Sunday 26 October 2014

Siakap 3 Rasa


Meh2 semua nak tunjuk resepi yang aku buat beberapa hari sebelum Raya Haji Hari 2.
Sebab laki aku suke sangat makan ikan siakap 3 rasa, 
So bile rajin aku datang aku buatkan lah untuk dia.

Kadang-kadang aku buat main campak-campak sahaja,
Tapi kalau time blur, aku ikut resepi lah.

Jangan tanya aku ambik resepi dari mana.
Bukanya tak nak cakap, tapi lupe.

siyess lupa, 
sebabnya bile aku free dekat ofis ni aku suke print macam-macam resepi & simpan dalam file dekat rumah.

Kan time cam tak tau nak masak ape, senang belek je file.
Macam-macam resepi dalam 2 aku simpan.

Ni lah SIAKAP 3 RASA yang aku buat hari 2.

Jom kite tenggok bahan-bahan dia pulak.

BAHAN-BAHAN

ikan siakap 
Serbuk kunyit dan garam


Bahan sos:
3 ulas bawang putih - ketuk
1cm halia - hiris kasar
cili padi - diketuk (nak pedas taruk lah lebih)
3 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut (time ni aku tak letak)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos ikan
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan potong dadu:
1 biji bawang besar 
Nenas

1 biji tomato buah


Cara memasak:
ok utuk part ikan ni biase aku buat dua cara. iaitu :

1) Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. 
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.


2) Rebus ikan separuh masak. angkat dan tuskan, taburkan sedikit garam, lumur dengan sedikit telur dan tepung jagung. kemudian goreng sampai garing.

***Untuk yang dalam gambar dekat atas aku gereng macam biasa. tak rebus pun.


Untuk sos,

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi sehingga naik hantu bau.

Kemudian masukkan daun limau purut dan sos cili. Kacau rata dan sebati. Masukkan pula air secukupnya dan sos ikan. Tambahkan dengan garam dan gula dan biarkan seketika.


Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi. Biarkan sehingga lembut dan pecah minyak.Tuangkan sos ke atas ikan siakap goreng. Sedia untuk dihidang.



No comments:

Post a Comment