan aku cakap tadi kerusi dekat bilik ni ade dekat luar bilik tidur ni.
Nak besila dekat lantai x sanggup rasenya. sejuk gilerr...


lepas makan kami nak solat, skali tenggok x de tanda arah kiblat pon.
Cari tel bilik nak call chalet, skali baru perasan bilik ni xde tel.
Terpaksalah keluar pergi dekat call desk Tanya sendiri,

Haiii bang intai cahaya matahari ke intai awekss???


Bilik yang super besauu


Dalam pukul 5 lebih kami siap ala kadar, nak pusing2 dekat chalet ni je...

Nampak x kerusi ni..
ni bahagian luar bilik tidur kami. bilik yang kami ambik ni besar, kire macam dalam satu bilik ade dua bilik lah
Eeeh, macam pening je ayat aku ni...
harap korang faham lah ya.


Selfie salfat ni memang hobi aku..
Alaaah korang pun same kan...


Menyampah betul laki aku ni, nak ajak bergambar pun susah.
sibuk je dengan hepon dia 24 jam.


selfie depan cermin dekat bilik sebelum nak kelaur..

Sebab2 lain nak keluar ialah nak try......................

Scones
Sebab benda ni lah...
aku dah citer pasal bende ni semalam dekat sini kan.

Tapi tak ape, x nyesal pun rasa, tak try x tau kan... dah try baru tau.
baru lah boleh citer dekat kawan2.


Ok kiter stop sini dulu.
untuk 2nd day dekat CH kan aku citer lain entry pulak.
cam dah beku otak lak sekarang nak.
Nak makan jak.
Daaaa................