Sunday, 29 December 2013

Aiskrim Goreng

Ni semalam (29/12/2013) punya projek.
Kat rumah ada aiskrim,
Nak masuk dua minggu tersadai kat dalam petis ais, x der sapa makan.
Maklum lah budak kecik x de, lau x mmng x sampat satu hari geranti habis aiskrim satu bekas 2.
Pikir punya pikir (cehh.. macam lah berkulat aiskrim 2 kalau x makan setahun kan)
Tetibe dapat petunjuk nak buat aiskrim goreng.hehehe
Petunjuk sangat lh kan.
So, laju2 suruh P.teh p beli roti.
Nak buat aiskrim grong ni senang sangat2.. Pejam mata pon boleh buat.
Jom... x moo cakap banyak, Bahan2 pun 2 barang je..
Bahan2
1) Aiskrim (Lantak korang lah nak perisa ape pun)
&
2) Roti (Jugak lantak korang nak pakai bran ape pun)
Cara2 nak buat pun sanang jugak. hanya beberape langkah je...
~ Bukan langkah kaki korng ek...,
Nanti jangan ada yang tanya pulak, nape selepas saya sediakan bahan2, saya langkah beberapa langkah x jadi pun aiskrim goreng saya?
Tang tang 2 jugak aku p "sekeh" korang.


letak aiskrim di tengah2 roti & lapikkan sekeping lagi roti di atasnya. 
(Jangan letak terlalu banyak aiskrim,
takud pecah lak masa goreng nanti, kan x pasal2 mengerutu lak tangan muka 2)


Terapkan roti tadi dengan mengunakan permukaan cawan.
Tak kisah lah korang nak pkai cawan kaca atau plastik pun.
aku guna cawan plastik je,
Sebabnye masa first time buat dulu aku guna cawan kaca.
Tapi di sebabkan tangan dan tenaga aku ni berkuasa Raksasa,
maka masa proses menerap roti 2, cawan yang aku pakai boleh lak pecah berkecai...
aku rasa tenaga aku terlebih keluar kud time 2. hehehe.

Hasilnya....

Buatlah berapa banyak yang korang suka..
~ Dah macam pau pulak.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Hasilnye selepas di goreng.

untuk hasil yang lebih Kawww.......
selepas terap, korng simpan dalam peti sejuk dekat tempat beku 2 semalaman.
nanti bila goreng x de lah aiskrim 2 cair.
Oh ye, korang goreng manja2 je tau... jangan goreng lama2 macam korang nak goreng ayam pulak.

>>>>> Selamat Mencuba <<<<<

Thursday, 26 December 2013

Cara nak dapatkan anak

Mase duk belek2 fb, terjumpa satu gambar ni,
Bile tenggok lame2 kelakar pulak.
Lau lah nak dapat anak s'senang ini kan...?






Monday, 23 December 2013

Pertunangan Anak Buah


Sebenarnye ni citer lama.
tapi tak de lama lame sangat. beberapa bulan yang lepas je.
 
Hari tu @ beberapa bulan yang lepas,  anak buah belah laki aku yang paling sulung bertunang.
majlis bertunang ni berlansung mase raye ke-4, raye pose ari 2.
So asenye x de lh lame sngt kn...
 
Anak buah laki aku ni kami panggil Ira
Ira ni cikgu, tenggah mengajar kt Penang sekarang.
 
Dulu aku macam was2 jugak, boleh ke budak name ira ni jadi cikgu.
Bukan ape, dia nye badan kecik je..
aku takud nanti budak2 kat sekolah 2 buli dia je... kan naya je..
Tapi Alhamdulillah... sumenye ok.. murid2 pn suke kat dia...
 
Korang tenggok aku punya risau pasal dia mengalahkan mak bapak dia kat kampung pulak.
Haruss lh risau ok, dulu sebelum mengajar kat penang ira tinggal dengan kami.
so kami agak rapat lah jugak.
 
Bila dapat tahu ira nak bertunang kami pun tumpang epy sama.
lagi2 bakal suami ira pun baik orangnya.
 
Ok lah dah tak tau nak tulis ape lagi..
Korang layan gambar je lh ye...
 
 
 



 


 


 
 


 
 
 

 




 
 
 
Buat Ira dan pasangan,
M.su doakan yang terbaik untuk majlis yang akan berlansung tak lama lagi ye.
 
Tak sabar nak tunggu turn K.Ngoh pulak.
 
 
 



Kepah masak cili

P.teh kite kan, suke sangat makan Kepah.
Asal pergi p.malam je mesti beli kepah.
Dan setiap kali beli kepah, satu resepi ni je aku selalu duk ulang buat..
Kenapa..?????
Sebabnya, aku rase resepi ni je paling senang hendak buat, dan paling sesuai untuk di masak dengan Kepah ni. - Aku yang rasa. ok!
(Ini dulu)
Bahan2 dia pun senang sangat2.
Watak Utama
Kepah

1. Bawang Merah
2. Bawang Putih
3. Bawang Besar (X mau letak pn boleh)
4.Serai (ketuk)
5. Cili Kering (Rendam dalam air sekejap)
6.Garam / Gula
Cara2 nya :-

Blend semua bahan2 kat atas kecuali serai,
 Lepas itu tumis sampai pengsan garing dan naik bau.
(Jika bahan tumisan sedikit kering jgn risau, sebab bila di masukan Kepah nanti, air di dalam kepah akan keluar, dan agak sedikit berkuah)

Bila bahan tumisan sudah garing,
Masukan Kepah, garam dan gula secukup rasa. Tutup

- Kepah akan terbuka bila dah masak dan cengkerangnya akan bertukar warna sedikit.
Siap untuk di ngapp....




Mase tengah taip entry ni, aku ade gak google resepi2 untuk masak Kepah ni,
Ye lah asyik dk masak cara sama je kan,
kan xde selera lak P.teh kat umh 2 nak makan.
Banyak lah juga aku jumpa resepi selain dari resepi masak cili yang selalu aku duk ulang buat ni.
Dalam banyak2 resepi, ade satu rasepi yang macam duk lambai2 kat aku suruh try buat.
iaitu Kepah masak....



Kepah masak Lemak cili padi
(Gambar dari google)
Cam sedap je... cam menyelerakan je...
- Korang cube bayangkan Kepah masak lemak cili padi terhidang di depan mata bersama2 dengan sepingan nasi putih yang masih lagi panas2..
Perhhggg.....
Meletopp2 rasenye di dalam mulut.
-He2 sume dh telan2 air liur.


Selain dua resipi kat atas ni, Korang leh jgk try resepi ni,


Kepah Masak Asam Pedas


Kepah Goreng Pedas
Kepah Rebus Cicah Sos
Banyak lagi lah resepi lain yang aku jumpa..mlas lk nk masukan gambar satu2.
 lau korang nak try buat, korang gogle lah sediri ye.
So, bagi spesis2 yang x tau masak cam aku ni,
Korang jagan lah gabra sangat ye, sebab masak ringkas2 pn ok,
janji sedap. janji dari air tangan kite.
ini yang selalu di pesan oleh kawan2 group WhatsApp aku - Tetibe!!

Thursday, 19 December 2013

Kisah Sedih Anak Gadis Yang Lupa Diri Selepas Masuk IPT

Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak teman pengajian saya di taman perumahan tersebut…..

Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.

“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi

“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.

Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.

Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab “nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”

“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!”
Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”

Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…mungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang.

“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….

“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun saya ustaz….!!”

“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya ustaz…”

“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”

Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.
“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”

“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….”
Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.

Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.

Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”

Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”

Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di depan rumah sewa, Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….

Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..:”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”.

Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk ke rumahnya…..

Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?

Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak gadisnya…menjerit-jerit…marah..”Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu….anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak ****……..berdebub…gedebab….kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar……….

Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!!Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak…??

Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya….

Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.

Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,….dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelkang bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn……


*** Copy & Pase dari sebuah Blog

Tuesday, 17 December 2013

SAHABAT yang hanya berjumpa setahun sekali...

Cesssssx2 tajuk cam gempak je kan (Ke aku sorang je yang rase..hik2)
Ok, lau semalam aku ade citer pasal BFF aku,
ade lh member2 sorng dua dk msg kate,
awatnye aku x nak citer pasal diaorng skali kan?
diorang bukan best pren aku jgk ke..?
x pe next time aku wak ye... lagipun aku kan baru lagi nak belajar menulis..
 nanti2 i citer pasal uallss plk ye mira, ziana & sharul - Opssst trsbut name lk..



 
Mempersembahkan...Ni lah member yg hnye jmpe stahun skali 2.
 
Depa2 ni sume aku kenal mase blajar kat N9 Dulu mase kat ILP. kami satu bilik.
Kecuali Mida. Yang mane satu Mida kan aku bgtau nanti..
Mida ni selalu sngt dk lepak kt bilik kami... smpaikn bilik kami dia buat mcm bilik dia sndri.
 
Jika ade yg b'kenan sory 2 say ye.. sb sume dh brpunye... he2
~ Masalhnye ade ke yg berknan?
 
 
 

LA-3-9 Sentiase d hati...
 
 
 


 
Ni lah pic mase kami B'lajar dulu...
 
Budak2 kat bilik aku ade 6 orng, sorng dari KL, 3 dari Ipoh, & sorng dri K.Pilah
(Jgn ade yg nk tanye plk K.pilah kt mane... aku tumbuk kn..)
Sebab Ipoh, KL & K.Pilah x jauh dri N9, so mmng diaorng kn slalu balik time cuti hjung mnggu...
Tggal lh aku sorng2 kt bilik 2...
 
Mase blajar dkt N9 dulu, kami hanya brsama selama setahun sahaja.
Kenapa setahun, sb stahun je kami d benarkn dk sane..
Mgkn sebab 2 jgk kami brjmpe pn sthun skali.. he2 (ok x lawak)
wlaupon hanye stahun je brsama, tapi bnyak sangat kenangan brsama.
Ye lah dk dgn kwn2 ni mmng best, mcm2 leh share.
Tp aku x lh kate, dk nga fmly sblum ni x best...
 Korng jgn nk tmbah2 citer plok ye.....
kan ade yang kena pait telinga nanti...
 
 
Banyak sgt kenangan dgn diorng sume ni, antaranye..
Kami penah ...
 
iron rmbut pkai sterika
 
 
 
Masak roti pn pkai sterika
 
 
 
 
 
Dan yang x boleh blah, mai nyorok2 dalam almari... (Bukan dalam peti sejuk ye)
Msing2 bajet kurus, p masuk mnyorok dalam almari hostel yg kecik 2...
akibatnye spek mate budak bilik kami pecah d sebab kn bumper mak ity...
Sape lak mak ity???
 
 
Ok let me introduce one by one aku pnye bdak bilik,
& bdak yang slalu bajet bilik kami bilik dia.
 
 
No.1 - Kak Ayu
 
 
Antara budak2 dalam bilik 2, kak ayu paling tua.. tua 2 thun je dri kami
Sbab dia paling tua, kami dh anggap dia mcm kakak2 kami lh...
paling best k.ayu pn spting.dia jg kami pn macam dia jga adik sndri...
So bile dh mcm adk sndri pham2 lh ye, slalu amik barnag2 k.ayu tampa minta izin pn...
rase nk pkai amik je.. x yah mtak2... adik kan.
K.ayu bdak KL. Aku rase dlm bilik dia yg paling kerap balik rumah bile time hjung mnggu.
K.ayu skrng dh kwen & ade bsnes sdri.. bsnes kcik2 lan...
Tapi x kisah lh kcik ke bsr ke.. aku mmng tabik lh dgan k.ayu sorng ni,
Siang krje ofis.. mlm lk niaga kt Uptown Stapak..
kul 3 pg baru siap niaga.. tdur bape jam je shari, sb esk pg2 dah nak kena bgun p kerja plk..
Habat btul dia laki bini dlam mncari rzki..
 
 
No.2 - Mak Ity
 

Kalau k.ayu mber bilik aku paling tua... Ni Ct. Member bilik aku paling tinggi...
Dia punya tinggi, ko blh tggk kt gambr yang aku taruk kt atas 2. Gambar yang kami amik rmai2 2.
Ct lh budak yang dk kuala pilah 2.. slalu jgk lh dia blik time hjung mnggu...
& Ct jgk lh bdk yg main nyorok2 dlm almari 2..
d sbab kn dia punya bumper yg Hmm.. 2, pcah bkecai spek mate Sara yg kbetulan dlm almari..
x psl2 kami share duit beli spek mata baru tk sarah...
Tp nasib baik Sarah x mrah, dia kate time 2 dia x pndai nk marah2 org lh.
 
Ct ni kaki novel.. korng tanye lah ape2 novel, sume dia tahu..
Smpai skrng, anak dua pun dia masih suke bace novel.
Oh ye ct pndai masak, dia slalu share kami rspi2 yang dia pnh buat
Lg satu, Ct ni dh mcm gogle pada aku.
Sbabnye, ape2 je yang aku nk tahu, tnye je dia msti kn dpat jwpanye...
 
 
No.3 - Sarah
 
 
Haa.. ni lh Sarah,
Sarah mangsa aku nga ct... sb kami spek mate dia pecah. tp sarah ni cool je time 2..
dalam cool2 pn mnitis jgk lh air mate dia aku tenggok...
takud mak dia marah kud...
Dalam reramai bdk dlm bilik kami time 2, Sarah lah yang ramai p.we time bljar dulu...
Arini putus, esok dh ade pganti.
Ye lah, Sarah ni cantik, putih lak 2.. time ni kami pggil dia mak cik,
Sebabnye dia ade pkai rantai emas besar.. besar cm m.cik2 kt kg 2 duk pkai...
aku rase time ni sarah dpat harte pusaka kud.. 2 psl brang kemas dia besar2..
 
 
No.4 - Faridah
 

Yang kecik molek ni name dia Faridah. Tapi aku panggil Farid je..
Dalam rmai2 dia paling cute, paling kecik, paling manja..
Paling.. Paling... Paling..lg lh.
Farid budak Ipoh. Slalu jgk lh aku ikud dia blik kg dia...
yang paling best tiket bas pergi & balik, mak dia yang bayarkan.
Pastu siap bagi duit blnje lg.. mmng baik lh mak farid ni..
Dalam ramai2 farid sorng je belum kawen lagi.
Tapi 2 x bermakna solo ye.. sb farid dh pn brtunang.. Insyallh mungkin tahun depan majlisnye.
 
 
 
No.5 - Arwah Balqis
 
 
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 
 
Sory x de gambr.
Tapi kat gambar ramai2 kat atas 2 ade.
Kami pnggil dia ball je. sng skit nk pggil, name pjng2 ni ssh nk ingt.
dulu kami punya katil2 sbelah2. kalau time tdur lk si ball ni suke peluk2 aku, rimas betul lah time 2.
yang paling aku x leh lupe psl ball ni, ade stu pg dia bgun nk p mandi,
 dia blh tercuci muke pkai ubat gigi...
Time ni mmng lawak sb dia asyik dk gosok dia punya muka, Berangin katenye.
 
 
Umur ball x pjng,
Pada 2006, ball terlibat dalam kemalangan jalan raya,
Mase 2 aku dgar dari kawan2 dia nk p amik mak dia dari tempat kerja.
Tapi aku syukur sangat2 sb dpt jmpe ball beberape mnggu sblum dia mnhembuskan nafasnye yg t'akhir.
Semoga roh ball di tempatkan di sisi orang2 yang beriman.
Al-Fatihah untuk arwah ball
 
 
 
No.6 - Ayu
 

Dan yang paling di tunggu2....he2..
Mmmm rasenye psal aku x yah citer bnyk lh kan...
Tuan tanah dia kena Low profile skit kan..
x leh nk lbih2 sangat. kan ade yang kate gedik plk...hik2

 
 
 
 
No.7 - Mida
 

Ni lah budaknye yang aku kate buat bilik kami macam bilik sendiri 2..
eh budak lagi ke..?
Asal datang bilik kami je, mcm x nk balik pulak, mengangkang kat atas katil 2.
Mida ni satu benda je yang aku ingt pasal dia mase kami kt ILP dulu.
dia kalau dh merajuk, mak iii... dia punya muncung 2 sampai leh gantung hanger lh...
lg satu, minah ni mudah sngat sentap...
sikit2 sentap.. x dapat 2 sentap.. x dapat ni sentap... salah ckap sikit sentap...
 
Sekarang ni dah ade laki, dah ade anak x tau lah sentap lg ke x..?
dalam sentap2 pun, mida ni ttap nampak manis..
~ lepas kutuk kena lh puji balik, sb nye si mida ni ade ank teruna sorng.. ecem siot... dh jnji nk jd besan dia..hik2
 
 
 




3 Tahun lepas 2011  k.ayu ade buat rumah terbuka, so kami sume jnji nak datang, kecuali faridah. sb dlm ramai2 dia sorng yg duk k.ipoh.
Kami berjumpa semula setelah 8 thun berpisah..
Mase 2 msing2 sibuk dk citer itu dan ini...
sampaikan kami semua terlupa yang kami bawak suami.
Mase ni p.cik laki2 buat hal msing2 je..
biar je lh bini2 diorng dk melepak, sekajap dekat ruan tamu, sekajap dalam bilik, pastu kuar balik...
Borak je memanjang...






 
Tahun 2012 jumpe lg..
Tapi aku dengan mak ity je lh.. yang lain ade hal katenye..
Mase ni jumpe sebab datang kenduri kawen k.ayu..
sebelum balik aku jnji nk jmpe lagi..
 
 
Tapi janji tinggal janji je..
Sebab lepas 2 lasung x jumpa lg... jumpa kt muke buke je...
Sehingga lh blh 9 ari 2 (2013),
kami jumpe balik, mase rumah terbuka kat umh aku...
mase ni x yah cakap lah... bile msing2 dh jumpa, riuh rendah jadinye..
kalau boleh, cerita dalam kelambu pun nk buat keluar skali...
 
2 pasal lh aku tulis tajuk kat atas 2 macam 2..
 
 
Walaupun sekarang masing2 dah berkeluarga, tapi persahabatan kami masih lagi utuh.
 
 
 
Mak Ity & Family
 
 
Sarah & Family
 
 
Mida & Family


Tuan Tanah 

 
Faridah & bakal suami



 
 
 K.ayu & suami
 
 
-
-
-
-
x de.. dh jenuh gogle tp x jmpe pn..hehehe