Friday, 28 February 2014

Nasi Goreng Cinta Hati


Acehcehcehh.. Tjuk x boleh blah...
Lagi tak boleh blah, nasi 2 Luv bagai.. Perlu ke?
Saje wak gempak sikit, Padahal x seberape pun.

Sebenarya senang citer ni nasi goreng ikan masin je.
aku p pelekut nasi 2 pakai bekas bentuk luv, 
So jadi terkeluarlah idea nak bagi nama nasi ni Nasi Goreng Cinta Hati.
Sebab lain, sebab nak bagi makan dekat cinta ati aku.
Tak lain tak bukan "My P.teh"

Ok Meh kita tenggok resepi lak ye.
*aku lau masak sume main campak-campak je.. dan suke mengderhakakan resepi asal*

*
*
*
BAHAN2
* 2 Ulas bawang putih di tumbuk
* 2 Ulas bawang merah di tumbuk
* 4 biji cili padi di tumbuk. nak pedas boleh taruk lebih
* Isi ayam
*Ikan masin
*Lobak masin (tak letak pun tak apa)
1 sudu sos tiram
3 sudu sos ikan
Sayur kailan
Kacang botol (ni aku saja2 letak)
Nasi putih.

CARA2
1) Setelah minyak panas, campakkan sume bahan yang bertanda * dalam kuali. Goreng sampai naik pengsan bau dan garing.
2) Masukkan sos tiram dengan sos ikan, 
3) Campakkan sayur kailan dan kacang botol (Layukan sekejap sahaja)
4) Last sekali masukkan nasi, goreng sampai nasi panas barulah masukkan segala mak nenek perasa, Gula Garam (di sebabkan aku pakai sos ikan dan sos tiram, aku hanya guna dalam satu sudu teh garam sahaja)
5) Agak-agak nasi dah masak boleh lah di tutup api, dan boleh lah di hias sesuka hati korang.



***** Kacang botol dan kacang pajang adalah benda yang selalu aku letak setiap kali aku buat nasi goreng.


Thursday, 27 February 2014

To Day My Besday....


Yee... Akhirnya tarikh 27 feb muncul jua...
27 Feb, hari titew di beranakkan..
Maka dengan ini bertambah lah lagi satu angka dekat aku punya umur.
Tak pe angka hanya sekadar no.*ayat sedapkan hati

Dengan ini 27 Feb 2014 genap lah usia aku 29 tahun.
29!! lagi setahun nak masuk 30. Alamak dh nak masuk alam m.cik-m.cik.... Oh no..
Opsst angka kan hanya sekadar no. *ok ayat sedapkan hati lagi.

Alhamdulillah 29 tahun di beri perluang berada di bumi Allah ini. Syukur Alahamdulillah.
Walaupun ilmu akhirat belum cukup lagi di dada, tapi insyallah dengan peluang hidup yang di berikankan ini slow-slow cuba menimba sebanyak mungkin buat bekalan nanti. Insyallah.

Tak sabar nak tunggu surprise apa lak yang cik somi nak buat tahun ini.
*Opsst, satu lagi, x sabar nak tahu hadiah ape lak yang dia nak bagi


Tuesday, 25 February 2014

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-9



23 Feb 2014 merupakan ulang tahun perkahwinan kawan baik aku yang ke-9.
dah 2 kali aku citer pasal dia kat blog ni.
Malas nak ulang citer cam ner rapatnya kami..

Buat wati dan suami, 
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 9 dear.
Semoga rumah tangga yang di bina berkekalan hingga hujung nyawa.

Aku tahu banyak rintangan yang korang laki bini terpaksa tempuh untuk mempertahankan mahligai yang korang bina ini. 
Tapi alhamdulillah berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus, korang masih lagi bersama sebagai suami isteri.Insyallah bersama selama-lamanya..

My dear watie,
Aku doakan semoga kau tabah dalam mengharungi apa saja rintangan dan dugaan di masa hadapan.
Jadi lah seorng isteri dan ibu terbaik buat suami dan anak.

Epy 9th anniversary dear...
Luv u sooo much.

Wednesday, 19 February 2014

Celebrate Ulang Tahun Perkahwinan


Sini ade citer pasal aku punya anniversary hari 2,

So macam tahun-tahun yang lepas, malam 2 P.teh ajak p celebrate dekat luar.
Bukan celebrate apa-apa pun, just kuar makan je.
Dan macam tahun-tahun yang lepas jugak, untuk ulang tahun perkahwinan kami kali ke4 ni tak der sesi-sesi tukar hadiah. 
Memang sepanjang perkahwinan kami ni tak ade hadiah pun baik dari aku mahu pun dari laki aku untuk anniversary. Hadiah hanya bagi time besday je..
Untuk aku ada hadiah ke tak de hadiah ke tak kisah pun. Janji date anniversary jangan di lupa.

TQ P.Teh belanja

So malam 15 Feb hari 2 kami makan dekat Kenny Rojers, Jusco Kepong.
Ni kali kedua aku makan sini sejak kawen. *nampak sangat jakun kn.
1st makan masa celebrate anniversary yang pertama, makan dekat Kenny Rojers Mid Valley.
Bagi aku yg jenis spesis nafsu raksaksa ni, boleh tahan lah makanan dekat sini, janji masuk perut kenyang.

Kami laki bini order set yang sama.

Lau anniversary tak sah kalau tak ade kek kan. tak yang besar, kecik pun jadi lah.
Boleh tahan lah kek dia. 

Kek ni laki aku yang banyak makan. 
Bini makan satu sudu je, tapi cik somi sampai bersudu2 baru ingat nak pelawa dekat bini. sabar je lah...

Habis je makan kami laki bini pusing-pusing Jusco.
Bukan ape, tuk memudahkan proses penghadaman. he2..
Kang balik rumah nanti senang, terus masuk bilik tidur...
*harus tidur awal hokey... Opsst dah terlari topik ni...

Kusyuk my P.Teh duk tenggok kude pusing2 ni...

Maafkan saya jika gambar ini sedikit gedik.


Jenuh nak tnggu P.Teh siap main racing motor ni.
Mengalahkan budak-budak.

Gedik di mana-mana

*
*
*


Tuk my lalim, time kasih banyak-banyak belanja ye. 
Tahun depan belanja lagi ye... 
* Tapi yang sebenarnya, setiap kali keluar makan, p.teh yang bayar pun.

Selamat Ulang tahun perkahwinan yang ke-4 sayang.
Terima kasih banyak bersabar dalam segala hal sepanjang kita hidup bersama.
I LUV U SO MUCHHHHH....

Tuesday, 18 February 2014

Big Day Anak Buah - Part 5 (Majlis Bertandang)

Ni last entry pasal big day anak buah aku.
Kalau yang baru baca entry ni boleh check bawah nih,
&

03 Jan 2014 adalah majlis bertandang ataupun majlis belah pihak lelaki.
Sebenarnya masa majlis bertandang ni aku tak p pun. Tak sihat. hanya P.Teh je yang pergi.

Sebab tak dapat attend maka tak ada lah gambar yang aku ambil.
kebertulan hari 2 P.Teh punya tel pun batery tenggah low, so mmng tak dapat lah nak ambik gambar dekat majlis 2.
Tapi gambar-gambar yang ada dalam entry ni sume aku copy dari fb anak buah aku.
gambar yang di ambil oleh kawan-kawan anak buah aku.

Aku ada je copy dari kamaral anak buah aku, tapi ntah cam mana tak dapat buka lah p.daraf.
Banyak gambar cantik-cantik dalam 2.

Apa-apa pun layan lah yanag mana ada je ye...



Untuk majlis bertandang, tema dia Grey or kelabu asap. 


Dengan Kawan-kawan

Posing sebelum sampai rumah mertua

5 sekawan.

Keluarga baru - Pihak lelaki




*
*
*
*
*

Akhirnya... habis jugak citer pasal big day anak buah aku ni.

Monday, 17 February 2014

Big Day Anak Buah - Part 4 (Majlis Persandingan)


01 Feb 2014 Berlansung lah majlis persandingan anak buah aku.
Woooiii Meriah sangat.
Ye lah lau majlis buat dekat kampung aku rasa semua meriah-meriah
sebabnya boleh merewang kan, kalau dekat bandar jarang sangat boleh rasa macam ni.
Dekat kampung ni semua buat sendiri, nak-nak bab masak memasak ni..
Memang pawer lah bile m.cik - m.cik & the geng ni yang masak.

Lagi meriah hari 2, anak buah aku punya baju persandingan sampai 3 pasang.
Teringgat lak masa kawen dulu. Pun sama, sampai 3 pasang. 2 belum campur dengan baju akad nikah lagi.
Letih nak tukar baju x payah cakap lah... Opsst citer tuan tanah pulak yang terkeluar.

Berbalik topik di atas,
Pukul 2 Lebih macam 2, Rombongan pihak lelaki sampai.
Pengantin pakai kaler pich. ya Allah syantikk sangat2...

Ketibaan pengantin lelaki

Sama cantik sama padan

tapi cam x kena lak warna bunga tangan 2 kan.

Antara barang hantaran dari pihak lelaki

hari 2 K.Ngoh dengan hem hem dia jadi pengapit.

wif bepren, gina

Posing ramai-ramai dengan kawan-kawan pengantin 


Suke sangat pic ni... 
tapi tetibe cam pengantin puan 2 tinggi sikit. hehehe

bergambar dgn kawan lagi.

Lepas sesi amik2 gambar, acara seterusnya makan beradab.
Sejujurnya aku suke deco dekat meja beradab ni.
Dia punya decoration x de lah meriah sangat. simple but nice...
Lau banyak decoration dah macam pokok krismas lak aku rasa.
Simple-simple baru lah cantik kan.

Yang tudung biru & hitam ni, kakak dengan emak pengantin lelaki

Masa si pengantin ni sibuk melantak, aku nga P.Teh lak sibuk duk posing dengan pelamin diorang.
Haruss menyibutkan diri dengan mengambil gambar banyak2 ok.

Si pengapit tadi.amboi posinggg cam kapel2 lk ye...
nasib baik anak buah.. jeles? oh no, tidak sama sekali

Kami yang gedikss..

Lepas je makan beradab, ada pulak sesi potong-potong kek.
Amboii sampai 3 tinggkat kek hang ye...
Tak pe kite kan sedara ramai, x habis pengantin makan, kami sumea yang tolong habiskan ye...

Nampak cam x besar sangat kan. Tapi hakikatnya dekat luar, besarrr
3 4  hari pun x habis nak makan.

Asyik duk senyum, bile nk potongnya...

Seronok lah, lepas ni dah ade yang tolong suapkan.


Pengantin perempuanya mana?

Lepas potong-potong kek, diorang sekali lagi tukar baju.
kali ini kaler biru. pun cantik jugak baju diorang. 
Tuk persalinan kali ini diorang ada buat tangkap-tangkap gambar dekat outdoor.
Outdoor kat tepi pantai lagi uallss..
M.sue hang ni dulu tak der pun outdor2 bagai ni.....

Cantik kan?

tenggok lah, hakikatnya pengantin perempuan ni kecik je sebenarya..

M.sue pengantin yang suka menyibuk.

Outdoor time, pantai sri 7, Tumpat

rilek nampak?

omey angat....

Kanan sebelah pengantin 2 SIL aku. yang lain sume anak buah aku

bersama sahabat sejati.







Abaikan budak tudung merah dekat atas ni, dia memang suka menyibut.

Untuk gambar dekat outdoor yang ada dalam ni sume amik pakai tel aku je.
Ni pun sume amik lepas pegantin dah siap amik gambar dengan Photographer
Masa sesi photografi kat tepi pantai, kami semua tak ikud pun, 
masing2 menyibuk dengan hal masing-masing.
Lagipun diorang amik gambar jauh sangat dari tempat kitorang parking kerata. 
Malas nak ikud.

Dekat Magrib jugak lah siap sesi gedik2 depan kamaral ni.
Bile dekat nak bunyi azam, laju2 masuk keta balik rumah.
Sampai rumah terus melantak untuk keberapa kalinye aku pun tak tahu.
Bukan selalu nak makan lauk kenduri ni kan. so peluang yang ada harus di manfaatkan sebaik mungkin.
he2....

Sedikit pasal pengantin ni, 
Anak buah aku ni sekarang tenggah mengajar dekat Penang.
Suami dia pulak askar dekat sungai buloh.
Sorang dekat Selatan, Sorang lagi dekat Utara, 
Nampanknye buat masa ini PJJ je lah ye.
Percintaan jarak jauh. hehehe.... Inysallah ade rezki boleh lah hidup sebumbung.

So Buat Nazira Binti Sakeri, welcamo to de club.
Semoga menjadi isteri yang terbaik di mata suami.... Macam M.Sue *tetibe